Friday, December 23, 2011

Perabot Idaman

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hari ini hari Jumaat. Hari malas sedunia. 

Gambar-gambar bawah ni semua hasil tangkapan ketika saya dan sepupu melawat IKEA di Mutiara Damansara suatu ketika dahulu. Ada lah lebih kurang 2-3 bulan lampau! Baru sekarang nak hapdet hahaha takpela lagipun majlis pun lambat lagi. So hapdet sikit-sikit lah yo!

Budget untuk bilik pengantin, saya plan nak beli Katil dan Wardrobe sahaja sebab Almari dan Meja Solek dah ada yang mana kesemuanya berwarna PUTIH. Nak nikah kan, biarlah semua putih. Putih bersih suci bak kata peribahasa Melayu. 

Tak hengat nama Katil ni. Ianya bersaiz Queen. Okla tu sebab cadar kawen beli haritu pun bersaiz Queen of persia. Ada kerawang-kerawang. Jatuh chenta lah dengan beliau. Harga to me reasonable RM549 Without tilam dan cadar ye. (Bonda cakap pakai tilam yang lama -_-')

Oh lagi satu pernah terbaca one of b2b blogger buat story pasal katil ni. Beliau buat review macam ok je. Ngehehe ada harapan ni. {LINK}


Wardrobe ni nak beli jugak walaupun taktau untuk apa dan nak letak kat mana. RM400-500 (Tak ingat harga). Saja nak menyemakkan bilik pengantin nanti. Gambar tu bukan saya. Itu sepupu  yang tak tahu malu. Nasib sepupu tak baca blog ni hahah.



Ikutkan hati badan binasa duit terbang, memang nak beli sangat-sangat ni tapi Ayahanda pulak cakap "Tunggu la dulu, survey tempat lain, dedi tengok macam tak kukuh je katil tu" (-_-'')

Bila nya nak survey, Year End Sales pun dah nak tamat beberapa hari sahaja lagi. Kang terus beli kang. Bonus bonus bonus. Lambat sangat, beli benda lain baru tau. Cuti 3 hari start esok ni. Iphone yang baru dah keluar kan? Nampak macam 'murah' hahahah. Okbai.


 

16 comments:

  1. cantik..as pun suka set bilik putih utk wedding nti :)

    ReplyDelete
  2. suke gk brg ikea..set putih mmg bes..tp! hubby ckp rajinke??? *tau wife malas* :))

    ReplyDelete
  3. as~high five as!heheh

    amal~tau takpe.si tunang pun ckp 'nanti cepat berhabuk' adehh tp nak jugak,nak jugak hahah camno

    ReplyDelete
  4. hmm rara pon suke sgt katil ni =( tapi mahal giler.kalo masuk tilan sume mau 1k jugak.

    ReplyDelete
  5. suka white furniture..nmpk suci je n bg country style gitu..

    ReplyDelete
  6. nora kalao pergi ikea pengsan jap ahhaaah nak semuaaaaaaaaaa :D

    ReplyDelete
  7. suke kan kale putih... nmpk bersih dan suci gitu.. maria punye pun putih...

    ReplyDelete
  8. cuba Zimie tgk dkt dekat world of furniture, Sungai Besi..tepi highway tu..FY tgk kat situ lawa2 gak..mostly sume white furniture..tgh sales skrg..hehe

    ReplyDelete
  9. zimie, shyra dh lamaaa gile aim katil ni. mula2 mms gmbr kt en.partner, dia kata nk tgk live. Bila bwk g ikea, kena reject sbb dea tinggi, nti kaki tersangkut kt palang bawah tuh. T____T !!!

    ReplyDelete
  10. http://rahaazit.blogspot.com/December 23, 2011 at 1:44 PM

    awakkk,,,dekat jb,arituh ,,saye pegi pemborong perabot,,1 set siap katil meja solek,same "gerobok" rm 1399 saje,,tp mmg santik

    ReplyDelete
  11. putih mmg santek.kite pon berangan nak kaler putih.tp xsurvey2 pon lagik.adeh.

    ReplyDelete
  12. rara~yela tilam je mahal okkk.mau dekat 1k kalau tambah tolak.huhu

    schaz~mmg cantik white colour kan:)

    nora~semua cantik kan.suka la g ikea.lame x jejalan sbb jauh ngn umah.kalo x, tetiap minggu rasa nak g hahah

    maria~wah yeke?teaser pls :p

    ReplyDelete
  13. fy~haah yg tu pun x smpt survey lagi.fy ni suka la suggest tmpt best2.hihihi tq ye

    shayra~alamak nak kena bwk cik tunang tgk live gak sbb dia pun tinggi!!!nasib shayra ingatkan.risau gak kena kat palang tuu

    raha~murah nye dear.sini tatau la dpt ke x perabot idaman dgn harga gitu hoho

    ReplyDelete
  14. heheh...gi ikea ke dear?? cantik...hehe..dah beli ke baru survey??

    ReplyDelete
  15. wahh bestnyer pegi ikea..

    gadis nak pegi esok ngan husben...
    x sabar dh ni...=)

    ReplyDelete
  16. miza~haah g ikea.survey je dear:)

    gadis~hihihi bawak duit byk2 yeh.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)