Tuesday, May 31, 2011

Checklist Tunang Part II

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

First of all. Hurm camne nak cakap. Just nak minta maaf pada sesiapa yang terasa (I think you know who you are) Macam la banyak sangat orang yang terasa dengan kau ni. Aku agak2 je. Instinct gitu. Dapat dari mimpi kot. Yela kot2 ada tersalah kata ke tersalah bahasa ke, saya mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Macam hari raya la plak! Hehe Ok rasanya dah habis mukadimah saya pada hari ini. Sekian ;)

Back to the topic!! Ok now rasa bersemangat sekali untuk update belog. Dengan 2 hari berturut2 'senyap' dari dunia belog. Huhu. Busy teramat dengan kenduri pada hari Ahad dan hari-hari weekdays yang memerlukan komitmen kerja yang sangat tinggi. Ape pun tak boleh. Tapiiiiiii sempat lagi godek-godek FB BBF dan LIKE Dream Wedding-Candid Contest anjuran Pameran Pengantin Malaysia - by Urban Vibe Event. Goody luck u ols!! I malas. Ngeheh

Harini just nak update checklist. Yeai. Banyak gak dah setel. Alhamdulillah ;)

Tarikh : 12.06.11 (Ahad)
Masa : 11 pagi
Tempat : Rumah di Selangor.
Tema : Putih dan Kuning lembut

Cincins : Sang Lelaki dah settelkan. DONE. Love ;)

Pakaian Tunang :
  • Baju kurung moden Chiffon (Sulam Bukit Tinggi) DONE
  • Selendang DONE
  • Veil DONE
  • Hand Bouquet DONE booked from Hana Yoriee
  • Kasut / Heels DONE
DIY Hantaran
  • Kain Nikah
  • Tuala DONE
  • Sireh Junjung DONE
  • Baju dan seluar
  • Coklat
  • Kek
  • Buah-buahan
  • 7 tray putih
Door Gift
  • DIY Paper bag + barang perhiasan DONE
Jamuan
  • Masak sendiri (Tak jadi nak hire Nasi Beriani Gam Anje) DONE
Fotografi
  • sang Lelaki setelkan DONE
Make Up
  • make up sendiri DONE
Pelamin
  • No pelamin. Bonda kata duduk atas sofa je. (penat je beli langsir tu. Sobs)

Kemudian, yang hari Sabtu tu lepas wedding Cik Atia, actually menerjah ke Times Square dan OU (One Utama) untuk membeli belah hal-hal yang sepatutnya. Bukan dating tau!! Ahaks yela tu. Times Square untuk menukar kamera yang telah dimasuki air laut masin! Dah la kamera abangnda. Mau tak mengamuk beliau. Uwa terbang RM250. Sob sob. Ok fine setel. Kemudian ke OU melawat kedai ku plus membeli kasut harian (kasut tunang jugak) hehe dan beli makeup from MAC. Nak DIY Make Up la kononye ni. Kesemuanya itu terbang sebanyak lebih kurang RM300. So boleh bayangkan tak, berapa banyak fulus telah diterbangkan dengan jayanya? U do the math. Hoho (-_-')

Yang make up tu, beli foundation jenis ini Foundation : Studio Sculpt SPF15 Foundation (NC30) sama macam MizzAmy suggest tu dan Make Up Base : Studio Moisture Fix SPF15.


Ini disuggest oleh SA tersebut. Dah coba-coba testing DIY make up hari Ahad tu. Nice kot. Perasaan jela aku ni. Sogan makcik nak letak teaser. So kita nantikan sama-sama macam mana ropa DIY Make Up i tu ye. Doa-doa lah hasilnya tidak menjadi tepung gomak! Haha

Untuk DIY Make Up, i akan berguru dengan my BFF hani, tapi bak kata beliau..

"
Ok je.. tapi nk secret pas tu.. heheheee" (Read: Secret Recipe)

Cehhhh!



p/s: Website Setelkahwin tu best jugak kan? Mula2 tak paham. Nasib TERtengok dekat Blog Nora. Thanks dear! Saya baru satu je checklist done. Hehe sabo jela.

Sunday, May 29, 2011

Review B2B Wedding : Cik Atia

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Tak boleh tido sebab MOOD excited. Haha. Excited sebab 1st time tadi pergi Wedding Bloggers iaitu Cik Atia yang berlangsung di Dewan Melati 2, Perbadanan Putrajaya. Oh my! Tak pernah terfikir pun sebelum ni. Ini terjadi sejak berjinak2 dengan dunia belog. Blame her! Haha. Suka sangat sangat sangat buat belog. Suka sangat sangat sangat join group BBF (Bloggers Brides Forever). Dapat jumpa bloggers b2b!! Kenal dengan kawan2 baru. Happy sangat sangat. Ok stop. Banyak 'sangat' dah ni.

