Monday, December 5, 2011

Misi Memerah Lemak

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Siang tadi, dengan semangat yang waja, time lunch kul1 bukan pergi makan, tapi meronda2 sekitar Bangi. Ehem cari apa ya? Saya mengumpul misi untuk mencari tempat yang boleh sedut lemak ini dengan jayanya. Mana lagi. Slimming center. Again. (Nampak sangat budak ni malas nak pergi joging. Patutla lemak berkumpul) Saya bukan pemalas tapi lemak dah tepung. Lemak dah tepu. Saya gagal. Ada lagi 6 bulan. Mana sempat :( Spanx dah beli. Tunggu cik kerry deliver ke rumah. Tapi usaha harus diteruskan lagi! Selagi mampu..

Sempat singgah ke sebuah tempat ni. Tempat A (bukan nama sebenar). Ok set appointment lepas office hour dia akan adakan free consultation. To me fine "Aku tak perlu keluarkan duit". Padahal before tamat office hour dah siap2 dalam kepala dengan strategi. Kad kredit dan ATM kad simpan dekat office. Sembunyi dalam peti. Sebab dulu pernah terkena sekali. Iman tak kuat. Terpedaya sedikit. Kali ni, (sebab tau iman tak kuat), semua kad tinggal dekat office. Bijak siti sifir tak saya?

Kemudian dengan strategi dalam kepala, memang datang2 macam biasa la. Tanya itu ini. Baik gak orang2nya. Miss Angie yang attend. Okla dia ukur tinggi (sememangnya pohon rendang tak berbuah) , berat (confirm sangat berat. BMI melebihi had), fat (melebihi dari paras yang ditetapkan) dan apa entah lagi diorang check. Rimas gak. Tapi nasib ini 2nd time pergi tempat2 ala-ala-spa-kononnya so dah 'biasa' gamaknya. So lepas tu check2 badan. Tengok lemak area mana. Dia tanya 

"U nak kurangkan bahagian mana?" Ikutkan hati badan binasa nak kurangkan semua. Lengan Buntut. Tapi yang paling kritikal adalah...

"Peha dan perut"

Ok lepas tu dia bagitau program apa semua mak nenek tu. Akhir sekali terus bukak harga. Terkujat mak jemah tau. RM7000. Nilai yang sangat tinggi. Nilai 3 pun tak tinggi mana. Rasa macam "Baju kahwin aku pun tak mahal camni"

So tenang lagi. Cool. Konon muka cun la tu. Tapi gagal. Lepas tu buat2 muka sedih. Minta dia kurangkan sesi. Sebab banyaknya sesi dia bagi. 3 bulan punya sesi. Lepas kurang punya kurang, akhirnya dapatlah harga RM1XXX (jujur aku lupa berapa). Masih tak mampu T_T memang cheapskate pun. Lepas tu dengan muka confident,

"Nanti i tanya my fiance sebab dia yang nak sponsor" Realiti nya, takde nya si EF nak sponsor (lagi) Itu hanya strategi aku. Muahaha sebenarnya aku nak lari dari situ. Nak out cepat2 dari situ. Lemas mak. Lemasss

"Takpe miss. U boleh bayar easy payment" Aku agak ini kad kredit

"Oh kad kredit i takde" Padahal dah menyimpan kad dekat dekat office. Menarik bukan idea ni?

"Kad ATM pun kita boleh guna maa"

"Kad ATM i bagi dekat my brother. I ada urusan sikit dengan dia. Suruh kelaurkan duit" Jugak menyimpan dekat office. Time ni nak gelak sebenarnya sebab muka tahan-tahan nak menipu! Kalau gagal, bersepai strategi!  Ala sebenarnya iman yang tak kuat, tu pasal pergi simpan semua kad dekat office. 

"Ok kalau macam tu i bagi trial dulu" Aha sebenarnya saya nak yang ni lah. Kah kah sebab saya tahu saya memang nak trial je pun. Bayar murah2 sudah. Tapi nak kurus. Whadehek.

"Harga nya RMXXX sahaja" Masa tu dalam hati ok kalau bawah RM1k saya masih mampu. Cuma kena bekerja kuat sikit lah. Makan pun kena catu, etc etc takpela. Nak kurus 'sikit' punya pasal. Actually saya taknak kurangkan sampai 10kg pun. Nanti confirm nampak cekung. Saya nak nampak suam-suam kuku. Just nice. Tak kurus sangat. Tak demok sangat. Orang kata badan sedap-sedap *Mengada*

Time tu menipu lagi. "Ok nanti i discuss dengan my fiance ya sebab kena dapatkan persetujuan daripada dia" Tak habis2 gunapakai nama beliau. Padahal itu hanya rekaan semata-mata. Terbatuk kohol EF agaknya time ni. Bila cerita kat dia, terkekeh-kekeh gelak. Sorry sayang. Saya terpaksa. Nanti saya belanja eskrem mekdi kay. Tihihihi.

