Thursday, June 30, 2011

Cuci-Cuci Mata Pelamin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sumber : Afzan


Sumber : Meeya


Yang ni mesti semua kenal kan?
Sumber : Ann

(O.o)
Cantik backdrop pelamin.

Agree?

Wednesday, June 29, 2011

Readzul Creation and Design

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok sambung cerita, semalam sibuk dengan baju sanding for groom. Now sibuk nak cari mana tempat yang boleh bagi pakej BAIKKKK PUNYAAA dafi.

Belek lagi majalah Pesona Pengantin tu lagi. Semangat berkobar2.

Jadi ternampaklah ada pakej sanding tu dekat side of the paper. Readzul Creation and Design. Kalau tak salah
Readzul ni MUA Lisa Lisut jek. Hohoh correct me if im wrong.


Macam minat pakej ni. Sebab pakej ni TANPA pelamin. Haaa kenapa tanpa pelamin?
Hihi tungguuuuu dan lihatttttt!


Mari lihat pakej2 nya.

1) Pakej Sanding (dari RM1500.00)
-sewaan busana baru sanding L+P ok yang ni cun
-solekan dan dandanan sanding ok yang ni pun cun jugak
-
aksesori?? takde ke??

ataupun ni?

2) Pakej Nikah & Sanding (dari RM2500.00)
-sewaan busana baru sanding nikah dan sanding L+P err saya dah ada baju nikah.tinggal nak jahit je.
-solekan dan dandanan nikah & sanding yang ni perlu untuk both events
-
aksesori?? takde ke?? ini saya harus survey lagi. telefon berbunyi ringringring.

ataupun ini?

3) Pakej Solekan (dari 650.00)

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Jadi, rasa2 nya kan, adalah lebih baik pakej yang saya berangan mahu ambil adalah seperti begini. Contoh nya la kan.

Pakej No. 1 & No. 3 kottt. Sebabnya??

1) Saya tidak perlu baju nikah.
2) Saya hanya perlu baju sanding untuk P+L
3) Saya memerlukan solekan dan andaman untuk both events. Nikah dan sanding.
4) Tapi saya mahu juga aksesori2 bagai tu. Hahah camno??

I bet that SEMUA butik pengantin ada offer apa yang i mahu. Ini bukan bridezilla lagi ye. Ini baru PERMULAAN to bridezilla mood...

Hihi normal kan?


Tuesday, June 28, 2011

Baju Sanding for Groom

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Malam semalam, before tidur, saya sempat la menjenguk2 majalah Pesona Pengantin edisi Julai muka depan Saliha. Ting!!
*lampu mentol menyala atas kepala*

Majalah Pesona Pengantin Edisi Julai 2011

Tetiba ternampak satu page tu, ada memaparkan banyakkkkk baju2 pengantin yang HAWT! (Read: Hot). Of course la kan, kata majalah Pengantin! Hihi. Tapi saya lebih tumpukan pada baju sanding untuk lelaki. Haha sibuk tengok encik tunang nye baju kan? Baju sendiri dilupakan. Cinta punya pasal. Haha

Hal ini terjadi sebab last three days ago, Bonda tetiba menyatakan bahawa nak tema moden, i mean baju sanding yang moden.

"Mami rasakan, mesti cantik kan kalau si payad pakai baju moden. Pakai kot ke? Ada tie, etc "

"La nape?? Zimie baru terfikir nak pakai baju ala2 perempuan melayu terakhir"
*sengih*

"Bukan pe, nanti kalau si payad tu pakai tanjak apa semua, nampak sangat la ke'rendang'an kau tu. Kau tu bukan tinggi sangat" (-_-')


"Owh"


Dalam hati sedih tetiba 'kenapalah aku dilahirkan kurang inci?' Huahua.

Then, bila selak2 majalah pengantin tu, tak semestinya pakai kot apa semua. Ada juga jenis baju melayu yang modern style. Dan still nampak cantik. Tapi takde la tie apa semua. Kang nampak macam waiter plak laki aku tu. Haha!

Maybe macam ni agaknya.


Tak perlu tanjak kan? Camne encik tunang? Ok tak? Saya ok je. Anda bagaimana? Hihi.

dan ada satu lagi masalah....