Bak kata Nora masa 1st time bersalam salaman di Aidilfirti "Oh kamu hazimi haidzir kahwin betul betul?" Hambek ko sekali dengan nama penuh dan blog! Sangat2 appreciate dengan Nora ni tau. Nora sangat kelakar dan comel hokay! Geng2 lain pun best jugak. Suka sangat dapat jumpa korang tau! ;) Nak lagi!!!!!

Ok fine, malas nak cite panjang lebar. Saya cuma ada 'sedikit' review sahaja sebab kena balik awal. Ada 3 tempat kena pergi lepas tu. Sobs sobs. Tak dapat bermesra dengan geng2 lain. Hurm. Takpela. Next time perhaps ;)

Ini adalah hasil tangkapan di Hari Perkahwinan Cik Atia kita. Jom layankan. Zaaas~

Walkaway!! Merah Uuu. Ade biji-biji terjuntai. Soooka!

Pelamin Atia. Wow vogue de vas!!!

Eh nampak muka Nora dan Amy dan kepala saya dan Put. Hihi ya ampun korang!! Blame sang Lelaki. Ops!!!

Meja Makan Beradap. Zoom out je.

Rasanya macam kitorg je tergetik getik lebih bergambo depan pelamin tu. Haha time ni tak ramai orang. Ngeheh
(l-r) Put, Raden, Nora, saya yang taktau malu tu

Raden yang kelakar dan manis ;)
Put yang lemah lembut dan manis juga. Susah nak cari pada zaman sekarang tau.
Nora. Si Cikgu yang garang. Eh takla. Disayangi anak murid. Kan nora kan? Hihi

Ok dah meriah sikit. Jeng2 jumpa Amy(tudung pepel) dan Lisa Lisut(sebelah Amy)!!
Lisa, kurus nya kamu. Hihi
Hai Amy. Lawa la Amy ni ;)

(l-r)saya yang tutup mata, Put, Atia, Raden, Nora

Ok sila fokus pada baju beliau. Warna gold! Suka suka sangat!!! Tengok pada gaya tudungnya pula. Wow!!! gaya baru mutu keunggulan ni.

Culik Atia time ni. Peramah nampak orangnya walau 1st time jumpa. I dah malu2 arnab dah kat situ. Hihi. Ketua kelas iaitu Put mengetuai pemergian kami ke Bilik Make Up menonton Atia secara live. Thanks Put. Sayang Puttttt ;)

Dengan Shafa merangkap cousin Atia merangkap rakan sekolah rendah dan menengahku. What a small world!! Best dapat jumpa shafa. Bila nak reunion sekolah lagi ni dear??

Lastly, jumpa Kina yang Ayu. Ya Allah ayu nye Kina ni. Bersopan santun tau!! Suka tengok. Dah nak balik time ni. Rejeki dapat jumpa artis a.k.a Queen of Contest. Hihi


Btw, RALAT sangat tak dapat bergambar dengan Miss Realiti Dewi, Dba!! Huwa dba orang 1st yang zimie jumpa dalam dewan ni. Thanks a lot Dba. Beliau la memperkenalkan zimie kepada Put dan Raden. Sobs tergaru. Next time kite jumpe lagi tau. Kelakar la dba ni. Manje pun ye. Awchh kene cubit dengan Dba!! Hihi


p/s: Thanks kepada Encik sang Lelaki yang menjadi Photographer yang tak bertauliah. Sori saya dah jumpa kawan2, saya TERlupa awak sekejap. Muahahaha :-*

p/s: Kepada pengetua BBF, jangan lupa ajak saya ye if ada gathering. InsyaAllah saya akan datang mengemparkan suasana. Hehe.

Saturday, May 28, 2011

Perkara asas Make Up

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Nak buat penghargaan and tribute to Lisa Lisut. Ehem. Sebab beliau, saya telah mendapat jawapan, nak beli foundation jenis apa. Nak tunggu my BFF reply sms?kan betul memang berjanggut tunggu. Haih. BBF jugak yang boleh harap. Hihi thanks Lisa. She recommended tanya Mizz Amy coz beliau ni terer sikit bab2 make up. Thanks babe!! U nak apa. Hugs kisses jugak boleh? ;P Rasa macam heaven je dapat rakan2 bloggers b2b yang baik hati ini. Cepat je masalah ku selesai. Hihi Yeai.

Berikut adalah perbualan Mizz Zimie dengan Mizz Amy. Nak Mizz gak tu. Takley kalah. Layan.


Hai amy,

zimie here. maaf nak tanya, u pandai make up kan? hehe bukan ape. nak tanya, i nak beli make up basic nye. ni nak bertunang, nak make up sdn bhd.hehe yang tau mesti ada foundation kan? i nak tau jenama foundation yang u boleh suggest.

yang lain2 macam lipstik,mascara,eye shadow, blusher, eye lining semua i dah ada. cuma foundation tak tau jenis apa nak pakai. fyi, skrg i pakai pressed powder je untuk hari2 pergi kerja.

thanks a lot dear!
_____________________________________________________________

Hye Zimie,

Untuk foundation, ada banyak jenis. Nak tebal boleh guna kryolan. Tapi if nak guna for daily use better beli MAC je. u boleh beli yg jenis macam ni..

