Saturday, April 30, 2011

Pelamin Mini Tunang

Ok malas nak cakap banyak2. Taip laju2 (Nak cepat!!Jap lagi nak bergerak ke stesen bas. Seperti diketahui this is scheduled post. Gigih tak? Gigih tak? :D)

Hasil tangkapan di pagi hari yang tenang.


Sumber : Pakcik Google yang baik hati lagikan penyayang.

Drool~











Kenapa ini eye catching? Whoa I like!! Plus macam senang nak DIY. Errr





Buat pengetahuan, ini hanya mini pelamin untuk tunang. So kalau boleh nak buat sesimple mungkin dan sebudget mungkin serta semurah mungkin. Ngihihih.



p/s: Terima kasih kerana menonton.


Friday, April 29, 2011

Paper Bag? Blurry~

Baiklah. Seperti diketahui door gift tu dah beli. Yayy! Yang belum beli dan masih on hold adalah paper bag. Takkan nak bagi bodoh2 macam tu. Huaa nak tak nak kena mencari paper bag yang sesuai untuk bagi pada pihak Lelaki dan saudara mara. Herm pening! Yang DIY ni jenis craft brown paper bag saiznya kecil. Tak muat je. (Tulah sapa suh beli door gift yang gedabak camtu. Ngehe) Ada ke saiz besar? Adoy. Nampaknya kena la beli paper bag yang jenis besar. Saiz lebih kurang ni 11x12x9cm (panjang x lebar x tinggi). Besar gak saiznya.

Mana pulak aku nak rembat ni?


Aritu jalan2 kat Ayer Hitam pastu Bonda pula tak berkenan. Katanya cari je di Nilai. Baik bonda. (Bukan Blondal dekat Tol Batu Tiga Shah Alam tu ya) Ada sapa2 paham ke? Haha!
.
.
.
.
.
.
Alamak tetbe blur. Ada sesapa nak bagi cadangan tak? Nak paper bag dalam 20 pcs je. Beli atau DIY? Thanks a lot dearies ;)


p/s: Baru nak start mengelabah. Hua cecepat pergi beli majalah DIY hantaran. Err ada kene mangena tak? Ngakahkah

Thursday, April 28, 2011

Dugaan dan Persediaan untuk Bertunang

Mulai hari esok, saya buat scheduled post sebab saya tidak berada di Malaysia. Eceh. Saya ke negara Kota Singa je. Ada retreat company selama 4 hari. Doakan kami baik-baik saja ya di sana. ;) Hurm sudah masuk 44 hari sebelum tibanya tarikh pertunangan.

Ok mesti orang akan cakap


"Ala tunang je pun, belum kahwin lagi, rileks la"

Ok fine memang benar. Tapi persediaan bertunang pun perlu diambil kira. Selepas bertunang, seperti yang semua sedia maklum sangat banyak cabaran dan dugaan. Kalau lihat post entry B2b dan BFF semuanya ke arah stress untuk berkahwin. Maknanya dugaan demi dugaan di alam pertunangan ni. Darah manis la katakan. Kalau muda lagi la, darah muda. Penuh dengan egoistik. Err saya takley cakap banyak sebab tak lalui lagi. Mungkin kita just boleh share apa yang boleh dilakukan semasa berada di alam 'darah manis' ini. Sumber macam biasa pakcik Google. Boleh lihat sini juga.

Persediaan. Persediaan emosi, mental dan fizikal mesti cukup. Mesti BANYAK SABAR!


Wang Hantaran! Oh yang ni sangat sensitif. Sebaiknya berbincang dengan pihak perempuan. Yang lelaki perlu la fahami dan berkorban sedikit. (Bak kata sang Lelaki 'nak pakai lama') Ngihihi. Pihak perempuan pun janganlah letak harga yang tinggi2 sampai tak tercapai akalmu. Bak kata pepatah omputeh 'ukur baju di badan pihak lelaki' Understang? :D


Pergaulan. Ehem yang ni pun lelaki-perempuan kena jaga. Seeloknya kurangkan berjumpa (nasihat untuk diri sendiri) Ini bukan lesen P ok!! Kawal la nafsu anda ya (nasihat lagi). Nanti lepas kahwin, nak jumpa hari-hari pun boleh. Sampai muak pun takpe.