..di mana nak pergi jahit baju ni/sewa/beli?

Hohoh next hunting baby!

Monday, June 27, 2011

Inspiration : Wedding Cakes

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Aha, to spend my time for not lunchie today. Ah well saya puasa. Puasa nak berlatih untuk Ramadhan ye. Tapi boleh plak buat post pasal kek kan!! Lapo huhuhhh

So, here i just google and found this!
Cool and cute gila wedding cakes makhluk² ni.
Its so stress away from the wedding prep. Hihi
Jom layan! Zaaasss!


Sesapa minat game PACMAN boleh ye request kek jenis ni. High Score ada dua love. Hihi


SUPER MARIO cake. Cute!! Siap ada cendawan bawah tu. Geram tengok.



I think this one is sooooooo colourful dan cute sesangat. Adesss ni yang terpikir nak buat kek kahwin camni. Nampak macam childish sangat takkkk??
'Kau tu dah la kecik, nanti orang ingat kanak² pulak yang kahwin'
Hahahah


Aww homie. Best sangat design kek ni. Hihi


Soooo floral. Ada burung berkicauan atas tu. Suka nyaaaaaaa. Suka betul icon burung² nih. Cute je rasa.


Owh so sweet. It sooo into my wedding theme. Jeng³.


Dragon.
Tema Fairie Tales boleh kot ni.
Hihih


Uuuu. Nightmare Before Christmas. Skeri. Ada bran?? Hoho


Sumber : Google, Poptastic Bride, Planner Wedding dan Google lagi.


p/s : Nak buka puasa ape ye hari ni. Hurms.

Sunday, June 26, 2011

..to Launch an Online Business Blog!

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Afternoon!! Ehem hari Ahad yang indah. Penat betul hujung minggu. Ke sana ke mari. Phew dalam kesibukan melanda kehidupan, sempat terpikir nak buat business blog for my printing business!! Ok gedik.

Takpela. Saya pun cuma try sahaja. Plus boleh menambahkan my tabung ayam dan menolong para b2b di luar sana. Eceh ayat.

Tapiiiiiiii blog ni belum siap.

So, i just give teaser ok? ;P However, u ols can open the blog. Tapi takde apa2 la dalam tu. Cuma ada Clock Countdown je. Macam countdown Merdeka plak kan! Hahahah
The main reason is i need times to set up and so on. Blablabla.

Boleh cekidaut sinun--> Kahwin Betul Store Padahal taktau nak letak nama apa. Hohoh
*subject to change*

Harap anda semua gembira. Nak print apa2 boleh tanya saya ya?? InsyaAllah saya akan cuba membantu sedaya yang mungkin. Hihih

Friday, June 24, 2011

Setel dah Kursus Kahwin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Disebabkan semalam i dah emo. Harini tiba la masa untuk menjadi cargas dan bersemangat!! Cepat nye hormon kau berubah?biase la tu.blame PMS.hohoh

Sekarang ni saya cuma belek2 list lah apa yang perlu dibuat. Haritu encik tunang pun ada bagi checklist yang beliau dah print. Tapi hardcopy jela. TQ sayang!! Saya juga pergi ke www.setelkahwin.com konon2 boleh la tau apa yang dah selesai dibuat kan? So yang dah selesai hanya 1 daripada 56 tugasan (1/56) iaitu kursus kahwin. Takpe2 banyak masa. Lalala pergi kursus kahwin masa tahun 2008 ok? Hahahahh bukan gatai (yekeeeee) nak kahwin tapi kebetulan UIA ada buat promo. RM35 seorang. Budget wooo masa tu. Mana yang boleh setel awal2, layankan aje. So saya dan encik tunang (masa tu boyafren je) pergi la terhegeh2 dengar cermah dan kursus kahwin itu. Saya pon dah tak ingat apa inti pati kursus tu. Tapi kelakar la ustaz tersebut. Buku dan fail diberi, kene belek2 semula (mana ntah letak) ;p Rugi lak tak ingat hape. Time tu gelak2 je ingat. What a loose!! Perlu pergi lagi sekali ke???