Sumber: M.A.C

..tapi make sure beli make up base jugak sebabnya kalau pakai foundation nie muka cepat berminyak. tu utk org jenis muka berminyak lah. then, if dah pakai foundation semua, better pakai loose powder. pressed powder pun ok jugak kot. hehehe.. jenama lain tak sure lah dear. i pakai mac, tu je yang boleh di suggest. hope membantu. if nak tanya apa-apa, just let me know.
__________________________________________________________

Hye Amy,
thanks.memang suka banget make up MAC.so far,pakai blusher MAC je.hehe.ok jugak link yang u kasi tu.boleh la zimie consider nanti.cuma make up base tu i tak sure perlu atau tak.sebab zimie ni muka jenis kulit kering.rasa2 perlu tak pakai moisturizer?

so yang zimie paham skrg,ada 3 step la iaitu

1.make up base
2.foundation
3.loose powder

kan?pls advise.hehe

______________________________________________________________

Yes dear. Tu utk mekap tahan lama lah. If tak pakai makeup base pun tak per. Sbb ur kulit pun jenis kering kan? Loose powder tu penting sbb dia akan kasi finishing muka kita cantik. Utk foundation tu nanti tanya kat SA warna mana yg sesuai with ur skin tone. Salah pilih warna foundation leh kasi effect tepung gomak.

______________________________________________________________

Ok paham dah. thanks a lots dear!! appreciate sangat ur explanation ni.hehe

Nanti kalau ada ape2 lagi i nak tanye, i email u tau. ;)


Oh btw, sesapa nak tau lebih lanjut pasal make up boleh pergi blog Mizz Amy: The Pink Dress Diary tau atau email ke mizzamyzalini@gmail.com eceh macam Berita Utama TV3 lak gamaknya!

So akhirnya terjawab segala persoalan semalam. Yeai sooka! Rupanya ada 3 je asas dalam make up. Rasanya itu je yang Amy mention. Lepas dah pakai tu semua, baru la boleh apply eye shadow, eye lining, blusher, lipstick, lip gloss dan sebagainya. Betul kah? Rasa macam dah betul part tu. Haha jangan ajaran sesat sudah.

Perkara pertama nak kena buat adalah meronda shopping compleks! Ngeh part paling best! Encik sang Lelaki, sila teman saya ya. Bye semua. Akan update lagi.



p/s: Pergi wedding Puan Atia kejap lagi. InsyaAllah jumpa geng BBF dekat sana ye. Luv luv!! (^_~)

p/s2: Wah semangat nak DIY Make Up!!! Gedik sekali.

Friday, May 27, 2011

Beli Make Up instead of hire MUA

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Kata2 kawan-kawan seperjuangan, if masa tunang tak payah nak over hire MUA (Make Up Artist). Tapi if ada budget, boleh je hire MUA. Macam makcik ni cheapskate sikit. Haha.

"Zimie, daripada ko bayar MUA tu ratus-ratus, baik ko beli make up ratus-ratus" Make sense gak

"Tapi aku tak reti make up la dek non! Sama jela kalau aku beli tapi tak reti pakai. Membazir la kalau macam tu"

"Tapi takpe, ko belajar jela make up from You Tube" Haha jawapan camni pun ada ka!

So dengan itu cepat2 pergi SMS BFF yang bernama Hani. Beliau terer sikit pasal make up. Dulu pun masa dinner course dekat U, beliau yang make up kan. Cantik!! Masa tu rasa macam retis-retis je. Haha.

"Makcik, ingat tak masa dinner Sains Bahan, ko tolong make up kan aku. Yang ko guna foundation tu jenis apa ya? Tlg advise. Aku nak beli barang2 make up no. Pastu apa lagi nak kena beli. Yang basic pun takpe"

Ok now tengah tunggu beliau reply. Berjanggut nak tunggu. Hope dapat shopping2 la sikit hujung minggu ni. Yeai.

Akan update lagi kejap lagi. Ngeheh. Selamat sembahyang Jumaat kepada lelaki-lelaki sekalian!


Thursday, May 26, 2011

Nak Letak Teaser Gak (TQ Tag)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hari ini saja2 je nak men'teaser'kan diri. Haha padahal ko saja nak BUMP kan? (bring up my page) Lalala~

Secara umumnya, cewah! Rasanya dah ramai tau pasal entry Door Gift tu kan. Paper beg telah ditonjolkan dalam entry sebelumnya. Sticker/TQ tag belum ada teaser lagi. Kan!! Actually, saya mendiamkan diri selama beberapa hari sebab gigih menyiapkan paper bag with TQ tag tu! Adoi mak patah pinggang. Kalau seribu, mau tercabut punggung dan lutut! Nasib buat 20pcs je. Sehari berjaya siapkan 2-3 bag je. Biasala buat mesti slow2 untuk mendapatkan hasil yang mantap dan berkualitas! Nanti kalau tak, terburai segala isi perut dalam tu. Ngeheh.

