Monday, October 3, 2011

Survey Itu Penting

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Buat semua yang setia membaca setiap artikel dekat belog ni, tentu tertanya-tanya (lagak seorang blogger famous) "Si budak zimie ni tak habis-habis lagi ke survey. Survey menimbun, booked pun tidak"

Erm suka untuk saya menyatakan (ayat Kamus Dewan) bahawa saya MEMANG SUKA SURVEY. Hahaha. No thats not funny! Sampai kesayangan EF pun naik muak. Kesian dia. Sampai naik pening dan sikit lagi nak masuk mentol. Tapi demi tunang tercintan megi, beliau sanggup. Sayang lebih padanya. Auww!

Semalam Ahad, seperti dinyatakan dalam wishlist mahu meneroka butik-butik kahwin lagi. Yahoo mission accomplished untuk survey. Mula-mula ke READZUL. Dengan bantuan GPS dan telefon bergerak (untuk menghubungi encik Read), kami berjaya sampai ke tempat kejadian. Errr taktau nak start dari mana. Tapi saya sudah jatuh cinta dengan hasil rekaan dan baju-baju dalam Butik si Readzul ni!!! Hormon excited melonjak tinggi!!! Lepas tu nampak pulak baju ni secara live. Ala yang semalam cik zimie post tuuuu. Kebaya Dress. Rasa macam nak sangat2 baju macam tu!!!!! Ok bertenang cik zimie. Tarik nafas dalam-dalam. Mari kita berdiskusi. Yang attend haritu encik ZUL kerana encik READ busy. Oh baru ku tahu nama tu diambil sempena nama mereka. Sebab tu dapat nama READZUL. Hahaha. Jadi, akhirnya keluar la segala mak nenek harga dan pakej yang ditawarkan itu. Berikut adalah harga yang boleh membuatkan cik zimie dan encik fayyadh terjunam ke dalam gaung! Overbudget!!! Camni la manusia, nak cantik tapiiiiii ............(sila isi tempat kosong)

  • Busana baju sanding sewa baru P (takde saiz sebab tu kena buat baru. encik Zul suggest buat Lace + Chiffon. Ada contoh baju tapi lupa nak snap picca. cantikkkkkk + tempting nya sgt design tu!!)
  • Busana baju sanding sewa L (dah ada dekat butik. Siap fitting sekali. Warna dah ok. Ngam2 dengan badan si EF yang normal badan orang Asia. Baiklah dah boleh kahwin sekarang. Haha)
  • Make-Up Artist (MUA) nikah + sanding (kalau normal RM750 untuk 1 session)
  • Full accessories (Veil, tudung, kasut, gelang, segala mak nenek dia tu)
  • Handbouquet fresh flower sanding







  • Harga pakej = RM2800
Errrrrrr. Mula2 rasa nak pengsan tapi fikir2 balik, why not?? Tapi kenapa ini manusia masih berbelah bahagi? Kerana encik ZUL ada mengatakan bahawa "SURVEY ITU PENTING". Dengan customer before this pun cakap ayat yang sama. Katanya "Survey la 3 butik lagi. Nanti menyesal tak sudah" Haaa gitu ayat dia. Part BAJU SANDING konon-konon dah setel.

Kemudian hal MUA pulak. Cik zimie ni barula tahu yang MUA itu lelaki. Of course la dari nama pun dah tau kan. Grrrr cuma taktau nak hire MUA dengan Readzul atau tak. Its actually konflik dalaman. Ok sebab saya bertudung. Saya pun bukan baik sangat namun begitu bukan jahat sangat. Cuma risauuuu dengan bonda dan ayahanda. Of course la kalau boleh MUA perempuan. Haihh ni lah dia. Bila dah jumpa yang berkenan, benda lain pulak stuck! Me myself 'macam' ok je dengan Readzul tapi kita sebagai manusia dan perempuan yang hidup di muka bumi ni tentunya ada PILIHAN. Contoh kalau makan di kedai makanan yang ada logo halal atau tidak. Contoh je. Sudah tentu kita pergi yang ada logo halal. Itu cik zimie la. Orang lain tak tahu la. Betul tak? :P Kalau tak ambil MUA dengan Readzul, tentu harga baju kahwin tu melonjak tinggi. Konflik dalaman betul!!!!