Nahhhhhh, lagipun sijil kahwin tu LIFETIME. Boleh pakai bila2. Rasanya tak perlu la nak pergi lagi. Cuma sekarang ni just nak brush up my mind tentang perkara2 dan hal2 selepas perkahwinan. Nampaknya kene la berguru atau menambah ilmu dari buku atau majalah. Ehem. Maklumlah dah nak start jadi isteri orang. Agagaga gelaran ISTERI??? Aku tidak percaya! Sudah2 la tu zimie oiii. ;p

Oleh itu, ada perlunya kita menambah ilmu di dada. Sekarang ni dah kena start beli majalah WANITA la kot. Rasanya situ ada macam2 jenis ilmu tentang rumahtangga. Dulu zaman muda2 remaja, selalu tengok Bonda yang beli. Aku pun tumpang nyibok membaca. Ngeh. Nah sekarang hambek ko! Aku plak yang kena baca. Baik mak. (-_-') Dan selain tu, kena beli majalah HARMONI (sapa tau sapa tau??), majalah KELUARGA errr rasanya tu je kot. Ada lagi tak?? Ngahaha asyik2 beli majalah PESONA PENGANTIN, RATU SEHARI je. Sampai pala ni naik jem tau fikir pasal wedding prep. Emosi pun tak stabil. Ke sebab wedding kau lambat lagi? Hihi

Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh dapat kalau kita membaca ni. Bak kata pepatah Melayu "tuntutlah ilmu sehingga ke negara China". Aku tak. Aku nye "tuntutlah ilmu sehingga ke lubang cacing" Macam pernah dengar jek. Hahahah

Apa pun, ilmu dan amal seiring. Jangan pula dah baca, tak amalkan pulak. Sah2 macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Apa pun tak dapat. Ni pun reminder untuk diri sendiri juga.Peace!

Selamat berhujung minggu u ollsss!!



p/s: Ada projek this week. Best tapi menstresskan diri. Grrr

p/s2: Lijah!! Nanti zimie post ye. ;P (tetiba) Bai.

Thursday, June 23, 2011

Kadang-kadang

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Kadang2 kita perlu berkorban untuk kesenangan orang lain
Kadang2 kita perlu melupakan kesukaan dan kegemaran kita demi orang lain
Kadang2 kita perlu berubah untuk mendapatkan kehidupan lebih baik pada masa akan datang
Kadang2 apa yang kita nak, kita tak mungkin dapat
Kadang2 kita dapat apa yang kita nak, tapi akhirnya kita tahu ia bukannya baik untuk kita

Kadang2 hidup ini mengajar kita tentang kehidupan
Kadang2 hidup ini boleh memakan diri jika kita tidak tahu menggunakan peluang yang ada
Kadang2 kita alpa tentang Yang Satu
Kadang2 kita leka dengan kehidupan duniawi
akhirnya
Kadang2 kita terlepas pandang....

Kepada diri sendiri, aku telah pun melakukan perubahan.
Aku harap perubahan ini baik untuk diri ku dan juga orang lain.
InsyaAllah
...kerana yang baik datang Nya dari Dia jua

:')

*maaf terkeluar tajuk sedikit.hanya coretan perasaan dari lubuk hati ini*


Wednesday, June 22, 2011

Review : The Cincins Tunang

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sumber: NK Photographer


Dua bentuk cincins.

Cincin Belah Rotan (risik) dan Cincin Tema Love (tunang).

Cincin belah rotan beli dekat kedai mak jah dekat kampung Encik Tunang.
Cincin
tema love beli dekat Poh Kong Midvalley.

Dua² cincin emas.

Takde batu.
Simple je.

(^^,)


p/s: Tunggu kahwin, baru boleh dapat yang grand². Hihihih CC to Encik Tunang.

p/s2: Boleh ukir nama dekat cincin belah rotan tu. Nak buat lah nanti. Lalala

Tuesday, June 21, 2011

Lemak yang Jahat

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tika dan saat ini, saya menunggu masa dan hari. Heh apakah? Macam nak beranak plak kan. Oh tidak?? Saya menunggu masa dan hari untuk menurunkan berat badan. Tidak percaya?

Semangat4x!!


