Friday, December 9, 2011

Vendor Surah Yassin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Dah macam trend pulak bagi surah yassin sebagai doorgift (padahal sendiri tak pernah dapat pun hahah) maksud saya, ramai yang survey dan terus survey untuk menjadikan surah yassin sebagai doorgift masa majlis kahwin nanti. Takpun mungkin untuk majlis nikah, majlis kahwin, majlis aqiqah, majlis cukur jambul, etc etc. Dulu saya pernah dapat Al-Mathurat je. Kecik sangat. RM1.00. Nak baca pun susah. Tangan nak pegang pun susah. Gedabak sangat tangan nih agaknya.

Jadi, saya dengan pantasnya nak buat satu entry khas untuk listing vendor surah yassin ni. Tak semestinya untuk majlis kahwin. Kalau nak buat majlis baca tahlil arwah untuk 100 hari atau apa jua acara pun boleh. I want it I want it. Argh tunggu la Bonda cakap apa. Tak boleh decide sekarang. Sangat seronok kalau dapat bagi dekat tetamu benda2 islamik ni. Dulu cik Rilla dan puan Nana pun ada buat entry pasal ni. Mula2 berminat tapi bila fikir lambat lagi, tu tak amik port. Sekarang majlis dah nak dekat, boleh la start mengelabah ubi.





Antara calon² vendor untuk doorgift surah yassin adalah seperti berikut:-





Tapi tapi tapi, jika anda SANGAT banyak masa, apa kata DIY cover surah yassin tu sendiri. Awas! Ini hanya tertakluk kepada kuantiti yang sedikit. Kalau banyak, alamatnya tercedera anggota tangan dan jari. Boleh singgah2 ke laman web seperti di bawah. Sangat kreatif tau juols.





Amacam dapat idea tak? Jadi terpulang la nak tempah ke, buat sendiri ke, DIY ke, nak dera adik beradik buat ke? Saya takde adik. Maksud saya adik perempuan. Jadinya kalau nak DIY semua kena sorang2 T_T
(Itu pun kalau jadi la nak DIY hahaha)

Okla tu je nak sharing maring. Selamat berhujung minggu semua!



 

9 comments:

  1. wow...syok.untuk tahlil ms mlm nikah boleh la bagi..xpun utk vip guest..hehe.thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. cik zimie kreatif..boleh je kot buat sendiri..lagi puas hati kan..btl tak?

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing zimie..FY plan nak bagi yassin for majlis khatam Quran..FY tak dapat bagi yassin time kahwin sebab ada invitation non muslim jugak

    ReplyDelete
  4. zimie...ada lg satu vendor...try search dear azalea kat facebook :)

    ReplyDelete
  5. memang ramai bagi yaasin kan sekarang... tapi haritu abh kate yaasin dah senang dapat.. jadi hana bagi kitab manzil... hmm, rasenya ok jugak.. Asalkan kita bagi sesuatu yang bermanfaat untuk digunakan... tu dah bermakna buat penerima kan..

    ReplyDelete
  6. klu yg fabrik ni unik kn..tp nk jahit..rumitnye..

    ReplyDelete
  7. rajin cin zimie nak men DIY...

    mmg kreatif..
    Gadis suke..

    tapi gadis hari tu x sempat nak men DIY Yassin utk doorgift...

    Gadis beli Yassin yang biasa tu je kat MYDIN...
    ^_^

    ReplyDelete
  8. Thanks zimie, sgt membantu..igt nk beli je..huhu xreti la nk DIY tgn keras..heheh ;D

    ReplyDelete
  9. Eh! tetiba ada jg link ke belog saya..hikhikhik..thanks..btw diy lebih puas ati kot..tapi kena korban masa la. heheh

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)