Tempoh bertunang terlalu lama. Sebaiknya tempoh bertunang dipendekkan. Namun, macam masyarakat Melayu 6-12 bulan. Ikut kepada keadaan. Kalau boleh dipendekkan tempoh bertunang, pendekkan la sebab boleh mengelak daripada perkara2 tak diingini terutama sekali putus tunang. (Macam saya ni nampak gaya macam lama lagi. Hurm)


Komitmen. Rasanya dari segi komitmen nafkah memang tiada. Lelaki pun tak perlu beri rumah dan sebagainya. Perempuan pun tak perlu taat pada lelaki. Cuma komitmen yang perlu diberikan adalah perempuan perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi. Ok paham.

.
.
.

Bak kata seorang ustaz,

"Masa ni setan selalu dok kaburkan mata kita, benda buruk kat pasangan kita akan di'lawa'kan benda yang elok (perbuatan) akan cuba dipesongkan dan kita sering diarah untuk melakukan perkara yang dilarang NYA"


p/s: ya Allah, ku mohon dijauhkan daripada ini semua. Aminnn.


Tuesday, April 26, 2011

Tak Suka Ayat Ni

SALAM bloggers~

[Amaran! Entry ni mengandungi aura negatif. Diharap aura negatif ini tidak menjangkiti anda]

Terasa macam nak emo tetiba. Hemo hemo! Alkisahnya, persahabatan dengan si dia dah nak masuk 5 tahun. Pasti kawan2, saudara2 mara suka sangat bagi soalan2 ehem dan yang pastinya soalan cepu cemas! Serius mencemaskan kalau ditanya. I dont like to answer it. I wish I have choice not to answer it! Hurm.

"Bila nak kahwin?"

"Korang bila lagi ni"

"Anak aku nak masuk dua. Korang tak kahwin2 jugak"

"Mana kad ni zimie"

"Aku tengah honeymoon ni. Saja nak jealouskan ko"
- BWEEKK tak jeles pun padahal dalam hati?Hemm

"Tak sabar nak makan NASI MINYAK Zimie" - Helooo aku masak Nasi Beriani je. Lagi BEST.

U ols STRESS tak? Ke takde perasaan? Mesti penah kena gak macam ni kan? Entahlah aku PMS kah? Rasanya dah lepas. Maybe time bulan mengambang kot. Sejak akhir2 ni kan BULAN semakin bulat dan cantik. Ada effect kot kat aku. Aku ni ibarat laut pasang surut kot. Ngahaha.

Macam kan macam kan sampai satu tahap cakap TAKNAK KAHWIN. Sebab kononnya nak buat majlis lebih awal, tapi apakan daya, semuanya telah ditentukan ibubapa. (-__-")

U ols rasa ada tak ayat-ayat yang
POWER Rangers macam mana nak 'menutup mulut' sesetengah pihak ni? Makcik dah tak larat nak jawab. Kang jadi macam Datuk Siti kang, 'No komen' dan 'Biarlah Rahsia'. Hah boleh tak macam tu??

Zebra yang stress. Habis belang2 beliau gugur.Kesian.

Monday, April 25, 2011

Shopping di Ayer Hitam

Cak!!

Salam bloggers, followers and silent readers ;)

Harini just nak share berita baik dan berita tak baik. Hurm.

Kita mulakan dengan berita baik dulu ya. ;) Actually ni baru je jejak kaki ke rumahku syurgaku. Semalam berada di JB (Johor Bahru) melawat sanak saudara belah Bonda. Paling best sebab we ols sempat singgah ke Ayer Hitam untuk membeli belah!! Banyak borong kerepek, makanan, buah-buahan. Ingatkan nak beli tingkap je (window whopping) untuk door gift tapi akhirnya TERbeli jugak!!! Ayat klise seorang wanita. Haha

Nota: Ayer Hitam, Johor adalah tempat yang best untuk borong barang2 makanan, rumah dan brg2 kahwin juga.