Akhirnya dengan bantuan encik Zazzle dan geng BBF(again), saya berjaya menyiapkan 6 design. Eceh. Jom tengok design2 yang dibuat. 4 design dibuat melalui Zazzle. 2 lagi reka cipta sendiri je. Tak la lawa mana tapi BOLEH la. Hihi ayat masuk bakul angkat sendiri.

Saja je nak suruh korang..
TEKA YANG MANA SATU DESIGN PILIHAN IDAMAN
ku? Dah siap print atas sticker pun. Ngihi

Ce teka ce teke! Jeng jeng jeng.

1

2


3


4


5


6


Err kalau sesapa berjaya teka, nak beri apa ya? Beri pelok cium je boleh? Ngahah! Luv luv korang! Ehhh (^_~)

Monday, May 23, 2011

Tarikh Kahwin dan Dewan...lagi

Assalamualaikum, baa baa cak! lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Alhamdulillah. Tadi lepas je balik kerja, dapat la mesyuarat tingkap dengan semua ahli keluarga. Just a quick meeting coz lepas tu nak magrib pula. Tapi yang penting mesyuarat dihadiri oleh VVIP iaitu ibu dan bapa. Ngehehe. Abang dengan adik tu optional. Ada bagus. Takde ada aku kisah?Muahaha tapi kebetulan mereka semua ada. Yeai.

Mula2 1st thing kitorg decide adalah TARIKH kahwin sebab dah dapat hint-hint daripada pihak lelaki yang diorang nak tahu tarikh. Senang la nanti nak discuss masa Majlis Tunang. Tak la semua tercengang2 ke hape ke. And of course wajib buat pada cuti sekolah. Bukan setakat saudara mara, malah nenek2 datuk2 moyang2 untuk kedua2 belah pihak ibu bapa pun akan datang jugak. Dari Kelantan sampai la ke Johor dan Kedah. Wah Timur ada, Selatan ada, Utara pun ada. Maka dengan itu, kena la buat cuti sekolah supaya senang la diorang ni nak datang ke Majlis ku. Yang penting semua ada. Yehuu! dan ehem tarikh telah pun di decide. Yang penting BUKAN tahun ni. Ia adalah tahun 2012. Sempat la ada lagi setahun nak prepare. Hihi. Tarikh sebenar dah ada tapi dirahsiakan daripada umum. Dekat2 nanti barulah reveal. Jeng3.

Kemudian, nak buat kat mana? Kitorg dan decide nak buat dekat DEWAN. Tak boleh buat kat rumah, takut roboh je nanti tetamu rempuh. Hihi. Seperti dalam post yang lepas, planning nak buat kat dewan di Putrajaya. Malangnya selepas ditambah ditolak darab bahagi, ambil kata sepakat nak buat dekat Dewan PKNS Kelana Jaya. Ala yang depan Kastam tu. Dekat2 Giant Kelana Jaya. Tau kan? tau kan? Sapa tak tahu, dia ________. Hahahaha kidding jo.

Kenapa dewan ini?
-harga saya tidak ketahuan (bajet under RM2K. adakah ini rate nya?) updated!! Ina kata RM3800 per day. (-_-')
-parking senang
-dewan besar dan luas (ayahanda kata boleh masuk sampai 2000 org)
-berada di tengah2 bandar.senang sahabat handai di Damansara dan KL nak datang.
-tepi tu ada tasik (perlukah ini semua?)
-itu je kot..ngeh


DEWAN PKNS KELANA JAYA
besar kan?just nice.
Sumber : Mutiara Serivces

Masalahnya, tak tahu nak contact sapa?! Huwa kata rakan2 kena booked dewan 6-12 bulan sebelum majlis. Hurm tadi email kepada Ina sebab tengok kat blog beliau, wedding belah lelaki kat Dewan ni jugak. So just waiting for her info la ni.

Anyone knows tak macam mana nak contact pihak pengurusan Dewan PKNS Kelana Jaya ni? Atau ada sapa2 kerja kat PKNS Selangor ke? Errr sebenarnya tak paham gak. PKNS ni under organisasi mana? Dah tanya Encik Hansam Google tadi pun tak jumpa. Hurm. Go go zimah.


Updated!!! Ekekeke thanks Ina for the email. Baru je post entry ni, tetiba beliau reply. Sangat pantas dan tuntas!! ;P

salam.hi zimie,

i've asked my fiancee psl dewan tu. he said, xde contact number. just g kat dewan tu, jupe person in charge, dia akan bagi details untuk contac orang dari pkns shah alam untuk booking..i pon pernah google num contact dorang, memang tak jumpa..hopes this helps.all the best ya! :)

ina


p/s: Laju je Ina reply email. ;) Apa lagi zimie. Kayuh laju2!!