FYI, saya telah berjaya menambahkan berat badan sebanyak X kg. Yahooooooo (nages dalam hati). Tsk tsk sebelum jadi ape2, saya perlu bertindak dari sekarang. Sedihnya bila dilabel
Overweight oleh Amy semalam. Eh tak salahkan Amy. Saya yang suruh beliau kira BMR, etc. ;) Amy:Inilah dia pakar dietitians kita pada hari ini. Saya tak mahu gemuk. Bukan pasal kahwin pun (eh yeke ni), tapi sebab saya nak sihat. Ok ayat cover. Tapi saya memang nak sihat! Makan la ape pun, yang penting berkhasiat dan tak memudaratkan badan. Kalau berdiet tapi menyakitkan hati dan mental pun tak guna gak kan?

Semalam dah dengar nasihat dari Hana dan Amy. Katanya kena bersukan dan
jalan kaki 10,000 langkah!! Mak oiii banyaknye. Jangan lupa beli Pedometer katanya yang boleh kira berapa langkah kita berjalan. Hurm Amy cakap tu maybe ambil masa 40 minit berjalan. Dan... kena buat 4-5 kali seminggu. Ok fine. 3 kali seminggu pun mengelat. Camno? Hoho zimie sila kuatkan semangat anda.

Nak kena maintain kan Basal Metabolic Rate (BMR) katanya lagi. Saya punya calori intake 1650kcal. Tapi kalau nak turunkan berat, kena makan low than that. Means kena makan below 1200kcal. Mampukah? Huhuh

Agaknya keturunan zimie ni mempunyai BMR yang rendah agaknya. Tu yang makan2, simpan dalam badan. Ingatkan lemak tu jahat. Rupanya diri sendiri memang begitu. Sobs sobs. Mari kita perhatikan nasihat Amy pada saya.

"BMR bahasa mudahnya, kebolehan sistem badan kite untuk membakar lemak. depends kat genetik, berat bdn dan physical activity, umur, etc.. sebab tu kadang kite tgk org tu satu family makan banyak, tp tak gemuk. maybe sebab BMR die tinggi. so every makanan die makan, badan dia cepat proses dan bakar.

biasanya, BMR menurun bila umur meningkat dan bila kurang berat badan.

contohnya, after zimie diet (kurangkan makan sahaja) berat zimi akan turun. by the same time, BMR pun menurun. pastu after kawen, zimi malas diet da. makan banyak lebih dari 1200 kcal. so berat zimi akan lebih cepat naik dr sebelumnya."

(-_-')

Kat blog ni sebenarnya, ramai gak rakan2 bloggers yang datang dari kumpulan pemakanan. Hahaha contohnya cik Dba, puan Hana Yoriee, cik Amy dan cik Wanie. Best tak nama korang masuk dalam majalah Kahwin betul betul?? Hehe thanks korang!!! Muah muah. Memang seronok mintak nasihat dari korang. Tapi kadang2 tak terbuat pon. Sia2 je nasihatkan zimie ni kan?? Hehehe anyway nasihat itu berguna, cuma kadang2 tak menyempat nak buat. Alasan.

Tawan2 semua, marila sama2 kita menyihatkan badan. Majulah sukan untuk negara. Katakan TIDAK pada obesiti!!!

Sekian.


edit.

p/s: ...yang penting abang sayang. Lalala

Friday, June 17, 2011

Bercakap soal Mak Mertua

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Lepas² dah majlis ni, mula la fikir bukan². Bukan la macam² sangat tapiiiiii this is what i feel. Hohoh B2B semua macam ni ke takkk eh? Ayat² ni banyak kali berlegar² dan bermain² pingpong di ruang legar otakku..

'Eh lepas ni dah nak bergelar isteri, mampu ke aku harungi tanggungjawab ini semua??'

'Dah nak kahwin dah aku!!! OMG tak percaya!!!'


'Banyak nye 'benda' nak kena fikir lepas ni. Tsktsk tak sama macam single'


'Aku akan 'meninggalkan' ayahanda dan bonda. (Saat ni air mata bergenang)'


dan....

'Macam mana nak ambil hati mak mertua aku nanti?' Mampukah aku menjadi anak menantu kesayangan?Ewahh ada hati tu kan? Haha kalau YE ape salahnye. Aku risau menjadi anak hantu je. Oh simpang malaikat 44!!