Bagi teaser jela. Boleh tak? :D Nanti tak suprise la sebab mereka pon baca blog saya ni. Ngihihi. Tapi ada kene mengena dengan entry tadi. Alhamdulillah lega dah membeli door gift. Tak banyak pun beli. 20 keping je.

Hai, saya lah door gift bakal majlis Zimie ;)

.
.
.
.
.
.

dan...Berita tak baik? Mari saya bercerita. Eceh tak la buruk sangat. Cuma saya terasa la juga. U ols ingat tak entry ni? Sesiapa yang bagi pendapat dan idea, saya hargai sangat2. Tapi tapi akhirnya keputusannya tetap negatif. Dah cakap kat mak tapi mak tak beri kebenaran jugak. Cam sedih la pula. Tapi bak kata miss Dba "kalo ikut dba, dba ikut ckp mak dba..dier mesti tau yang terbaik untuk kita :)" Thanks Dba. Sob3.

Keputusannya untuk Majlis Tunang, saya hanya ajak saudara mara dan keluarga belah lelaki. Maaf ye kawan2 terdekat (kalau anda yang baca dan follow blog saya senyap2). Saya nak jaga hati kawan2 tapi hati keluarga yang perlu saya utamakan. Saya taknak dikatakan anak yang degil lagi sekali. Cukup2 la dengan apa yang saya dah buat ;'( Nanti Kenduri Kahwin, saya pasti akan ajak kawan2 ye.



p/s: Maaf dari hati sekali lagi. Saya sayang kawan-kawan saya :')

Idea Door Gift Perhiasan

Sejak semalam IDEA jela yang kau post ye. Ngahaha. Mingu depan depan depan (3x depan ok!!) baru ley beli munge2. (Takle beli minggu ni la. Masing2 busy bee. Jadi postpone the journey to da South) Bila la aku nak belajar mengDIYkan diri ni ya. Adeh -_-'

Then aritu, ye aritu la kan Bonda kata nak bagi door gift ala2 Islamik. Kemudian, beliau menukar fikiran pula nak door gift perhiasan alalala kaca pula. Nampaknye memang ke NILAI nanti untuk beli munge2 dan door gift la.

Jadi, sebelum pergi, kena la survey2 dulu. Tak banyak pula hasil tangkapan pada harini.

Pinjam ya kak Zie (macam dah lama kenal je) Haha
Suke tak? Suke tak? Surpriseeeeeeeeee!! Persis Eric Leong.

Nak yang kaca2 macam ni lah. Kalau makanan mak kata NO. Kalau tasbih/yassin pun mak kata NO. Jadi, inilah agaknya ya. Kaca2 ala2 English pon ok jugak. Tapikan mesti MAHAL kan. Hurm.

We ols banyak terima door gift gelas dan cawan. Sampai sekarang guna tau. Meh terjah barang2 yang ada dalam dapur kesayangan hasil door gift majlis perkahwinan. Kalau cawan/gelas pun ok kot. Boleh guna utk minum seharian. Mueheh


.
.
.
.


Atau pun ini? Gila kecil. Buat minum air zamzam boley la.
Urgh jari tak cantik!

p/s: U ols ada cadangan tak kalau jenis perhiasan gini, nak bagi jenis apa ya? Need your helpsss. Thank you in advance dearie B2Bs ^^

Sunday, April 24, 2011

Idea Wedding Montage (Growing Up Bride & Groom)

Sedang mengushar idea untuk Wedding Montage. Yang letak slideshow from baby to present masa pengantin Bersanding. Cute je kan? Tiba2 jumpa ni. I feel sooooo IN LOVE~~ aahh *mood berangan*

Sweetnya lagu ni!!!

Love ;)

.
.
.
.
.
.