Sunday, May 22, 2011

The Best Bride & Groom Pose Ever

Assalamualaikum, baa baa cak! lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ouh sungguh tenang rasanya. Jam menunjukkan dekat 2 pagi. What!! Tak tidur lagi. Errr sebenarnya tadi terhegeh2 buat Paper Bag. Malangnya lepas 1 siap, TERtiba terbuka lappy dan akhirnya ditinggalkan kerja-kerja tergendala itu. Ahahaha tak tahan godaan untuk Blokwalking dan post entry. Ngeh ngee

Kemudian teringat B2B cik lijah dan cik hana yang telag mengetag diriku untuk join contest. Adeh. Siap 2 orang tuuuuu tag. Haha macam la kau tu fames sangat kan. Weeek

Anyway thanks to them. Luv luv mereka. Eceh. Kepada pihak penganjur iaitu cik emah, diucapkan ribuan terima kasih kerana telah berjaya mensengkangkan mata saya memilih the best bride and groom pose ever Ala saja2 je join juga kasi meriah. Just for fun! Yeai.

Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua...Wajib menjadi follower blog cik emah...

2. Menulis satu entry mengenai contest ini dah TAG 5 orang rakan anda.

3. Upload 1 gambar terbaik dalam entry anda tadi yang bertajuk "The Best Bride & Groom Pose Ever". Tak
kisah la gambar pasangan mana pun asalkan korang x copy restricted pic sesape ok.
4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini.
senang kan???


Cak. Saya memilih foto ini. Yang lelaki tu my partner. Oups i mean business partner. Encik Irwan. Bang Iwan!!! Maaf curik picca kamu. Saya suka. Ekekeke


Irwan dan Anis

Tiada kata untuk gambar ni. Suka sebab Cik Puan Anis 'menarik' telinga Encik Irwan. Dalam hati agaknya "Abang, lepas ni duduk rumah diam2, jangan nak keluar sesuka hati, pastu jangan notty2, kalau notty Anis tarik telinga lagi macam ni" Hahaha merepek je aku reka ayat ni. Hahaha ma**** kalau si Iwan tau aku curi gambar diorang. ;D Anyway Selamat Pengantin Baru kepada mereka.

Nak tag sapa ye!! Ok tau dah:
1. DBA
2. LISA
3. NIDA
4. DIDI
5. WANIE


Ok mahu tinggalkan jejak kasih kat blog cik emah ni. Zaaasss!!


p/s: Haih lama dah aku tak jumpa diorang ni. Sejak wedding awal bulan April haritu.


Friday, May 20, 2011

TQ Tag (Yang mana satu pilihan kalbu?)

Assalamualaikum, baa baa cak! lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok dengan penuh megahnya, semalam dah try2 design TQ tag untuk Paper bag ku. Siap buat 6 design uuuu. Tapi lepas dah shortlistkan dan dapat approval dari Bonda dan sang Lelaki, berjaya memilih design yang diidam-idamkan. Yeai. Thanks banget!!! kat geng BBF sebab bagitau nama website tu. Makcik ni kadang2 pelupa. Banyak makan otak ikan agaknya. Yamyam. Haha. Luv luv korang. Muahh :-*

Jika sesiapa yang teringin nak DIY button, t-shirt, mug, etc boleh ushar2 website ni. Zazzle. Website ni ada macam2 template dan design wedding. Macam saya ni just nak 'cilok' design untuk TQ tag. Hehe. Tapi pergi pilih dekat list Button badge, kemudian Bridemaids buttons. (Cantik2 designnya) Lepas tu customize dan segala jadah tula. Kemudian, klik la Print Screen (PrtScrn). Paste la dekat Photoshop (PS) atau Paint. Dapat la design nya. Bijak tak? Bijak tak? Saya tahu saya memang bijak. Bweek

Cuma yang menjadi persoalan sekarang, nak letak TQ tag tu, gaya camne. Adakah gaya kuak kupu2, gaya kuak lentang ataupun gaya bebas. Help anyone!

Mula2 berpendapat nak tepek sticker dekat paper bag macam ni. Sebab saiz DIY paper bag lebih kurang saiz camni. Dia 'besar' sikit.

Sumber : Google
Pilihan A: Tampal sticker TQ dekat muka hadapan paper bag



Kemudian, TERtengok blog cik El, beliau letak TQ tag macam ni. Tetiba berbelah bahagi. Pilihan B : TQ tag diselit pada reben. terasa macam kosong je muka hadapan paper bag tu. Haha gedik betul. Nak tampal sticker la tu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ataupun

Pilihan C : Gabungkan pilihan A dan pilihan B. Muahaha *Tamak tak tahan*


Ada cadangan tak tawan-tawan? Rasa2 macam blur pula dekat2 majlis ni. Hadeih.



p/s: Saya nye paper bag sudah DIY. Nak tengok gambar, sila ke entry sebelum ni. Sekian.

Thursday, May 19, 2011

Misi Berjaya!!