Apa pun saya sedang dalam keadaan happy sebab saya tidak sabar untuk mencatu makanan dan membuang lemak yang ada. Walaupun tau bukan treatment sepenuhnya, saya tahu saya boleh kurangkan berat dalam errrrrr 2-3 kg mungkin? Saya adalah seorang yang sangat sukar nak turun berat badan. Harap maklum.

Jadi dengan cara ni mungkin boleh. Sebab consultant biasanya dia strict gila. Siap ada jadual makan. Saya ok je pasal tu. Tak makan nasik 5 hari. Cuma cuma saya kurang dari segi disiplin. I need discipline now!

Dah pesan dekat EF awal2. Rumah jangan ada garam, gula dan nasi. Kita makan sup je lepas kahwin. Iyeke ni? Nampak beno menipunya. Tapi betul pe. Tengok la macam orang cina. Semua sup-sup. Vegetarian. Sebab tu mereka sihat. Sini makan nak sedap tapi taknak jaga. Sudahnya tempat-membuang-lemak jawabnya. 

Mungkin tiap orang ada pendapat nya tersendiri. Terserah. Saya rela menghabiskan $$$ untuk kepuasan sendiri. Lain orang lain caranya. Apa pun semua terpulang pada kemampuan masing-masing. 

Yang penting say no to berhutang

Peace and callo! ;)

 

11 comments:

  1. wow rm7000..erk terkedu i..mcm membazir jek..haha lawak la zimie tipu dorang :p

    ReplyDelete
  2. huhu serious ke u nak wat slimming program tu? :P corset je cam i~ ngeh ngeh ngeh :D

    ReplyDelete
  3. dear... i go jumpa doc amik coctail diet pill... so far in 11/2 month i dah lost 6 kg

    ReplyDelete
  4. mila~mahal gilos.nasib saya berjaya dpt lagi murah dari tu ;p terpaksa tipu.tipu sunat.hahah

    waty~i am way too serious dear :D corset?hihi u jual kan.

    fiza~nak jugak fiza!!! cepat gila berat turun.terkezot.nak kena tanya doc gak la mcm ni.mahal tak dear?

    ReplyDelete
  5. yup..same as LWM.. sume price mmg cm tu zimie.. but the most important is guna name fiance tu mmg bgus..i pun mengalami pengalaman yg sme. hahaha.. if dorg bg contest ke, free trial ke, at the end mmg dia push suruh kita byr..lg2 mintak kad atm...sib baik laa dpt lari~~~ keh3

    ReplyDelete
  6. bis nama gue dijuwalnye.... :D

    ReplyDelete
  7. saya pernah try dekat bizzy body~ just nak tahu apa yg dorang buat untuk slimming program ni tapi sebenarnya teknik dia sama je dengan apa yg saya belajar dalam kelas.

    bezanya, kesan pantas dorang adalah dorang ada mesin untuk pecahkan molekul lemak kepada molekul lemak yang kecil. tapi lemak tu masih di situ tapi telah pecah kepada molekul kecil untuk mudah kan pembakaran lemak.

    macam mana nak bakar lemak?
    1. the healthy way, bakar lemak melalui senaman.
    2. tp dorang guna yang kurang sihat la sebab bakar lemak dengan bagi very low calories diet (VLCD).

    saya tahu saya tak perlukan VLCD ni sebab i'm not obese dan saya sendiri nutritionist. saya tahu apa yang terbaik untuk badan saya.

    Akhirnya, saya tak terus kan buat slimming program tu tapi duit yang labur kan tu, saya tukar dengan produk.

    sorry zimie, terpanjang pulak komen~ tapi pendapat saya lah. masa ni nak sgt tahu kenapa orang sanggup cuba slimming program yang berbayar macam ni instead of recommended slimming program yang MOH keluarkan.

    ReplyDelete
  8. Heee i pon tengah mencari cari tempat nak membuang lemak. Dah jumpa, boleh tahan murah nye.

    Goodluck Zimie ;D

    ReplyDelete
  9. sf~u dah kurus.takyah pergi center camni.hahaha ah jeles nye :p

    dhiera~waaa u nutritionist. best nya. u tak obes.okla pandai jaga makan dan buat senaman.saya konon2 nak jadikan ni pemangkin semangat tu sebab amik yang trial aje.nak baya ribu2 tu takla.mahal sangatttt.btw thanks ye for the advise.yang program MOH tu yang mana?nak gak tau.share pls :)

    lysa~waaa mana tu dear.share la kat i gak.hehe

    ReplyDelete
  10. zimie, slimming program recommended by MOH tu standard la. yg selalu keluar kat iklan tu.

    makan ikut piramid, exercise, balance energy in and out, monitor BMI and body fat, makan dalam kuantiti yang sikit tapi banyak kali (mcm mkn 2jam sekali), byk mkn sayur buah, kurang kan makanan bergoreng etc.

    tapi semua ni, kena ada disiplin tinggi la~

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)