Dalam banyak2 tu, aku concern pasal 'orang lain'. Part aku, aku leave aside. Bior ler orang nak kata aku ni 'asik fikir hal orang je' tapi untuk kebaikan dan kesenangan masa depan gak kan. I am not that selfish. Kita kan hidup bermasyarakat. So kena la ade give and take. Kan kan Ok apa lagi aku nak bebel. The thing yang aku selalu fikir, macam mana la nak menambat (bukan tambat kambing ya) hati mak mertua ku? Adakah semua B2B mempunyai perasaan semacam perasaan aku ni? Atau korang just 'buat tak tahu' dengan itu? Just wait and see je kah? Hurms.

Haritu dengan tak sengaja TERcerita dekat 1 of my BFF yang dah kahwin. Aku cakap la yang aku risau pasal hal² mak mertua ni. Then, dia jawab camni..

'Alaaa ko wat taktau je. Rileks² sudah'

Pastu terus senyap. Tak sambung cerita pasal isu tu. Hello I need your advise, kenapa dia jawab macam tu pulak? Do you know how am i sooo curious to get answer from M2B? Mothers to be ok. (Tetiba nak emo) Sepatutnya ditanya, dia jawab la secara rasional kan??Hurm atau pun pembawakan budak, tu sebab takde mood cite panjang lebar? Hurm *ayat sedapkan hati*

Sepatutnye as ex-B2B and M2B, yang dah lalui saat2 tu, mestila terdetik dalam hati nak menjaga hati mak mertua kan? Tau la cara² nya kan. I mean they should prepare awal². Kalau tak, buat ape la kahwin kan. Okla at least aku ada effort cthnya tanya khabar, sms, sometimes belikan kain dan brooch untuk beliau. *Ini bukan ayat yang menunjukkan aku ni 'baik' sangat. Ini juga bukan entry mengumpat. Ini entry untuk menambahkan ilmu kepada para B2B sekalian. Sekian. To readers jangan la fikir bukan² ;)

..and I know, susunan dan kedudukan keutamaan bila dah kahwin 1st suami, 2nd mak mertua dan 3rd mak sendiri.
(Thanks to geng BBF Puan Yanie yang highlight this issue)

Bila dia dah jawab macam tu, aku rasa macam NO USE la cakap dengan orang macam tu. Takde pun info atau ilmu yang aku dapat kan. Menyesal pulak mengadu dekat dia. Tiba² terasa nak nyanyi lagu Siapalah Aku - Amy Mastura.

Emo.

Nak bawak diri.

Bai.


p/s: Psssttt, sempat lagi tu (kata nak bawak diri) nak juga tau macam mana korang deal dengan mak mertua, macam mana korang amik hati beliau ye? Thanks. Ok baru nak bawak diri...

Wednesday, June 15, 2011

Review Perasaan Harini

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sudah lama rasanya ku biarkan belog ini bersawang. Saya memang busy!!!dan penat. 2-3 hari selepas majlis ni, mood nak update belog hilang. Bilik tak berkemas. Hantaran masih ada atas katil. Tidur katil lagi satu. Hihi semalam baru nak masukkan coklat dalam peti ais!! Hahaha cair sudah coklat tapi sedapppp. Namnamnam. Tenkiu encik tunang. Hihi.

Penat 2-3 bulan lepas baru terasa harini. Hoho mentang2 majlis dah selesai kan. Kasi can gitu la nak berehat selama sebulan kan. Penat woo pikir pasal2 kahwin ni. Naik cramp otak. Kalau tak caya, tanya la mantan2 kita ni ha. Thanks god majlis kahwin saya lambat lagi. Sempat la nak berehat (kononnya).

Tsk lambat betul OP ni nak kasi gambar.(Omelan perasaan)

Hurm.

Kata encik tunang 'Jangan dipaksa, nanti dah siap, pandai la diorang cari kita. Nanti cepat2 tak cantik hasilnya'

Baikkk (-_-')

Monday, June 13, 2011

Excited bergelar Fiancee!