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers,

I'm BACK!! Lama sungguh tak menghapdate. Adakah anda rindukan saya? Bweek. Sejak bloggers problem, nak buat shecuduled post pun tak sempat. Ape tah lagi hari Sabtu yang lepas, pagi2 buta sudah menyusuri KLIA untuk bercuti. Ok kita lupakan kisah peribadi yang tidak penting itu.

Ingat lagi tak misi hari Jumaat yang lepas tu? Kalau tak jumpa, cari je post sebelum harini. Haha. Keputusannya MISI BERJAYA!!! Yeayy Alhamdulillah. tu pun selepas 'tuang' sekejap dari opis untuk membeli belah. Ampunkan saya wahai bos yang baik hati. Nasib beliau tak tahu. Lepas buat demo kat UPM, terus i berjalan-jalan. Menyelam sambil minum air. Haha ;D

Misi yang bejaya itu adalah untuk Membeli Jar. Betul2 beli kat Quality Pack. Nasib baik jumpa. MasyaAllah perjalanan ke sana sangat la membencikan. Padahal tau je Giant Bandar Kinrara. Tapi ntah nape boleh sesat. Kalau tak, memang nak give up je cari jalan. Cina tu cakap keling kot. Grrr sampai bateri handphone kong. Pastu dengan cuaca panas lagi. Plus terkejar2 balik ke ofis. Hanya Tuhan saja yang tau. Tulah sapa suruh tuang kerja.Hua hua.

Beli Jar jenis MG390/340 gram, 12 pcs = RM7.32
Campur dengan Gold Metal Cap, 12 pcs = RM2.34
Total = RM9.66

Ok kan?Murah!!!

Mula2 check kat website dia. Boleh check jenis jar di sini.


Sebesar tapak tangan ku je.

Lepas ni jar ni akan terus di hantar kepada 'tukang masak' a.k.a rakanku Gendut yang akan transform jadi Cake in a Jar. Taktau la camne rupa kek tu. Harap2 cantik. Haha positif2. Ok selesai satu part untuk hantaran. Pasni lepas dapat jar ni semula, nak hias dengan reben je dan sticker mungkin. Hehe

Misi kedua adalah membeli kad manila. Sapa ingat sapa ingat? Lupa la tu. Grrrr sebenarnya saya telah membeli ini....

Brown Craft Paper untuk DIY Paper Bag. Beli di kedai Minly Paper, Brickfields. Murah!! Harga untuk 40pcs hanya RM12. Boleh potong ikut saiz yang kita mahu.
(gunting, reben, gam dan puncher hanya sebagai hiasan. sekian)


Saiz yang digunakan adalah 590x290mm. Selepas dilipat dan digam, jadilah macam ni. Di mana saya belajar? Bukak balik paper bag yang orang kasi. Pastu cuba jaya buat. Dan memang berjaya!! Yeai ;D

Pastu gam lebihan kertas di bahagian reben. Takut tertanggal atau tercabut. Kena guna gam yang tahan lama. Yang jenis putih isi nya tu. Amacam. Cantik tak? Cantik tak korang?! Baru buat 1 je. Yang lain2 tunggu la ada mood baru buat. Haha.


Kemudian, sekarang tengah pening nak hias apa depan tu. Bonda cakap "Letak je muka Zimie dengan Payad depan tu" What!! "Malu la mummy" Aduhai. Nanti la Google2 corak apa yang menarik.

Itu sahaja untuk tika dan kali ini. Akan update lagi di kemudian hari. Mudah2an berjaya la nak hasilkan DIY ini. Aminnn. Yang hantaran haritu pun berhenti takat tu je. Tak pulak sambung untuk yang lain2. Sireh junjung pun tak try DIY lagi. Tetiba terasa BANYAK NYA LAGI TAK SIAP. Hurm.

Selamat malam dunia.


p/s: Pssstt tuan tanah baru je dapat handphone baru. Apakah? Happy! Happy!

Thursday, May 12, 2011

Misi Hari Jumaat yang Barakah

Assalamualaikum, baa baa cak! lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Esok saya ada misi penting. Taknak cakap banyak2. Sebenarnya kau malas kan?


1. Membeli jar putih yang murah kat Quality Pack sebanyak 10 pcs. Thanks a lot to b2b cik lijah, yang memperkenalkan kampeni ni masa daku post kat entry ni. Lebiu sayang! ;)

2. Membeli kertas manila / kertas yang tak nipis sangat, tak tebal sangat. (Aku pun pening kertas apa ni. Haha) Untuk apakah ini? Jeng jeng jeng. Nantikan kemunculannya.