Sebenarnya inspired dari sini. Ini baru betul. Ada ciri-ciri kemelayuan. Jom layan ini. Nak buat sehebat ni, kena hire pakar la (-_-")

Konon2 nak letak masa Bersanding di dewan nanti. Ku hidangkan video ini untuk para tetamu. *mood berangan lagi*

Macam2 pencarian yang dijumpai untuk lagu-lagu wedding montage ni. Listing ni yang disukai dan mungkin MENCUBA untuk DIY wedding montage sendiri. Kalau guna Window Video Maker pun boleh gak. Cuma hasil takla camni. Yang macam atas ni guna After Effect (AE) dan Adobe Photoshop software. First time dengar software AE tu. (-_-'). Tapi tengok macam susah je. Berangan sudah! Ngahah. Btw, lirik-lirik untuk montage ni sangat meaningful ok! Just for your ears girls~ ;)
  1. 100 Years - Five for fighthing
  2. Fearless - Taylor Swift
  3. All Those Night - Chase Coy
  4. I'm Yours - Jason Mraz
  5. (Today I met) the Boy I'm gonna Marry - Darlene Love
  6. This One's for the Girls - Martina McBride's
  7. Girls Just Want To Have Fun - Cyndi Lauper
  8. Stealing Cinderella - Chucks Wicks
  9. My Little Girl - Tim McGraw -first time dengar saya menangis ;'( (emosi berlebihan)
  10. I loved her first - Heartland
Sekian buat masa ini.


p/s: Serius teringin nak buat wedding montage sendiri. Hasil tangan dan usaha sendiri. As if.....;)

Saturday, April 23, 2011

Inspirasi Bunga Tangan

Setelah tengok checklist2 tu, dah kena start survey untuk BUNGA TANGAN aka HANDBOUQUET!!! Gosh! Cepat2 tanya Pakcik Google. Makcik Yahoo takley diharap. Tak banyak sangat hasil.

Adoi banyaknye jenis bunga tangan ni. Cantik2 semuanya. Namun, perlukah beli di keldai (Baca:Kedai) atau DIY? Hermm pening gak tu. Mungkin kena coba2 dulu DIY. Kalau berjaya, teruskan. Kalau gagal, alamatnya tempah kat keldai jela. Ngahahaha.

Dalam hati sanubari, nak bunga tangan yang shocking colour dan contras dengan warna baju. Baju tunang lebih kurang light pink+putih lebih kurang. Tiba2 blur nak colour ape.

Tengok yang ni macam cantik gak. Simple je.
Sumber: Sini
Bunga apa tu eh?Lilit2 reben putih, pastu letak2 manik putih. Senang kot. (Belum buat dah perasan pandai) Muehehe. Ok colour tak contras pulak! NEXT~

.
.
.
.

Yang ni?
Sumber: sini
Awww TULIPSSS. Tak pernah terfikir nak jadikan bunga tangan. Plus 'macam senang nak buat'. Ngahaha. (Guna bunga hidup cantik la. Tapi malas betul bergelumang dengan bunga hidup coz nanti cepat layu. Tak reti jaga laaa)
NEXT~

.
.
.
.

Sumber : sini
Atau pun ini????Sebenarnya fancy dekat biji bijian hijau tu. Ngahah apakah?? Sweet juga ada putih dan hijau. Masuk dalam tema ku!! Wee

.
.
.
.

Eh ada lagi?
Sumber : Sini
Ok dah 2x SAVE kat desktop gambar yang sama. Perlukah aku buat bunga tangan yang ada biji hijau ini? (Dah suka sangat la tu) Lalala~

.
.
.
.

Lagi!!!
Sumber: Sini
Ok makcik dah jatuh cintan dengan biji bijian hijau tu. Sekian.

.
.
.


p/s: Herm.Tak berapa pasti macam mana nak buat bunga tangan ni. Hantam saja. Macam main masak2 aje kot. Campak2 je bak kata Bonda. Errr.

Friday, April 22, 2011

Checklist Tunang Part 1

Checklist ni hanya untuk tontonan diri sendiri, B2B dan silent readers. Thanks for dropping by blog yang tak semenggah ni.

