Thursday, October 6, 2011

Wedding Doorgift : Apa agaknya?

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

 ***

Seringkali kalau kita hadiri majlis perkahwinan saudara mara ,sahabat handai, pasti kita akan tertanya-tanya pasal doorgift kan? Betul kan? Kalau tak pun, iya kan sekarang! Hahaha Kalau dia bagi telur, kita buat persepsi macam ini macam ini. Kalau dia bagi barang kaca/hiasan, kita buat persepsi macam itu macam itu. I excited most of this part besides foods, pelamin and wedding attire. Orang lain taktau ler. Mungkin ada orang pentingkan perkara lain. Depends..

I am not sharing with u guys apa doorgift saya sebab rasanya saya punya 'planning doorgift' memang dah ramai orang buat tetapi saya suka. Jengjeng. Apa yang saya nak diskusi adalah kalau tiba soalan macam ni. Doorgift a.k.a wedding favors, what will they be?

Adakah pilihan anda jenis begini?

1) Personalization - Fridge magnet, puzzle, t-shirt, mug ada nama pengantin dan apa sahaja yang memerlukan cetakan di bahagian doorgift tu. {LINK} Saya mahu surrender part ni sebab malassss nye. Kalau cetak pun mungkin thank you tag je kot. Hahaha Oh lagi satu, orang sekarang nak jimat cost, barang beli dekat Nilai 3. Pastu print transparent sticker je. Done :D

2) Barang kaca / hiasan - its more to VIP doorgift sebab harga nya yang boleh dikatakan 'mahal'. ini paling sesuai sebab orang CONFIRM akan simpan dekat almari kaca. Macam aku la tu. I'm the one yang akan menyemakkan almari kaca my mom. Muehehe. {LINK}

3) Cute and colourful Contoh cupcakes, cute tin boxes, mini cute coins, mirror, lipstick case,  etc etc {LINK} {LINK}

4) Simbolik yang unik - Melambangkan sifat pengantin. Kalau kami apa ya? Hahah Contoh the latest artis Nabil Zira bagi gameboard!! {LINK} Nadia, pinjam you punya blog kejapppp. ;P

5) Makanan - as usual chocolates, buah-buahan, kekacang, cakes, bahulu, etc etc (U do the listing. Banyak sangat. Penat makkkk nak tulis :P) 


Tapiiiii paling senang bagi telur rebus/telur pindang(Johorean). Its symbolic of prosperity (kesuburan) :))

Lepas tu beli la Bekas Telur yang cantik-cantik, cun melecun dan kebabom.


 Korang pulak bagi apa eh? Marilah berkongsi. Sharing is BBF. Tehehehe

16 comments:

  1. telur konfem bagi sbb SIL n abg nk sponsor..diorg cakap macam tak bez plak majlis kawin takde telur

    ReplyDelete
  2. blh x nk ckp sume idea zimie bg link tu cntik2...hihi..tq for sharing dear!!

    ReplyDelete
  3. tu hari ada telur...n makanan...untuk VIP ada mug

    ReplyDelete
  4. tq for sharing dear.
    ai pulak terpikir nak bagi jar. hehehe
    but no idea nak isi ape kat dalam ;p

    ReplyDelete
  5. kalo jemputan yg ramei2 tu maybe ryn bg bahulu n so on jer coz sng dh siap packing dr kilang (jimat mase) kalo family & fren br lain skit kot .. hehe .. telur pindang tu wajib coz MR F from johor ..

    ReplyDelete
  6. i dah finalize doorgift. tapi takle la nak reveal. hehe. :)

    tapi i tak berapa prefer makanan cepat rosak macam kek, telur. nanti tak habis membazir. i prefer barang-barang yang boleh digunakan oleh tetamu.

    so far my doorgift boleh digunakan oleh tetamu.

    ReplyDelete
  7. Mak wajibkn telur dn knalah ada bekas nya yg blh guna n simpn.Dn juga smpingan mknan kot. 3 in 1. Kopak.

    ReplyDelete
  8. I pun x decide lg nak kasi gift apa pd rombongan lelaki :)

    ReplyDelete
  9. Rilla bagi telur je, senang, hahah. Malas nak pikir-pikir dah. LEtak dalam kotak, tampal sticker, dah

    ReplyDelete
  10. eh eh pndpt zimie sme dgn mak qis..die ckp telur mmg kne ade simbolik pd kesuburan utk pengantin..so as for me wajib telur tu..hehe..

    ReplyDelete
  11. something new perhaps...:)

    http://hisherstep.blogspot.com/2011/10/doorgift-miniature-perfumes-by-perfumes.html

    ReplyDelete
  12. kalau kat kedah telur mmg kene ade, ieda masih blur untuk kasi ape...

    ReplyDelete
  13. korang~(haha balas semua terus)

    kan?telur gak la mendapat tempat di hati.senang dan mudah :)

    ReplyDelete
  14. http://www.facebook.com/pages/De-hUmAiRa-ChOcS-hOuSe/130799640340141

    doorgift comel kat sini...:)

    ReplyDelete
  15. zimie aka twin: u da decide ker? tgk gaya mcm telur or telur pindang jer..?? haish twins lagiii..hehehe :D my doorgift telur pindang je, kekal tradisi gitu..i follow je my mom yg decide, kebetulan ade org nak sponsor kan..weee.. ;p

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)