Apa pun semua ini nak DIY sendiri untuk majlis tunang. Walau majlis tunangku ditangguh, proses penyediaan dan persiapan tetap dijalankan tau. Bukan tangguh apa pun. Cuma tak dapat tarikh yang didambakan itu. Muahaha. Gedik tak? Takpe takpe. Memang dah pasrah je ni. Kini aku pasrah, dengan segalanya. Ohhh~~~



p/s: Penerbitan entry akan dihentikan buat 4 hari berturut-turut. Pergi mana? Biarlah rahsia. Ngahaha. Saya cuti Isnin depan. Selamat bercuti pada semua ya. Buat lovelies B2B, selamat mem'prep' kan diri anda. Ganbatte kudasai!!! ;)


Wednesday, May 11, 2011

Dewan dan Tangguh Tarikh Tunang

Assalamualaikum, baa baa cak! lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok dah beberapa hari rasanya tak post entry baru. Eceh baru sehari je dah kecoh. Ada ke yang baca blog saya ni?bweeekk

Sebenarnya semalam serius takde mood nak DIY hantaran. Kenapa entah. Oh saya rasa saya tahu. Saya macam takde mood. Maybe sebab haritu period. So PMS datang menjelma. Nak sambung buat hantaran pun takde mood. Kebetulan jarum peniti pula lupa nak beli. Makin tambah2 malasnya. Hari ni pun malas juga. Tadi baru je jawab 'stress management' daripada b2b cik kina. Buat dah test.Nasib baik stress ku masih di tahap medium (masih boleh dikawal lagi) Cuma sejak akhir2 ni memang stress la. Ok blame PMS. Grrr

Dan semalam disebabkan tak boleh tidur, sempat la survey2 harga untuk sewa Dewan di Putrajaya. Guna pakcik Google je pun. Rakan sekolahku bernama Nadiah OJ kata Dewan Seri Siantan tu reasonable. Tak sure la pula. Mari saya listkan nama2 dewan yang ada di Putrajaya. (Katanya kena booked setahun atau 6 bulan lebih awal sebab dewan kat Putrajaya ni sangat HOT STUFF macam pizza thin crust! Baikkkk takde kene mengena) Saya memerlukan dewan 1000pax. Tu jemputan ibubapa la. Saya nye amik 100-200pax je. Yang lain semua rakan2 ibubapa. (-_-')
  • Dewan Seri Siantan (1000pax) - RM4500 (tak boleh bawa catering luar)
  • Dewan Siantan 1 & 2 (500pax) - RM2550 (tak boleh bawa catering luar)
  • Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik - RM1900 (berminat dengan yang ni, cantik di gambar, cuma saiz dewan 'kecil' sikit. Takpe takpe. Nanti nak pergi tengok. Ada blogger kata, boleh muat 1000pax. Tapi time sanding pack)
  • Dewan Seri Endon (1000pax) - RM5000++
  • Dewan Puspanita (1000pax) - RM5000++
(Ini berdasarkan maklumat yang didapati daripada Internet, kena tanya pihak pengurusan untuk kepastian di mana saya tak sempat2 nak call mereka)

Rujukan : Sini

Ok done part survey dewan. Oh ya. Seperti diberitahu kepada geng BBF pada yang perasan la post cik syahira tu, memang betul la tarikh pertunangan ku telah ditangguh kepada sekian tarikh. Dugaan apakah ini? (>.<) Ditangguhkan atas sebab2 personal yang tak dapat dielakkan. Memang dah agak dah. Cuma memula tau tu, terkilan, sedih, marah. Ikutkan ni dah 2x bertukar tarikh. Camne la tak sedih? Entah la susah nak cakap. Maybe perempuan ni emosi dia lain sikit. Kalau cakap kat lelaki, mesti dia buat dek je. Relaks cool je. Adakah aku yang terlebih emosional di sini? Apa pun semuanya dah diselesaikan secara baik. Saya dan keluarga terima dengan hati yang terbuka.

Bak kata sang lelaki "Tarikh tu takde benda sangat, yang penting berkekalan"

Baik yang. Sobs3. Memang betul pun. Lega dengar penjelasan daripada beliau. Kadang2 memang best ada 'lelaki' kat sebelah sebab kata2 mereka ni sangat la realistik. So, yang aku nak emosi sangat ni apesal? Ok salahkan PMS lagi.

Harini gagal lagi mengDIYkan hantaran. Mood hilang. Tak tau tertinggal kat mana. Huu. Wahai mood sila la hadir!


p/s: Tadi masa maghrib tidur 2 jam. Tak tau kepenatan sebab apa. Stress agaknya.

Tuesday, May 10, 2011

Shopping : Bunga, Daun dan Langsir

Assalamualaikum lovelies bride to be ;)

***

Phew barulah kesempatan nak update. Kepenatan sampai nak menaip semalam pun takde mood. Huaa hari ni saja nak update tentang hasil tangkapan di Nilai hari Ahad kelmarin.