Harini just nak listkan barang2 yang dah ada, apa yang belum ada dan barang2 apa yang nak dibeli. (-_-") Tribute to B2B
Cik Syahira. Macam seram pula tengok list Syahira. Banyak lagi yang saya tak beli. Huu. Saya pun nak majlis yang simple je. Syahira dear, pinjam checklist kamu tau. Hugs and kisses. ;*)

Tarikh : 11.06.11 (Sabtu)
Masa : TBC
Tempat : Rumah di Selangor.
Tema : Putih dan Kuning lembut

Cincins : Sang Lelaki dah settelkan. Love ;)

Pakaian Tunang :
  • Baju kurung moden Chiffon (Sulam Bukit Tinggi) - dah hantar jahit
  • Selendang - FOC masa beli kain baju tu
  • Veil - Pinjam kawan. Hihi Farah, nak pinjam veil kamu! (kita tahu kamu baca blog kita senyap2)
  • Bunga tangan - Need contrast colour. Kena buat banyak homework!
  • Kasut / Heels - Belum beli!

Hantaran :
5x7

  • Kain nikah
  • Baju dan seluar
  • Sireh Junjung
  • Tuala
  • Coklat
  • 5 dulang

  • Kain nikah
  • Cincins
  • Tuala
  • Sireh Junjung
  • Coklat
  • Kek
  • Buah-buahan
  • 7 tray putih

DIY Hantaran
  • Bunga putih
  • Reben putih
  • Daun (hijau2 gelap)
  • Kain alas dalam dulang (hijau)
  • Rantai kecil2
  • Bunga putih kecil

Jamuan
  • Nasi Beriani Gam - belum survey

Fotografi
  • sang Lelaki setelkan

Make Up
  • make up sendiri kot

Pelamin
  • letak bantal2 je. bergambar dekat sofa (serius budget ni)

Erk!!! Terasa banyak tak diBELI lagi.


p/s:Alhamdulillah gaji dah masuk. Sayang, jom kita pergi NILAI! Nak beli munge2. ;)


Thursday, April 21, 2011

Apa Saya Mahu Untuk Cenderahati Majlis Pertunangan Saya

Okay. Setelah 2 hari 2 malam bertapa dalam gua (bilik tidur), barulah idea keluar mencurah2. Wahhh bajet penulis berjaya la ni.

Pertama sekali nak cakap terima kasih banyak2 pada penganjur iaitu Ole Ole Manis (OOM) yang bermurah hati nak sponsor cenderahati saya. Eceh perasan. Link contest di sini. FYI, ini first time untuk saya masuk contest. Just try my luck. (macam best pulak tengok BBF menang2 macam2 contest)

Saya memilih Love Bird In The Window Ceramic Salt and Pepper Shaker sebagai FUTURE cenderahati saya. Kalau menang lah kan.

Mengapa saya memilih ini? Love birds adalah simbolik kepada love couple ini.

Burung dua ekor di dalam kotak melambangkan merpati dua sejoli yang menunggu saat bahagia untuk disatukan. Selepas disatukan, pasangan ini akan keluar dari kotak dan terbang bebas sepertimana pasangan merpati sejoli ini yang akan berdikari dan menikmati kehidupan sebenar selepasnya...

...dan saya, Hazimi a.k.a Zimie dan pasangan digambarkan sebagai dua merpati sejoli itu.

Garam dan lada sulah adalah simbolik kepada asam garam kehidupan selepas berumahtangga. Pasti ada manis, masin dan pahitnya.

~(^_~)~
-
-
-
-
-

Info tambahan untuk OOM:
Cenderahati ini adalah untuk Majlis Pertunangan saya.


p/s: Moga dimurahkan rezeki. Aminnnn. Harini birthday abang kandung saya. Happy Birthday Chu Ping!! Muahhh!

Wednesday, April 20, 2011

Wordless Wednesday juga

Harini nak main wordless2.

Serius kepeningan tahap gaban fikir pasal majlis tunang. (Hello? Tunang je pun. Bukan majlis kahwin) Grrrr

Nak tanya b2b semua, untuk majlis tunang u ols kan, siapa biasanya u ols ajak?

Of course saudara mara ada, keluarga belah lelaki. Macam mana dengan kawan rapat dengan anda? BFF (best friend foeva), rakan baik ke? U ols ajak tak? Perlu ke daku pening pasal ni? Macam ta worth je. Nguhuhu

Sebab kononnya nak buat kecil2an. Dalam 50pax je. Tak mahu ajak reramai. Bonda pula cakap "Tak payah ajak kawan2"

Tapi dalam sudut hati kecil ni "Nak ajak kawan2 baik, bff" Nguhuk3

Banyak kali tanya, dan banyak kali Bonda tetap memberi jawapan yang sama.