Pening. Lepas tu sebab malas nak fikir pasal baju kahwin ni semua, pergi la survey pasal MUA. Ape kena mengena kan? Hahah dekat my twins, miss Renee Meow punya blog ada list of MUA. I kinda like. Wihihi. Lepas tu teruja pulak sebab Renee dapat MUA untuk wedding dia. RM500 per session dengan Laila Rohani (the same person yang make-up kan Nurul Shuhada TV3). Kalau compare dengan Readzul memang lagi murah hokeh!!! Saya tak sempat survey kalau baju kahwin sahaja berapa dia quote. Bila balik rumah baru teringat. Erghhhh.

Sekarang ni, konflik dalam masih diteruskan. Either ambil baju je dengan Readzul. MUA orang lain (perempuan). ATAU ambil pakej semua sekali dengan Readzul. Hmmmm. Tentunya ada pros and cons.

Masih berbelah bahagi. Perlukah survey butik yang lain untuk mendapatkan kepuasan yang maksimum?



p/s : READZUL mendapat review yang positif daripada ex-b2b Puan Lyana MK dan Puan Lisa Lisut.

16 comments:

  1. Dik,

    RZ pun ada MUA pompuan lah. Assistant dia. Try lah tanya RZ.
    Tapi pakej RZ tu mmg berbaloi2 tau.

    ~x customer RZ
    -dakpink.blogspot.com-

    ReplyDelete
  2. Anon~serius ke dear?waaaa saya sudah nampak sedikit cahaya di situ.thanks a lot!!!! :) boley i nak tau feedback dari u?

    ReplyDelete
  3. dear go ahead wif kak laila rohani..!! hehe.. dia mmg best, hasil dia pun meletop..kalau u amek dia kita twins lagi.. heehheh ;p (ok alasan yg xleh guna)

    ReplyDelete
  4. renee~hehe i pun suka banget tengok hasil kak laila tu.serius!!ok i'll think about it my dear twins.ahaks

    ReplyDelete
  5. wahhhh if mekap mcm nurul shuhada tu cantik la zimie :)

    ReplyDelete
  6. my parents n encik tunang pun x bagi MUA lelaki. try la cari MUA perempuan. senang boleh tlg kite pakai baju sume. hehe.
    pernah tgk readzul collection, cantik2 semuanya. :)

    ReplyDelete
  7. dik,(ecece panggil adik) hahaha.
    gile murah 2800 skali makeup! i dlu masa tye readzul utk pelamin n baju 4k tau.huahuahuahua.tp i kes lain.sbb i tak nk let go si kamarini tu i dh byr depo.kalau x i proceed semua dgn readzul.sobsob.

    better amik je pakej readzul.tak nyesal okayyyyyy

    ReplyDelete
  8. amy~itulah.i pun tengah pikir2 lagi ni amy.bestnye kan kalau si readzul tu adalah pompuan.hahahah

    lisa~i pon dpt ++++ve feedback dari org mcm u.tu rasa macam rasa sekarang gak nak book.haha tapi kene tunggu end of oct.tunggu dan lihatttt

    ReplyDelete
  9. survey zimie.. selagi boleh.. biar kita buat pilihan yang terbaik kan... ^_^

    ReplyDelete
  10. pi survey zimie, kalau x menyesal x sudah cam kiteee. tp xpelah, da byr depo pun

    ReplyDelete
  11. better survey 2-3 tempat lg ....mana tau dpt pakej yg best lg

    ReplyDelete
  12. ha'ah dear. g survey lg 2-3 butik. kasi betul2 puas hati then baru decide.

    ReplyDelete
  13. xpe zimir..survey dlu byk2.. ade mase lg kan..

    ReplyDelete
  14. survey & survey. Tak rugi pon kalau g survey kan. kita jugak yg dapat ilmu. Tapi agk2 kalau readzul lagi berbaloi2, grab je tros. :)

    ReplyDelete
  15. i pun ambik pakej sume sekali readzul. hasilnya sabtu dengan ahad ni. we'll see :)

    ReplyDelete
  16. cha~wow ada gang.nanti dah dapat hasilnya bagitau i ye!hope urs turn out well :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)