Sunday, October 2, 2011

Upah Jahit je RM1000++ Apakah?

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Semalam hari sabtu. Pagi hanya duduk di rumah sambil mengemas rumah. Sempat lagi deliver barang Cik Nida di Jusco Equine. Hope anda happy la yek dapat barang tu. Seronok berbisnes dengan anda. Hikhik. Petang pula plan nak keluar bersama kesayangan EF ke 1) Survey butik pengantin 2) Pergi kenduri kahwin Cik Lijah (Pssst kad kahwin dia sangat cantik. 100% DIY. Rajin budak ni)

Tapi end up. Hanya perkara pertama yang dapat diselesaikan. Yang perkara kedua mission not accomplished T_T  I am sorry Lijah. I couldn't make it. By the time nak pergi survey dah pukul 3. Masa tu EF pulak pakai selipar jupun. Nak ke Teluk Panglima Garang dah 50 minit. Jadi akhirnya kami buat keputusan stick to perkara pertama yang lebih priority. Lijah syg, next time kita jumpa keh. Congrats by the way :')



Perkara pertama yang 'konon-konon dah setel padahal BELUM' adalah tengok2 butik pengantin dan tailor yang boleh jahit baju nikah. 1st pergi ke Bangunan Medan Mara, KL. Situ yang best adalah untuk Jahit Baju Nikah. Recomended. Murah. Banyak tailor2 yang bagus. Ini recomended by one of my friend. Cik zimie ke Tingkat 1. Sana ada banyak2 lot yang menempatkan tailor2. Dia divide by partition. Apa entah nama kawasan tu. Hahaha lupa! So CZ ke tempat yang kawan rekemen tu. T'S Creation. Lot No. 19. Akak yati nama dia. Boleh pulak rumah dia dekat2 rumah CZ. Dia di Puncak Jalil. Nanti nak tempah baju, pergi rumah dia je boleh? :P Harga to me reasonable and affordable. CZ nye kain nikah adalah Chiffon Beaded. Rupa kain nikah ku pada yang tidak tahu atau terlebih makan semut. {Link} Upah jahit kurung moden RM300. Harga macam tu sebab nak jahit susah dan kalau berjaya jahit, ade lah dekat 10 jarum akan patah! T_T Tula padan dengan muka sendiri, beli lagi chiffon yang dah ada beaded. Kalau tak, baru RM80 je jahit tau! Kain belum hantar pun, kata tadi SURVEY je kan. Nak pergi tanya my favourite tailor sendiri dekat Cheras. Kot2 lagi murah ke? TBC.

Kemudian next pit stop ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Nak jugak survey lagi sekali si Massella Collection tu. Kali ni bawak EF. Tak puas hati sebab haritu pergi sorang2 dia takde. Nak survey dan tanya harga baju sanding pulak. Tadi baju nikah. Ni baju sanding pulak. Camne lah si lelaki tak hangin, perempuan ni banyak sangat songeh nye. Design macam mana, etc etc. Sesuai ke tak dengan badan? Warna apa? Kain jenis apa? Lelaki mana ada. Fesyen sama sepanjang usia dan sepanjang zaman. Tambah2 hangin bila dengar harga tu. Ok mungkin la orang kata "Memang lah harga macam tu. Kata duk KL kan" "Murah lah ni" yang padahal to me mahal. Hahaha sungguh cheapsate punya manusia.

So lepas fikir2 memang "Ya, inilah harga baju sanding yang harus dibayar yang jenis duduk KL Selangor". Lain la kau upah kat Ulu Bendul. Sah-sah murah. Upah jahit baju kebaya moden(Konon-konon ni je yang sesuai untuk badan yang tak berapa nak tinggi tuh. Ikut nasihat si tailor) RM1000++. Itu belum kain lagi. T_T Perempuan sahaja. Bukan pakej L+P. Kenapa mahal sangat oii. Tapiiii akak tu baik. Apa kena mengena dengan ini cerita?


Ini survey baju sanding kat Pertama Kompleks masa bulan Syawal haritu. Guna Bridal Satin so nampak kurus katanya. Tailor suruh pakai jenis two pieces. Yikes! Bukan two piece itu okkkkk. Hahaha nice ke design ni?


Bila pulang ke rumah Bonda pulak cakap tiba2. Macam paham2 je. Dapat baca pikiran anakanda nya ini "Mami rasa, zimie pergi dekat Bangi. Haritu zimie cakap ada tempat harga ok kan? Lagipun dekat dengan ofis zimie. Mungkin senang sikit nak deal"

"Tula zimie pun ada plan jugak nak ke situ. Dia bagi pakej ok sikit compare yang tadi"

So macam puas hati gak la. Even tak dapat apa yang dimahukan, tapi AT LEAST kita dah cuba dan berusaha survey. Selagi tak survey dan tak tahu harga dan 'tengok dunia luar', selagi tu meroyan sebab takley nak compare. Akhirnya sebab tak berjaya beli apa2, aku beli pula kamera digital. Inilah dia. Perempuan. Lain plan nak beli, lain yang dibelinya! That's the beauty of woman i guess. Muahaha.