Persoalannya dalam tunang ni, perlu ke ajak kawan2?

(-_-")


Tuesday, April 19, 2011

Untuk B2B Kuruskan Badan Secara Sihat! Hoyeah2!

Harini dengan megahnya nak share sesuatu yang amat bagus dan baik untuk u ols semua. Ala dekat tajuk tu pun mesti la u ols da tahu kan? Kalau tak, takkan la nak ushar entry daku yang busuk ni.

Tips dan listing untuk kuruskan badan ni daku dapat daripada slimming center company. Shhhhhh (Sebenarnya daku pernah pergi slimming center. Tapi berat badan kembali pada yang asal selepas setahun. Huwaaaaa menci2. Dulu bayar adalah dekat RM400++. Nasib masa ni sang Lelaki yang bayarkan. Terbongkar rahsia pergi slimming center). Ngahaha.

Ok malas nak cakap banyak. Untuk b2b semua (untuk daku jugak) yang NAK NAK NAK kuruskan badan, u ols WAJIB WAJIB WAJIB ikut arahan dan cara pemakanan ni. As a result, memang turun. Serius tak tipu. Sebab dah penah alami. Hihi takpela daku bagi percuma je list ni. Takde niat lain pun. Sharing is caring :D

Bersedia untuk migrane sebab listing ni sangat sangat sangat panjang!

HIGH PROTEIN DIET PLAN
(langsung tak boleh makan karbohidrat)
Nota :
  1. No sugar for drinks. Artificial sweeteners ok(Equal) - tapi daku dapat tau, gula Equal ni tak baik untuk sistem badan. Boleh menyebabkan banyak penyakit bila tua nanti -_-"
  2. Never skip meal(or dinner), it will lower BMR(Dont't starve yourself)
  3. No fried/ oily food - ni u ols kena makan sup je.
  4. No carrots / corn / pumpkins / beetroot - ni karbohidrat tinggi!!!
  5. Drink 3 Litres of mineral water daily
  6. Exercise regularly - masa gi center ni, daku kene sumbat dalam bilik sauna selama 20 minit pastu disusuli alatan2 yang nk kuruskan badan tu.alat apa ntah nama dia.u ols boley la berjoging ke skipping ke?
~The Meal~
Breakfast
  • Light/decaffeinated coffee/ Tea /Herbal Tea / Sugarless soya milk / Low fat milk / Skimmed Milk (1 cup)
AND
  • Hard or half boiled eggs (2-3, if 3 remove yolk)
or
  • Scrambles eggs / Omelette / Tuna(less or no mayo) / Sardines (without sauce) (3-4 tablespoon) -suka makan yang ni
or
  • Sausage (steamed/grilled) (3-4 pieces) -suka makan yang ni
or
  • Natural plain yogurt / low fat yogurt (1 cup) -jangan makan yang ada perisa2 tu.haip2
or
  • Plain water/ mineral water (1 glass)
*
*

Lunch
  • Plain Water/ Mineral water / Sugarless soya milk / Green Tea (1 cup)
AND
  • Dark green leafy vegetables with edible stem / Asparagus / Brocolli / Celery sticks / Mushrooms / Green cabbage (steam/soup/fried with canola or olive oil) (2-3 cups)
or
  • Red cabbage / cauliflower / cucumber / green peppers / sprouts / french beans / long beans / tomato (steam/soup/fried with canola or olive oil) (1 cup)
or
  • Vegetables salad (minimum dressing) (1 1/2 cup - 2 cup)
or
  • Lean meat (skinless and fatless, steamed/roasted/grilled only) (standard cut piece/ 2 matchbox size lean meat)
or
  • White meat (chicken, skinless, fatless, steamed/roasted/grilled only) (standard cut piece/medium chicken drumstick)
or
  • Seafood/fish (steamed/roasted/grilled only)
or
  • Vegetables soup/Chicken soup/Tomyam soup (chicken/seafood) / Beef soup (1-1 1/2 cup)
or
  • Soya based products /towkua/tempe (preferably non-fried) (1-2 standard pieces) -selalu gak mengunyah tempe kalau lapar
*
*
Dinner
(sama macam lunch)
*
*