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hey hey i'm back again. Starting today as fiancee to my fiance. Eceh ;P

Boleh tak tetiba clueless nak cerita macam mana. Haha ok saya over. TERexcited la korang! (^^,)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi sebab dengan Dia, majlis saya berjalan dengan lancar. Semua saudara mara belah saya dan dia datang. Masing2 beramah mesra. Menyambung silaturahim. Dan!!! dengan tak disangka rupanya pakcik saudara my fiance kenal dengan my father!! Oh my such a coincidence di situ! Kenal as working partner. Tsk dunia sungguh kecil. Ape lagi dah bertemu regu rancak la berbual. Sehinggakan abah si dia dilupakan. Abah my fiance ni pendiam sikit. Cool bak kata beliau. Hihihi takpe takpe banyak masa lagi. Lepas ni pasti akan banyak kali bertemu. Insya Allah ;)

Firstly, nak ucap thanks kat mantan B2B Hana Yoriee for the lovely bunga tangan a.k.a handbouquet. Pepagi 12 Jun 2012(Ahad) pukul 9 pagi beliau sampai rumah. Siap sesat2. Alahai cian hana. Tapi sempat la bersalam salaman plus minum air sampai 2x. My mom la. Dah kasi air oren, kasi plak teh tarik. Hihi maaf ye Hana, mak zimie memang begitu ;P

Nice tak HB Hana ni? Exactly suka dengan biji2 hijau tu. Nak sangat2 masa entry ni. Ala2 wishlist gitu. Thanks hana for making my dreams come true. Eceh suka la tu hana kena puji. Bweekk ;P

Nampak tak lace tu? Itula yang special nye. Hana pandai! Hihi better daripada dalam gambar yang zimie nak! Berapa kali dah puji hana ni. Haha.
Maaf kalau gambar kurang clear
.
.
.
.
.
Secondly, sebab belum dapat gambar2 official from OP, i just letak gambar rajah muka i di sini untuk tatapan bride to be. Dan as stated in my previous entry, i make up sendiri. Tribute to Ika, my cousin tersayang! Beliau yang tolong touch up di saat akhir!! Di saat saya nervous sambil mulut tak reti duk diam. Haha

Biasa biasa aje. Simple je. No MUA. No mini dias. Hanya bertemankan handbouquet aje. Ewah ;)

Latar belakang : Hantaran DIY dan Handbouquet
Maaf kalau gambar kurang clear
.
.
.
.
.
.
Lastly, dapat cincins. Thanks to my fiance!! Serius suka cincin ni sampai nak taknak pakai sebab risau hilang dan karat masa cuci2 pinggan mangkuk. Haha my fiance dah marah2 suruh pakai. "Itu kan emas, bukan besi, tak kan karat la sayang" Hihihih 1st time dapat cincin emas dalam seumur hidup. My mom pun tak pernah hadiahkan. Its so priceless to me!! ;) Saya telah mendapat 2 bentuk cincin. Cincin risik dan cincin tunang. Yeai. Dan rahsianya, saya shaking semasa disarung cincin itu!!! Ohooo malu sungguh. Harap mama (ehem) tak perasan la yang saya shaking ala2 shake a bon bon 2x! Nervous sesangat. Nasib tak parkinson! Haha

Alhamdulillah suka sangat cincin ni. Tak tau nak menangis terharu ke ape. Ok ya saya over lagi. Hihi


(^^,)


p/s: A big thanks and love to lovely family dan sanak saudara yang menjadi bidan terjun di saat2 akhir. Sayang semua!! Ape lagi B2B, inspired tak???? ;P

p/s2: Dapat gambar from my OP, i akan upload ye. Tunggguuuu ;)

Sunday, June 12, 2011

Today is the day {My E-day}

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Finally...

Today is the day

Engagement Hazimi & Fayyadh
12 June 2011

Doakan ya?

(^^,)


Thursday, June 9, 2011

Belajar Posing Depan Kamera

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Harini serius takde mood nak buat kerja. ****** kalau bos dapat tau ni. Hehe sekarang dalam mood zilla. Eh bridezilla. Bride la sangat.

;P

Semalam dah selesai setelkan bantal duduk. Yeai. Happy. Tak sabar nak lanyak² atas tu. Haha. Oleh sebab 'macam dah taktau nak buat apa' Helloooo banyak lagi kerja nak kena buat kot. Tapi kat ofis, apa la sangat yang boleh dibuat melainkan post entry baru yang takde kena mengena dengan DIY. Kehkeh.

