Sunday, December 18, 2011

Membebel Di Hujung Minggu

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Cewah membebel konon. Mentang-mentang dah sihat.

Alhamdulillah sekali lagi kita bertemu. Maaf sangat atas kehilangan diri ini. Ada sesiapa rindu ke? Lalalala. Sebenarnya saya telah diserang oleh seekor virus. Taktau nak cakap virus ke parasit ke simbiosis ke. Mula2 virus demam. Lepas tu virus batuk. Akhir sekali virus raksaksa hijau.  Time tu rasa tak bermaya sangat okkk. Nak menaip duduk lappy lama2 pun tak boleh. Rasa macam nak mati je time tu! Air mata berjujuran je di saat kesakitan menahan perit dalam tekak. Suara hilang :(( Duduk depan lappy tak sampai sejam. Nah sekarang dah berejam duk depan lappy, alhamdulillah ku kira sihat kot. Heheh jangan kena serangan virus lagi sudah! Ubat harini taknak makan konon dah sihat. Naik muak telan dadah tersebut huhuh. Tiba2 terdengar suara-suara suruh makan ubat. Ye baik. Ok ok kejap lagi saya makan. Nak update belog dulu ;p

Ah korang, sejak seminggu takde ni, rasa macam belog suram nyeeee. Sempat jugak b/w tapi tu pun ala2 hidup segan mati tak mahu. Dekat group pun kadang2 je baca post baru. Sekilas pandang je. Rasa nak muntah je tengok pasal wedding prep ni tahu? Bila nak habis segala penderitaan ini wahai sayangku. Sobsobsoksek.

Dalam demam2 tu, sempat lagi oden menorai Spanx milik Kerry. Tak maksudnya Kerry jual, Jimie beli. Ha gitu lah. Jimie tu zimie. Gelaran cik Kerry. Sekian. Kebetulan pulak time tu MC. So elok bonar tengah2 selubung ala-ala popia basah dalam bilik, kedengaran bunyi hon van Pos Laju. Dengan pasntas turun padahal time tu sumpah seranah mengacau je orang nak tidur. Last-last happy sebab spanx dah sampai. Kerry dah remind haritu dia pos hari Selasa. So hari Rabu la dapat. Bagus gak MC haritu. Tak payah la amik dekat kaunter dia. 

Inilah dia. Tada tadi tudu. My precious spanx bakal menutup segala spare part tyre, ekzos dan segala nya lah!



Eh bukan. Ni bungkusan luar dia.




Ha inilah dia. Ini bukan roti canai mahupun sotong kering.
Ini SPANX


Buat yang taktahu, Spanx ini adalah seekor binatang ala-ala girdle a.k.a corset. Cakap corset semua orang tau kot.  To b2b, wajib pakai benda ni :) Kalau tak paham jugak, boleh terus ke website blogshop Kerry ni ye. Macam2 jenis ada dari murah ke sederhana ke paling mahal asbestos. (Ikutkan hati nak beli semuaaaaa) Macam saya beli jenis SPANX in power line super higher power. Jenis ni khas untuk kecilkan bahagian peha dan perut. Ye saya tahu bahagian tu sangat bermasalah! Anda juga begitu kan. Jangan nak tipu saya lah. Kah kah. 

Apa lagi mari dapatkan Spanx Kerry ini sekarang juga!



p/s : Sungguh best pakai Spanx ini. Betul tak tipu. Saya rasa nak pakai time malam jela. Bila pakai masa pergi ofis, susah nya nak membuang ayaq. Okbai.


 

8 comments:

  1. I pon dah order dkt kerry. tapi blm dpt lagi :( takpa nak start guna bulan dua pon masa 1st fitting baju.
    ingat nak beli assets camis skali tapi takut assets tak sama dgn spanx.huhu

    ReplyDelete
  2. wahh..slim la zimie nanti..tp rupa spanx tu mcm sotong kering pun ada..eheh :P

    ReplyDelete
  3. wah2... cun melecun la nnt.. hehe...

    ReplyDelete
  4. jimie, pakai spanx tu mmg senak sgt kat i. nak kincing mmg tahan je haha.

    tp takpe, demi ramping :p

    ReplyDelete
  5. nurin~assets tu camne plak ye?hehe tatau la.ni pun first time beli spanx

    cik mila~haipp ;p

    cikpingu~entah.harap2 la cun hahah

    amy~u ckp membuatkan i terasa nk ke toilet skrg.aah tetibe ngengade nk jugak pakai spanx time keje.kan dah susah nak kincing :p

    ReplyDelete
  6. zimie syg...minum banyak air tau..insyaAllah cepat sembuh...spanx tu best pakai..tahan lapar..hehe

    ReplyDelete
  7. macam seluar budak kecik kan?hahaha

    ReplyDelete
  8. best ek pakai spanx nie?? kite baru je nak order yang sama jugak..memang bermasalah bahagian perot nie..haiisshhh..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)