Kalau nak makan Fast Food boleh pilih yang ni:-
  1. Nandos/Taza/Kenny Rogers/Dave's Deli/Chilis,etc
  2. Roasted/Grilled. skinless meat
  3. Fish steak (no fish & chips - fried) - huwaaa selalu kalah yang ni. ma favourite T_T
  4. No pastas, chips, burgers, pizza, etc (anything with carbohydrate)

Amacam?Pening tak?Ngahaha. Kalau u ols follow betul2, mesti menjadi nye. Last time, daku buat dalam masa sebulan macam tu. Turun 3 kg. Waaaa sungguh seronok. Sebab seronok punya pasal, makan nasi banyak2, last2 berat kembali pada yang asal. -_-"

To dearies b2b, do try this diet plan hokey? ;)

SAY NO TO CARBOHIDRATE!!
Sumber: Pakcik Google


p/s: Selalu nak buat tapi tak menjadi. Huk3. Kalau ada instructor slimming centre tu, siap uji urine, tengok kita ada makan karbohidrat atau tak.

Sunday, April 17, 2011

Nak Beli Kain. HELP!

Harini dapat jejak kasih shoutbox dari seorang blogger business on9, Puan Sulam Qistina.

Akak ni tau2 aje saya suka sulam. Macam mana akak ni tahu ha?! Hihi Ok2 takpe. Di kala daku malas nak mencari2 baju di saat kesibukan melanda kehidupan. Sibukkah? Ngahaha. MALAS! Kebetulan daku memang tengah memikirkan nak beli baju/kain untuk buat Baju Kurung. Baju ni untuk jadi Bridemaids my BFF si iLalalala. Ini untuk TUNANG. Bukan kahwin! (Masa tunang pun perlu Bridesmaids ka?Ayooo. Member punya pasal) Ok2 fine. She really needs me when she needs me.

Cuma tak ingat lak tema nya apa. Tak mau la tema sama dengan BFF tersebut kan. Nanti daku yang terlebih vogue! Agak perasan di sinun. Maka dengan itu, kena pilih warna2 yang agak kusam dan bodoh. (Kesian warna itu tidak bersalah)

Kalau warna ni ok tak tawan-tawan?

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3


Pilihan 4


Mana satu nak pilih ni? Terasa empat2 tu cantik. Dari semalam entri aku pasal pilih memilih. Ngakah3. Sekali pandang hitam tu cantik. Dua kali pandang yang biru tu cantik. Berbelah bahagi. Adess. Tak suka memilih! Saya adalah seorang yang susah untuk membuat keputusan.

Minta tolong ya dearie bloggers. (Sambil buat muka kucing Shrek). Jasa anda akan ku kenang. Tocei tocei.


p/s: Maaf terkeluar tajuk. Ini bukan perihal pertunangan saya.

Saturday, April 16, 2011

SBBI : Thank You Tag

Ini adalah post yang agak outdated. FYI, daku melakukan kerja2 part time business printing. Cuma buat masa ni produknya adalah terhad. (Takpe akan cuba menambahkan koleksi dari semasa ke semasa)

Jadi projek terbaru untuk rakan seperjuangan masa kat UKM dulu, Miss B2B Farah adalah membuat Thank You Tag. Majlisnya pada September 2011 ini. Jadi lambat lagi. Nak print sekarang takut awal sangat pula. Tak tahu cantik ke tidak design nya. Harap2 beliau suka. Nguhuhu.