Hari ni tawan², kita akan belajar cara² posing baikkkkk punya. Tapi limited la sikit info ni coz i ni kan bertunang je. So picca limited sikit. Takde la posing 18sx ke hape. Ehhhh ;P I pun buat la study² sikit gambar camne nak nak digayakan depan OP nanti. Tapi kannnn, tetiba cam segan lak nak posing depan OP. Salu camwhoring sorang² depan camera/cermin. Ni tak pepasal depan manusia. Wargh takot!!

Gaya² mutu sami velu yang i plan nak buat adalah :-


Gambar tonjok cincins.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

and then i found this!



Gambar atas katil?? Niceeee. Ok saya akan curi sedara mara sepupu papat jadi pelakon tambahan. Haha.

Maaf gambar tak clear. Untuk lebih lanjut sila ke website Fatinizulnaidi (ladies photographer uuu)


Entahlah. I sendiri tak tahu. Its just a guide. Tak semestinya buat kan? Ahaha yang penting tau le nak bergambo kat mana. Ngeh.

Ada lagi tak?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cak!

Ini bukan gambar manusia. Handbouquet pon harus diposing! Yeah.


Okla i think lain² better i leave to my OP. They know what they should do. Their job right? Hihi hope so.

Till then.


Tips: Kalau nak belajar cara² posing ni, lebih baik pergi ke website/blog OP OP tersohor atau terhebat. Sana memang banyak posing² yang boleh di copy paste dalam kehidupan seharian. Cantik² semuanya. List² OP, dicurik from blog Puan Atia. To be exact, bawah belah kanan page blog tersebut. Hihi Sekian.

Wednesday, June 8, 2011

Countdown

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Countdown.

Ada lagi 4 hari sebelum majlis tiba. Tadi bonda bilang, bakal besan nya telefon. Meaning bakal mak mertuaku InsyaAllah ;) Beliau tanya tentang majlis Ahad ni. Apa lagi, kadar darahku berdegup kencang, halaju denyutan bertambah tinggi. Benar saya nervous!! Ok tarik nafas dalam2 hembus! Fuh fuh fuh!

Dah 2 hari ketinggalan menyambung kerja2 masukkan gula2, kerja2 DIY, kerja2 alam flora dalam bilik. Adoi. Semalam balik lewat malam. Harini begitu juga. Singgah ke HQ di Melaka. Sampai pun lewat malam. Balik2 tanya ayahanda tentang Dewan yang baru di buka di Kelana Jaya tu. Dewan Gemilang Yayasan Felda. RM27 sekepala. Kalau 1000pax mau dah RM27,000. (-_-') *asik bertukar dewan je.biasa la tu.masih dalam modus operandi memilih dewan.ngeh*

Ok tak mau pk ape dah. Kepala buntu. Jumaat ni nak cepat2 tengok dewan tu. Kalau ok, nak terus book je. Doakan semoga semuanya selamat ya.

Selamat mimpi indah malam ni.


p/s: Aku ingin bermimpikan bulan dan bintang.


Monday, June 6, 2011

DIY Bantal Duduk

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Phffeww penat. Baru sampai rumah. Bergegas lepas makan mandi, dengan gigihnya terus snap picca pasal DIY bantal duduk yang telah diDIY hari minggu yang lepas. Tak siap2 lagi. Takde idea nak jahit camne. Nak letak zip ke atau nak jahit mati. (????) Lagipun saje jugak update rentetan pertanyaan Lisa tentang material apa yang digunakan untuk bantal nikah beliau.

As for me, I guna kain satin keras (menurut kata my mom la) Haha betul la kot.


Bahan2 yang digunakan untuk DIY ini ialah:
  1. Seketul bantal empuk (tapi serius lembut bantal Jusco ni)
  2. Kain satin keras berwarna emas.
  3. Renda untuk hiasan sekeliling tepi bantal (yang ni belum beli lagi. Ngeh)
  4. Benang, jarum dan gunting.
  5. Camera untuk snap picca.
  6. Sedikit kerajinan. Hihi

Bantal lenyek2 depan TV. Haha culik jap! Muat2 je punggung ku.
(Nota: Remote Estero sebagai guide saiz bantal)


Jahit tangan je. Mesin jahit rosak! T_T




Cuba-cubaan masukkan bantal dalam sarung. Haha longgar. Gasakla. Malas nak alter.