Yang paling best sebab dah berjaya menghabiskan wang sebanyak RMXXX.XX untuk bunga2 artificial. Oh kenapa bunga artificial? Soalan ni memang dah lama bermain di fikiran. Antara bunga hidup atau bunga artificial. Ada la fikir selama 3 hari 3 malam. End up keputusan nya beli bunga artificial je untuk DIY hantaran nanti. Daun sireh pun beli jenis artificial. Gila nervous taknak guna daun sireh hidup. Sampai mak cakap "Takpe ke guna daun sireh artificial ni?" Errrrr taktau nak jawab pe. Hahaha

"Bunga hidup la cantik. Berseri je hantaran. Murah harga compared to bunga mati/artifical "

Nak je guna bunga hidup, tapi tak mahu mengambil risiko. Ok fine. Dah ambil dah risiko membeli bunga artificial yang 'mahal' tu. Wuuuu. Sebab utamanya, bunga hidup ni kene beli last minute lebih kurang 2-3 hari sebelum majlis, barulah boleh gubah. Saya rasa saya tak 'sepandai' itu. Nanti takut malam tu nervous tahap tenuk, tak tidur malam dibuatnya mengubah hantaran. Hua

So biarlah hantaran ni ku gubah dan dah siap 2-3 minggu sebelum majlis. Lega nanti bila bertunang, terus bagi je hantaran. Malam tu boleh tidur lena sebelum majlis berlangsung. Eceh yeke? Ntah2 aku yang berjaga malam tu kerana kenervousan nova itu. Hahaha. Jadi, sekian. Itulah alasan untuk tidak membeli bunga hidup.

Adakah aku berpeluang menggunakan bunga hidup? Jeng2 ada lagi satu 'DIY' yang akan ku lakukan dengan BUNGA HIDUP. Nantikan entry yang seterus dan seterusnya. Tak mahu reveal sekarang! *Berangan kejap* Lalala~

Maka di Nilai sempat juga membeli langsir, taklah langsir sangat. Ala2 backdrop belakang kerusi. Maklumlah i takde mini pelamin. Sob3 jimat la kononnye. Langsir beli warna ala2 kuning cream. Semeter RM5. So sebab nak letak kat belakang kena la beli 7 meter. Alamatnya terbang la uwang palsu ku berjumlah RM35. Ni belum jahit lagi. Waa terpaksa la tempah suruh orang jahit. Mesin jahit kat rumah dah rosak! Habis jahanam. Bukan sebab saya, tapi sebab lama tak guna. Betul tak tipu!!!!


Akhir kata, sempat la testing2 power. Kot2 keluar kuasa Power Rangers ke?Hiyark! Go go power rangers!

Dulang tu jenis tray putih. Tak nampak pulak rupa nya. Boleh tengok kat sini. Ikut suka ikat tuala dengan reben tu. Alas warna hijau dibeli kat U & Me, Nilai dengan harga RM2.50 sekeping
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jadilah ini

Kagum dengan diri sendiri yang tangan kayu ni. Ok tak korang? Cepat puji! Haha. Ni first time belajar mengubah. Tak tau nak kata rupa apa. Ada masa untuk mencuba kaedah cuba jaya lagi. Buat lagi zimie. Caiyok! Yayyy
.
.
.
.
Ahh cobaan~~~

Sempat tunjuk kat Ayahanda. Katanya "Aik, takde dulang yang biasa orang lain buat tu ke" dengan nada terkejut.

"Takde. Ni gaya moden. Nanti zimie tunjuk contoh yang dah siap. Kat dalam majalah pun ada. Artis pun buat camni" Ikut suka aku je. Muahaha padahal nak 'lari' tu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan apa saya akan lakukan untuk ini? Nantikan episod seterusnya!!

Zassss!! ;D


p/s: First time DIY Hantaran. Macam tak sangka u! Semak dah bilik ni. Nak kemas lagi malas. Haha

Monday, May 9, 2011

DIY : Pomander Flower Ball


Apa itu Pomander Flower Ball? Pomander ni adalah span yang ditutup dengan bunga2 di sekelilingnya. Contohnya macam ni. Adus berangan nak letak kat tepi kerusi macam ni. Sweet la pulak. Ngihihi Kalau la kerusi kahwin macam ni kan? Haha kalau tak, just kena hanging jela dekat mana2 atau buat centerpiece pun nice juga :D

Macam2 bunga yang boleh digunakan. Ada guna bunga sunflower macam bawah ni. Tapi as suggested guna bunga carnation. Tengok kat picca bawah ni, guna bunga hidup / fresh flower. Mungkin guna artificial flower, tak secantik ni kot.

Berangan nak letak kat kerusi. Tapi majlis Melayu mana ada kerusi camni. Hoho.


Ya boleh gantung macam ni untuk deco dewan, rumah and such.


Untuk flower girl pun boleh. So suweeett :*)


Berangan nak centerpiece yang macam ni.

Sumber : Diy Central

.
.
.
.

Boleh tengok video ni untuk cara2 DIY. Sebab belum DIY, tu yang 'mencari inspirasi' dulu. Kalau jadi DIY nanti makcik post ye kat sini. ;)



p/s: Sampai saat ni, satu DIY pon tak pernah buat. Adoi focus zimie focus! Pssst mana nak cari span bulat eh? Ada jual kan?