Ok sekian. Harini plan nak ke Readzul Creation and Design di Cheras pulak. Antara yang famous amos dan recommended antara blogger. Dia pun ada gak buat promo till Disember ni! Tengok kat FB, butiknya dibuka jam 12 tengahri sampai penat! Mari terjah! Nak juga ke Azue Bridal, Bangi kalau sempat. Ha sini la ada baju cantik yang membuatkan diriku tak tidur malam! :P



Ini dekat Readzul punya FB. Saja cuci mata. Kebaya dress. Cantik kan? Harga cantik kottttt. Huahua.


Till then.

 

17 comments:

  1. upah rm1000...dasat sgt tuh...huk3..tp kalo jahitan dia kemas ..design cntik n superb,,,kre logik laa...mcm retis lak..:D

    singgah blog atie ye yang

    ReplyDelete
  2. zimie...readzul punye baju tu cantikkk! grab la...hehe

    ReplyDelete
  3. zimie,tak jadi tmph kat hariz & team ke?

    ReplyDelete
  4. betul, majoriti kat KL ni upah jahit baju kawen dekat RM1k. upah jahit je tu! kalau tak rajin & pandai survey, mmg masak. i baca LisaLisut ambik makeup Readzul, cantik!! and baju dia pun cantik2!! goodluck CZ. ;D

    ReplyDelete
  5. zatie~haha i kan artis.takla dear.harga kt kl memang mcm tu kot.tu yg tgh stress nih.

    nana~tadi pergi dah butik readzul.jengjengjeng.nnt i update cite :P

    didi~tak jadi kot.hariz & team senyap je.dekat fb pun tak berbalas.huhu

    cik hazz~setuju dgn cik hazz!!eh puan hazz.hehe i macam 'plan' nak amik dgn readzul.stay tuned next entry :P

    ReplyDelete
  6. rm1k??huhuhu..mahal bangat..hehehe
    tp yg readzul tu cantik la..yg kaler cam ijau tu..sweey sgt2^_^

    ReplyDelete
  7. 1K?murah la tuh...kalau dah 25K ape cer...haha..tak kuaaasa aqak tau.... (anak Dato' mane ntah y tempah baju sepasang RM25,000 nie...dah same rege book dewan kot)

    ReplyDelete
  8. nia~takut kan dengar.itulah harga kalau kt kl slgr ni.pasrah sudah :P

    payid~so da dpt green light lah ni nak book dekat readzul?hihihi

    ReplyDelete
  9. cz-rasanya i tak jadi nak hire ngn hariz n team for my dress utk kawin nnti, wuwuwuw, pasal i dah jmpa tailor yang gila murah babas pny haaaaaa!u nak amek slot i?i let go to u, wakakakakakaka!

    ReplyDelete
  10. rm1000k ?? wow .. mahal dear serious .. ryn de member yg mmg designer then pernah wt baju artis .. if kain atas kt die mik dlm RM600/700 ye yunk .. if nego baik dpt dgn baju lelaki around 1k la ..

    ReplyDelete
  11. didi~mengada betul u.haha i tengah pikir ni sebab tengah fall in love dengan readzul.cuma harga tu la.hukhuk

    ryn~memang.sobsob.me too pun tengah blur ni.nak kene survey tmpt lain atau go for it!

    ReplyDelete
  12. mak aii... rm1000 memang tak mampu lah kot.. ishk2..

    ReplyDelete
  13. ai pon search kat dewan mara utk jahit kain nikah.
    dah jumpa yg berkenan, rm430 L/P
    mahal.. huhu

    ReplyDelete
  14. berape ye anggaran temoah baju kat bangunan mara tu..contoh cam nak buat baju kurung moden?nak tau..hehe

    ReplyDelete
  15. lysa~dia ikut kain rasanya tu. u nye kain jenis apa?huhu

    ziera~haritu tanya dia ckp ikut kain.kalau jenis biasa rm80 je.tapi kalau kain nikah macam susah nak jahit cth chiffon ke, tu yg jadi mahal around rm300 gitu.

    ReplyDelete
  16. entry anda sangat membantu :) i like it..

    ReplyDelete
  17. Ada satu butik di Bangi ni baju dia pun lawa-lawa. Ni dia punya link.http://www.facebook.com/butiksanggarcinta.Pakej dia pun reasonable, murah jugak

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)