Thursday, September 1, 2011

Jiwa Bergelora

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Raya kedua which is SEMALAM bertemankan jalan raya dan kereta. 8 jam dalam kereta. 2 jam di atas darat.

Semalam kami segerombolan cik kiah. Ok taklah cik kiah sangat, iaitu bersama ibubapa dan abang ke rumah encik tunang di Hutan Melintang, Perak. Macam nilah gaya nya orang bandar masuk kampung!! Walhal kampung ayahanda dekat Kelantan pun macam ni gak tapi tak pernah alami jem yang sangat serius teruk. Sepanjang jalan Kuala Selangor-Tanjung Karang jem. Sudah la pergi jem. Balik pun jem jugak. Uwaaa stress sampai naik ke kepala. Mungkin sebab masing2 tak sihat, demam2. Bonda pulak sakit lidah. Pendek kata raya ni macam2 penyakit keluar!! (-_-'')

Bila sampai2 rumah EF rasa lain sangat!! Jambatan dah siap which is dulu tak siap kottt. Siap terlepas jalan, sikit lagi nak ke Teluk Intan. Kikiki maklumlah dah lebih setahun setengah tak melawat rumah nya itu. Nasib rumah beliau sebelah masjid. Jadi dengan hanya ber'landmark'kan masjid biru itulah kami tiba di rumah EF.

Rumah nya pun dah BANYAK berubah. Maklumlah 'orang pencen' punya rumah. Cantik berseri-seri. Memang lain lah. Pandai ibubapa nya hias rumah :) Dengan sanak saudara nya yang ramai, kami pun berbual2 dengan ibubapa EF. Makan rendang ketupat dan makanan special EF, hati lembu masak hijau. Aku makan bertambah-tambah. Padahal perut sakit lagi tu. Hihi. Lebih 2 jam juga lah 'bermesra' dan kenal2 rumah. Tahun depan kan nak datang lagi. Wink wink.

Lepas tu aku duduk di luar rumah sebab EF tengah busy layan sanak saudara yang ramai itu. Itu baru sebahagian katanya. Aku pulak macam takde mood. Penangan jem punye pasal kot. Aku duk di bahagian luar rumah. Ala2 feeling lah di bangku kecil itu. Macam rasa "Boleh kah aku adapt dengan situasi itu?" Dulu nak sangat orang kampung kan. Bukan lah nak kata aku ni Bandar sangat. Tidak! Cuma belum biasa lagi kot. Still akan adapt slowly. Betul tak? Pastu aku takla sangat bermesra dengan sanak saudara nya itu. Takkan tak pepasal nk salam pastu cakap "Hai saya lah tunang EF" Erkkkk so not me! So lepas salam2 tu aku diam lepas tu duduk luar. Benarkah tindakan ini? Rasa macam useless plak. Abang pulak dah remind "Ko kena lah berbaik dengan saudara mara dia. Nanti pasni dah jadi keluarga kan" Tiba2 stress naik sampai ke otak. (-_-'') The thing is, bukan taknak bemesra. Tapi rasa macam muka tak malu, pipi tersorong2. Aku kan pemalu. Tapi bukan pendiam. Kang tersalah cakap, ape lah diorang fikir kan? So lebih baik diam. I think thats the best way. Lagipun diorang pun bukan nak cakap dengan aku pun. T_T (Emo sendiri)

Sebelum balik tu, sempat lah si EF mengait buah kelapa muda depan rumahnya. Best sangat! Dekat bandar mana ada kan. Nak beli sebiji je dah dekat RM4. Suka sangat dapat minum air kelapa fresh. Thanks syg!! Cuma tak sempat nak kait bawak balik rumah. Takpe next time kot. Dekat jam 6 kami pun pulang, Bonda si EF bagi kerepek pisang yang dibuat sendiri (aku taktau pisang apa. sungguh bandar ini budak.haha) Sedap sangat pisang tu. Dalam kereta nguk ngak nguk ngak makan. Kikiki. Nak mintak resepi kedekut! Katanya kena jadi keluarga dulu baru boleh bagi secret recipe. Aku pulak cakap aku pun tak hingin (Padahal dalam hati nak. Kehkeh)

Apa pun konklusinya aku lega dapat beraya ke rumah encik tunang. Dapatlah sedikit gambaran tentang raya di sana. Walaupun taklah secara menyeluruh, aku gembira sebab dapat tunaikan hajat ibubapa nak berjalan ke rumah EF. Walau penuh pancaroba dengan jem, keadaan Bonda dan abang yang tak berapa sihat, kami berjaya juga harungi. Ini semua dugaan dari Nya mungkin.




Tahun depan, taktau nak beraya rumah mana dulu..