Monday, September 5, 2011

Emosi Masa Raya

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Dekat ofis ni sekarang. Boleh tak taknak buat kerja? Malas malas dan monday bulus. Masih mood raya kot. Tadi BW blog geng2. Nampaknya ada yang akan bertukar status single ke double. Ecece suka la tu kan. Bunyi macam jeles tak? Hahah ape pun CZ wish mereka-mereka semua goodluck dalam menempuh next step of life. Mesti neves gila kan? CZ yang lambat lagi ni pun dah neves awal-awal. Pfttt.

Semalam dan semalam memang banyak stori. Dirty secret of my life has revealed. Baru je nak bersalaman Aidilfitri dengan ibubapa pada 6 Syawal. Lambat kan? Tak kisah la. Raya kan sebulan :D Yang sadisnya bila time CZ salam, terus bergenang air mato dan menagis sampai tak terkata-kata. Abang lak cakap "Ni nagis mesti sebab banyak dosa" Grrrr ketap bibir jela tapi nagis tetap nagis okkkk. Pastu CZ bebel2 lagi cakap "Pasni dah tak single, dah berdua. Harap mumy dedi doakan zimie, etc etc" Blablabla. Sayu sangat!! Last2 mumy pon start nages. Dah macam buat drama mohabattein pulak dalam bilik tu. Disebabkan malu, lepas CZ bagi duit raya terus masuk bilik. Malu semalu pokok semalu. Sememeh dan cengeng punya budak. Kikiki.

Ok stop kisah emosi. Now ada la jugak benda CZ dan EF dah discuss. Tak discuss mana la. Sebab tak jumpa f2f. Hanya bertemankan jiwa, lappy, YM dan kegembiraan. Kami just list downkan dekat vendor mana nak 'membakarkan duit' Kumpul banyak2 last2 'hilang' duit-duit tu semua. Sadis sungguh kan wedding prep ni kan? Grrrr. So far kad kahwin, OP, OV dah setel. Setel tu means tinggal nak bagi deposit je dekat Vendor tersebut. Hihihi. Cuma..




...yang belum setel adalah Mini Pelamin (untuk rumah) dan segala maknenek dia tu, Baju Sanding, mana nak jahit Baju Nikah. Kalau boleh nak dapatkan pakej terbaik gitu. Dah risik2 orang lain, banyak yang dapat time HARGA PROMO means masa ada festival kahwin, expo, etc.

Ada sesapa nak update next festival perkahwinan dan expo ke apa ke tak? Nak pergi terjah.

3 comments:

  1. lieza rasa end of sept nie ada ekspo perkahwinan kt wangsa walk.. kalu xsalah 30 sept samp 2 oct... lieza pn nk carik mini pelamin utk kat umah...kalu zimie ada info sharing2 yer ngn lieza... tq..=)

    ReplyDelete
  2. wah lieza.serius??nak kene ajak si tunang pergi ni.hehe.thanks dear.muah!!

    ReplyDelete
  3. yup zimie..ade kat wangsa walk..ira pun nak pergi..nnt kite survey sesame ea..hihi

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)