Tuesday, October 18, 2011

Ucapan Baik-Baik Untuk Pengantin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Weekend lepas, saya telah ditugaskan untuk membuat sesuatu kepada my bff, ila. Ehem. Ada lah. Dia saja suruh reka dan cetak Guestbook untuk dia. Teringat rupanya pernah download Freebies from Rai. Dulu masa dia belum jadi Puan. Sekarang jadi Puan Rai sudah. (Selamat Pengantin Baru Puan Rai. *Wave dekat dia kejap*)

So download, edit. Akhirnya jadi dah. Senang semudah 1,2,3. Rasanya saya dah pernah buat post pasal Rai punya freebies tu. Mana entah letak link tu. To those new bloggerssss atau b2b's, kalau nak freebies Guestbook tu jugak, boleh klik sini {LINK}. Rai cakap amik je. Dah nama free kan. Hihihi Oh sungguh baik hati ex-b2b ni kan :') Saya tidak menerima apa2 royalti hasil daripada pemberitahuan ini. Saya cuma diberi eskrem mekdi sahaja. Ok itu sah sah tipu.

Jadi, itu pasal Guestbook. Kali ni just nak share pasal KATA-KATA HIKMAT atau KATA-KATA UCAPAN or wutsoeva kepada pengantin dalam Guestbook tu nanti. Kalau korang tak reti susun ayat ke hape, boleh tiru je kat sini occay? Namun, ada gak kata-kata yang sungguh kurang sopan. Yang tu rasa macam nak baling selipar je kan? Hahahah sabar zimie sabar.

Ini copy-paste bulat2 from seorang hamba Allah. Tak ingat nama blog tu. Sobss *Ampun, sesiapa yang tau, sila bagitau keh?



Berikut adalah beberapa ucapan yang selalu tersembul keluar:
  1. "Moga dapat anak yang ramai dan bahagia"
  2. "Moga berbahagia hingga ke akhir hayat"
  3. "Jagalah dirimu dan diri pasanganmu sebaiknya"
  4. "Selamat mendirikan rumah tangga" 
  5. "Selamat pengantin baru"
Ayat di atas adalah common word yang sering benar kita dengari.Namun di bawah ini ada beberapa ucapan ala moden:
  1. "Akhirnya adapat gak aku merasa nasi minyak ko"
  2. "Bukan main cantik bini hang ni"
  3. "Secocok bak kan pinang dibelah dua"
  4. "Moga dapat baby yang gebu-gebu dan comel-comel"
  5. "Berbulan madu di mana nanti?"
  6. "Diam-diam dah bernikah pun hang"
Ayat di bawah pula yang usikan nakal dan juga agak kurang ajar:  
(zimie : tak suka ayat-ayat bawah ni. grrrr) <--emosi secara tiba-tiba
  1. "Dah bunting habaq kat aku na"
  2. "Good luck malam pengantin"
  3. "Jangan kantoi tengah jalan sudah"
  4. "Kureng sesuai la ko dan dia,tak kisahlah jodoh"
  5. "Mak ai,member aku dah kahwin la!Bukan nak tunggu aku!"
  6. "Jangan terputus macam ko ngan ex GF ko dulu sudah"
  7. "Jangan main kayu tiga tau"
  8. "Sorrylah,aku bawa tangan kosong.Hanya perut kosong je aku ada!"
Itulah beberapa ragam yang keluar dari lidah manusia yang pelbagai ragam.Rambut sama warna tapi hati lain-lain bukan?Bagi ayat usikan nakal itu,mungkin ianya bernada gurauan tetapi janganlah menjadikan hari raja sehari menjadi episod duka dan kecil hati mereka.Ucaplah yang baik-baik.Islam itu syumul.Ianya mengajarkan sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. Dalam hal ucapan ini,Islam ada juga mengajar umatnya berbicara semoleknya pada pengantin.Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?

Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, "Semoga berbahagia dan ramai anak."

Mendengar yang demikian Aqil berkata, "Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."

Mereka lalu bertanya, "Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"Aqil menjawab, "
Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita"

Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, "Apakah ini?"

Abdul Rahman r.a. menjawab, "Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."

Rasulullah s.a.w. bersabda, " (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"

Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, "(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"

Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan "Semoga berbahagia dan banyak anak."

Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.



 Ha macam tu lah, ingat kita disaran menyebut ayat-ayat yang baik-baik aje tau. Kan kita ni nak mendirikan rumahtangga, buat benda yang disaran dalam agama. Kalau dengar ayat-ayat yang tak best tu, rasa macam errrghhh 'apahal diorang ni??cakap yang baik-baik takleh ke?' Even dalam nada bergurau pun satu doa tau. Just beware of what you said and wishes.

Its just a guide. Korang boleh tambah lagi ucapan yang panjang berjela. Jangan sampai tetamu lain tunggu dan queue panjang sudah! Berpada-pada lah ye. (Kenapa aku jadi motivator ni tiba-tiba) Okla tu je nak share. Wink wink.


p/s: Kalau korang berjaya conteng Guestbook i, jangan lupa bagi ayat yang best-best dan comel-comel keh?  Tatatititutu (^^,)

13 comments:

  1. haha.wpun mcm remeh temeh but nice post. nasib i tak dpt wish kurg ajar tu.kalau tak mau gak sentap.i know maybe mereka joke tp...some people cannot take jokes like that hahaha.

    selamat pengantin baru Zimie semoga bahgia ke akhir hayat.

    tetiba! ;p

    ReplyDelete
  2. thanks zimie... hana tak tahu nak buat guestbook ke tak.. huhu

    ReplyDelete
  3. lisa~haha i kot emosi?jangan la dpt ucapan2 macam tu.aminn..

    thanks lisa.even lambat lagi.berjanggut tunggu :p

    ReplyDelete
  4. hana~buat la dear.nak conteng2 situ.kalau di ajak la.hihihi

    ReplyDelete
  5. "Kureng sesuai la ko dan dia,tak kisahlah jodoh"

    kahkahkahkah...gelak besau. =p

    ReplyDelete
  6. kina~tq dear :)

    kaseh~org macam ni cakap pun ada ka?ikut suka hati mulut makbapak dia je kan?haha

    ReplyDelete
  7. nice info. thanks for sharing. ;-)

    ReplyDelete
  8. rina~saya pun baru tahu.hihi for self reminder jugak.

    cikhazz~welcome dear :)

    ReplyDelete
  9. haha xleh blah yg note kurang pengajaran tu..heheehe.. thanks for sharing zimie.. i mmg slalu blur2 kalau nak wish org or isi guestbook wedding..haha.. ;)

    ReplyDelete
  10. bagus sgt tips ni.. thabks for sharing dear~

    ReplyDelete
  11. renee dear~welcome my dear.so skrg tau dah nak isi apa?wee :p

    nanie~welcome dear~~

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)