Beliau suruh tiru yang macam dalam ni. Nak letak kat doorgift katanya.
Sumber: Majalah Pengantin Edisi Februari (ada muka Ana Rafalli)

Mari lihat teaser nya.
Thank You Tag
Size: 52x52 mm

Simple je design. Mana satu cantik eh? Terasa semua cantik2 belaka. (Perasan ini worang)


p/s: SBBI (Saya Boleh Buat Ini)

Friday, April 15, 2011

Lawatan ke Festival Pengantin PKNS Bangi

Pukul 8 malam tadi selamat sampai rumah. Ini semata2 melawat Festival Pengantin di PKNS Bangi, Selangor. Sebetulnya nak beli hadiah kahwin untuk seorang rakan seperjuangan satu Matrik dulu, si Nana yang majlisnya Ahad ni. Jadi, sambil menyelam minum air. Ngihihi.


Best juga jalan2 cuci mata melihat suasana di dalam PKNS. Cuma dengan hujan lebatnya membataskan perjalanan ke sana yang sepatutnya pukul 5.30ptg dah tercatuk kat sana. Pukul 6.30ptg barulah sampai ke sana. (Padahal naik kereta bukan jalan kaki pun)

Penerokaan diteruskan dengan membeli belah Bed Sheet untuk rakanku itu. Senang sungguh membeli bed sheet ini. Sudah dua kali daku membeli bed sheet ini untuk bakal2 perantin. Gila takde idea. Ngakah3. Cumanya daku menukar2 corak bed sheet tersebut. Kali ni beli warna Turquoise Pink. Yang best sebab 80% diskaun. I like murah2 ni.

Yang belah kiri tu dah pernah hadiahkan pada G2B. Selamat sudah makhluk tersebut.

Ok itu bukan ceritanya. Ceritanya selepas tu jalan2 meneroka Festival Pengantin tersebut! Part ni saya suka sebab dapat cuci2 mata. Yang tak bestnya sebab wedding daku lambat lagi. Terasa macam 'cepatnya preparation aku nak buat' =.=" Ok takpe. Kata beli tingkap kan. (Baca:Window Shopping)

Pictures speak louder than words. Ewah!
Rumah Kebaya. Dengar cerita B2B Kina ada 5 cabutan bertuah. Wow. Yang ni tak sempat nak terjah sebab rushing balik rumah. Takpe2 Ahad ni insyaAllah terjah lagi. (Kalau rajin)

Sukanya nak bagi 99Nama Allah ni untuk Majlis Pertunangan. Tapi mahal gak harga kan kan?
RM5 seketul. Tapi macam daku nak 50pcs. Katanya dapat la RM4 seketul. Mahal juga. T_T

Kad kahwin jatuh pada harga yang AMAT2 MURAH. Ada tu RM0.65 untuk 1000pcs.

Yang ni bag untuk door gift. Saiz besar. Harga RM0.90/pc. Takmau!

Yang ni bag untuk door gift. Saiz kecil. Harga RM0.90/pc. Best sebab ada tali. Boleh diusulkan untuk Majlis Perkahwinan nanti. Ngehehe. Padahal nak letak telur pindang je pun!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hasil tangkapan di Sungai PKNS Bangi
[Sila klik untuk tumbesaran yang jelas]
Pakcik Patrick enteprem.

Yang best kat sini ada satu Catering ni. Namanya Anjung Eksklusif Catering. Macam tadi ada tasting Nasi Briani, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah. Slurrrppp. Dah torai. Sedap gak! Yang best sebab pakej dia bagi daku SANGAT REASONABLE. Semua lengkap la pakej berliau. Cuma takde review pasal Catering ni. Have to do more homework! Website nya sini.

Korang2 yang nak dekat2 Wedding tu boleh la pergi sinin ye. Macam2 ada cuma Booth dia tak sebanyak kat tempat lain kot. What do you expect? PKNS je kut. Kecil je. Pernah gak pergi Festival Pengantin kat (tak ingat nama.yang ada The Store tu) Shah Alam. Yang tu meriah gila. Ataupun sebab pergi hari Jumaat kot. Pasal tu tak ramai orang. Apa lagi yang duduk dekat2 Bangi tu cepat2 terjah. Jangan jadi macam Nas Terjah Melodi sudah!



p/s: Boleh consider yang catering tu. Tapi sebelum tu kena dapat approval daripada abang kandung kesayangan. Gila besar kuasa veto beliau! -_-"