Saturday, October 8, 2011

Langsir dan Hal Bilik Pengantin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Siang tadi pagi2 buta pukul 10 dah keluar rumah. Lepas setel makan, basuh baju, keje2 sapu+vakum+mop, barulah boleh keluar rumah dengan hati yang tenang. Keluar dengan Bonda sebab awal2 lagi dia dah booked anaknya. Bonda tahu aku ni bukan selalu ada kat rumah time weekend. Katanya nak survey LANGSIR. Last week, dia dan suaminya dah survey PINTU. So harini diheretnye aku ke Mines Shopping Complex tengok2 kain langsir. As usual TEWAH menjadi tempat sasaran. Malas nak redah KL. Takpe tewah pon ok ape. Lebih berkualiti berbanding Nilai 3.

Kitorg survey2 kain langsir untuk RUANG TAMU dan BILIK PENGANTIN. Apasal la mak aku ni awal sangat survey kain. Lagi 8 bulan kotttttt. "Survey jela dulu, bukan beli sekarang". Okkkk

Konsep warna RUANG TAMU katanya nak merah sebab adikanda dekat US yang propose that colour. Katanya sama dengan warna langsir rumah ex-gf nya. Aik boleh pulak macam tu? Hahaha  Tapi dalam hati, aku setuju. Asyik2 warna cream, cream, cream. Warna garang lah kali ni. Sekali sekala. Walau bonda anti warna merah, tapi akhirnya lembut juga hatinya. So aku promot langsir kain velvet (kot). Macam ni..

Awat dalam gambar warna macam dark pink maroon???


Untuk BILIK PENGANTIN, sebab bilik aku dah warna pink lembut, so untuk menjimatkan cost mengecat semula, kami sependapat stick to that colour dan untuk itu kena buat KONSEP = PINK + PUTIH. Dah berangan katil putih (beli baru), almari putih (dah ada), meja solek putih (dah ada), wardrobe putih MAYBE (beli baru). Kalau boleh SEMUA nak PUTIH. Putih kan suci. :P Lepas tu, langsir kena la warna PINK. Errrr agak2 cantik ke tak ha? Aku plak anti sikit kaler2 wanita nih. Muahaha

Entahlah. Belasah jela labu!

Maybe langsir yang menjadi pilihan dan idaman kalbu macam ni kot. Siapa boleh teka, which langsir yang kitorg suka dalam episod SURVEY LANGSIR pada kali ini? 

Pinjam badan dan tangan mak



Tangan sendiri

Hadiahnya adalah seekor kasih sayang, boleh? Taknak ke? Taknak takpela.



Lepas tu berangan nak bilik pengantin SIMPLE macam ni je. Lama dah survey2. Sejak awal tahun. Kikiki


Orang tu bukan suka sangat serabut2 ni . Dia kalau boleh tak payah hias lagi bagus. Katanya "Perlu ke nak hias bilik pengantin?" Eh tak perlu lah. Jimat duit. Saya positif dibuat-buat. Rasanya ni la paling SIMPLE sesimple mungkin yang boleh didapati dipasaran. 

Sekian, sambung episod survey yang lain pula...

 

15 comments:

  1. zimie..we are the same..haha td i pun survey curtain..hihi..pe2 pun i suke yg pink polca dot tu ;p soft kaler gak..bilik pun suka yg simple2..

    ReplyDelete
  2. oh, gitu kisahnye.....sekrang baru lah paham...

    btw, cantik langsir² tuh.... (",)

    ReplyDelete
  3. qis pun ske color yg lembut2 tak pun choose pastel color..nme pun bilik beradu kan..mstila dlm suasana tenang and aman gitu..:)

    ReplyDelete
  4. cantiklaa bilik tu. sukeeee. :))


    p/ss. amy peminat pink. hihii

    ReplyDelete
  5. sf~kikiki ramai lak survey langsir minggu ni.i pun suka polka dot tu.:)

    payid~err paham ape ye?memang cantik la dear :)

    amani~kan?samer lah kite.hihi

    amy~suka bilik je ke amy?:p pink soft2 suka gak.utk beradu mmg best hahah

    ReplyDelete
  6. zimie..nida suka langsir pink no 2 tu...ada warna hijau x?hihihi...em..nida rasa zimie pilih no 3 kot..heee

    ReplyDelete
  7. wow. cntiknya semua. ehehe. rambang jdnya

    ReplyDelete
  8. cantik2.. hehehe... gud luck zimie..

    ReplyDelete
  9. cik zimie, cantik yg pic last tu, less is more :)

    ReplyDelete
  10. emi suke lgsir pink nk 1 dan 3 :)
    n suke jgak pic bilik tu..dulu2 selalu gak usha mybride :)

    ReplyDelete
  11. wah cantik .. my mom pun dh membooking langsir ... yg tu mmg ryn bg mama 99% pilih .. 1% tu ryn yg tetapkan wrna .. hehe .. tp kan yunk .. if u pki shoking pink pun ok .. nmpk lain skit dear ..

    ReplyDelete
  12. nida~anda sgt memahami, hehe memang pilih yang no.3 tu.:D muah3

    fariza~tau takpe.tu belum pergi kat KL lagi.huahua

    fiza~Thanks dear :)

    mai~tengah nak berangan buat yang last tu.suka simple2 je.yang penting lengkap :)

    emi~hehe mybride tu kan pantai timur nye.

    ryn~wahh bestlah your mom buatkan semua.i nak shoking2 sgt kang terasa sexayyy semacam laks.hahaha

    ReplyDelete
  13. zimie..kte ska yg pink..ada polka dot tu.hahahaha

    ReplyDelete
  14. mak maria pun dah bising2 ajak g beli langsir tp i ckp bulan depan laa.. **padahal duit dah abis**.. wuwuwuuwuw

    ReplyDelete
  15. bilik i pun lebih kurang gambar yang last tu tapi kain langsir i color cream. yer, sekrg bilik pengantin simple2 je sudah kann. ;-)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)