Close up kain


Pasni nak jahit untuk kali terakhir. Jahit luar je kot. Nak letak zip cam leceh. Bukan orang nampak pun. Pasni tutup la dengan renda besar. Hihi

Sekian terima kasih kerana menonton rancangan ini. Mari tidur dengan nyenyak!


p/s: Kain satin tu actually untuk bantal hantaran tapi sebab kemalasan melanda diri, ku simpan. Akhirnya dijadikan DIY sarung bantal duduk. Berguna jugak kan?? Moral of the story: Beli la tanpa fikir panjang, nescaya akan berguna untuk masa hadapan.


Sunday, June 5, 2011

Kisah Jumaat dan Sabtu

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hello dearies. Lama rasanya tak memegang keyboard untuk menaip. Adakah anda semua rindukan saya? Hihi. *gelak tawa* Tak tau nak update celah mana. Banyak sangat progress yang telah dilakukan 2-3 hari ni. Sampai tak sempat nak post entry baru. Sampai TERlepas nak pergi wedding BBF, Cikkin yang telah pun bergelar Puan. Congrats dear!!! Maaf zimie tak dapat hadir. Sedihhhh T_T Nanti wat review ye. Dapat tengok gambar2 dari Hana pun jadila. Cantik sangat wedding garden beliau tau!

Ok 1st nak update pasal Door Gift kanak2 tu Isk tak habis la si zimie ni pasal door gift. Haha. Di sini saya hanya nak tunjuk kan teaser macam mana rope si door gift untuk kanak2 yang telah i cipta. Eceh takla cipta sangat. Bagi gambar penuh u. Tapi jenuh jugak nak dapatkan idea tu! Buat ini salah, buat itu salah, last2 jadik macam ni...

Jeng jeng jeng..
Nana syg, I tiru sikit konsep cadangan popcorn u tu. Tak kasi popcorn tapi kasi gula2 dan cekelat. Hihi

Tak jadi nak kasi makanan berkhasiat. Tak sempat nak fikir haritu. (-_-') Thanks bebanyak pada bloggers yang bagi cadangan sebelum ni. Korang memang suweet!! Tunggu la time majlis kahwin ye i kasik Yakult dengan biskut. macam cadangan Rilla tu. Hihi. InsyaAllah.

Kedua, saya mahu update tentang hari Sabtu di mana saya dan BFF yang bernama Arina telah ke Melaka menghadiri Majlis Pertunangan my BFF jugak, Puteri Dharmilla a.k.a Ila. Kitorang jadik pelakon tambahan di lokasi. Siap jadi props pokok, batu kayu. Eh takla. Cuma jadi pengapit yang tak bertauliah je. Pastu jadi alat kepada Photoshoot Indoor beliau. Yang Outdoor kitorang tak join sebab terus bergegas balik KL dalam lebih kurang 2.30 petang. Time tu panas terik pastu highway seberang jalan menuju ke Selatan jem teruk gila!! Nasib baik ke Utara tak jem. Maklumlah ramai sgt nak balik kampung time tu kot. Kitorang gerak kul 8.30pagi so belum jem lagi time tu. Syukur perjalanan selamat. Ini perjalanan jauh yang kedua dilangsungkan oleh saya. Hebat jugak i berjalan jauh. Hihi tapi balik2 tu terus kong. Tidur sampai Maghrib. Hihi penat!

Korang!! Tengok la baju Tunang beliau! Cantik nye. Dah macam nikah tau. Takpela beliau banyak duit. T_T Teringin nak anak tudung yang macam tu. Tunggu la time kahwin. (-__-)

Mini pelamin dan hantaran. Sweet sangat. Ok fine. I nye tak macam ni pun nanti tau. Sumpah! T_T


Ok tamat cerita hari Sabtu. Congrats to iLa!! Kau sangat cantik ok. Habisla. Dah letak benchmark macam ni. Nikah esok pasti lagi vogues kot! Hihi insyaAllah. Sekian berita hari ini. Selamat menanti hari Isnin yang biru. ;D

Esok i akan sambung menaip lagi dan i akan reveal bermacam2 lagi DIY yang tak berkesudahan..



p/s: Pada masa dan tika ini, gigih siapkan hantaran dan sambung buat door gift yang tak siap. Hehe