Monday, September 26, 2011

Doorgift dan Pameran Pengantin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tepat jam 11 malam, barulah cik zimie ada masa nak hapdet. Jadual padat dari Jumaat sampai harini. Sabtu ahad balik malam. Hanya buat perkara2 remeh macam open house, meronda2 bersama2 rakan sebaya. Ahad je yang tak berapa nak remeh. Sempat berjalan2 dengan keluarga ke Nilai. Meronda2 mencari/survey/memenatkan badan melihat Doorgift. Tapi yang sedih pabila Bonda pulak bersuara "Tak semesti mumy ikut cakap zimie. Lagipun mumy nak sponsor, so mesti la ikut citarasa mumy" Bila dah keluar kenyataan tu, cik zimie langsung takde perasaan nak survey lagi. Jalan tetap jalan tapi wat dek je. Padahal time tu, dah jumpa yang 'berkenan di hati'. Memang murah, klasik, tak kecik sangat, tak besar sangat, takde beg, sesuai dengan peredaran masa dan yang penting boleh letak TELUR! Tapi sedih bila bonda pulak bersuara macam tu. Nilah susahnya kalau kahwin tapi menggunakan duit orang lain. End up, saya pon tak tau apa rupa doorgift itu kelak. Saya pasrah apa yang bonda nak beli nanti. Hmm so DOORGIFT consider 'DONE'. Next!

Petang pula, pergi deliver something dekat Kina. Tapi nak deliver kat Kina, tapi terjumpa si tunangnya, Pudin. Alahai kina, takde jodoh la kita nak ketemu kan? Baik budak pudin ni. Malu2 kucen gitu. Ngih ngih. Selepas deliver barang tu, terus ke Ampang Point. Nasib ada GPS. Kalau tak, pasti lah sesat ke Surabaya mungkin!

Ampang point ada Pameran Pengantin hokeh! Berlangsung pada 23-25 September 2011. Pernah juga cik zimie post kononnya 50-50 nak pergi. Akhirnya pergi gak tapi bukan dengan kesayangan EF. Dengan cik cousin, Ana Banana. Oh cousin ni dah kahwin so senang la. I ada consultant tak bertauliah. Muahaha. Suka!

Tapi yang tak berapa bestnya, Pameran Penganting ni agak dull. Bukan agak tapi memang pun! Maybe sebab tempat kecik. Yela dalam shopping compleks yang boleh dikatakan kecil. Kawasan pon sempit. Nak duduk berdiskusi pon tak selesa. Dapat lah rembat beberapa butik yang wujud kat negara ni. Ada 2 butik yang cik zimie berkenanan. Nanti nak ajak EF pergi la sama-sama. Butik tu terletak di Jalan Ipoh dan Cheras. Nama biasa2 sahaja. Tidak la seperti RKM dan sebagainya. So far, butik2 ni jela yang mematuhi piawaian dan mutu perkhidmatan serta eknomi poket cik zimie a.k.a tak mahal sangat tak murah sangat. Got it?! ;D

Punya penat dengan jam tak hengat jalan KL tu, balik2 sampai rumah pukul 10 malam. Memang gila la kerja seminggu ni. Belum kira minggu ni yang full dengan exhibition sampai Khamis ni. Camne la tak penat. Rushing sana-sini. I need stamina!!!! Nak jugak update blog. Nak jugak design2. Pada yang email tak berbalas, minta maaf byk2. Nanti saya reply keh. Wuwuwu. Nak attach gambar kat sini pon tak sempat. Hadehh.

Rasanya better cik zimie tidur dulu. Karang ada yang tak bangun esok. Pagi2 gerak ke PWTC untuk exhibition tersebut. Exhibiton LabAsia2011 nama diberi. Ada masa singgah la ke booth cik zimie esok. Winkwink.

Nitto~
 

10 comments:

  1. pe yg bonda zimie pilih mesti yg terbaik utk anak nyer kan dear ;)

    ReplyDelete
  2. takpe zimie... sekurang2nya doorgift tu nanti mama zimie yang sponsor kan... tak payah zimie keluarkan duit lagi.. hihi.

    ReplyDelete
  3. dear, xpe..kawan parents yang ramai datang so its ok to let her choose :)

    waaa nora dah retired dr pamera pengantin hik3

    ReplyDelete
  4. ble kte guna duit some1 dlm belanja kawin, mmg adat kena ikut org tu..melainkan dia kata 'ikut pengantin la nk pilih mana,"..xpe la zimi..yg ptg ada benda yg kte nak...doorgift...

    semoga dipermudahkan urusan ye

    ReplyDelete
  5. dear, i xdpt g pun,,kunun2 nk g hri tu.. tp openhouse bnyk sgt..lol

    ReplyDelete
  6. takpe la parents zimie pilihkan doorgift. at least tak perlu keluar duit. i punya doorgift my mom yang pilihkan. but lucky me, my mom akan tanya pandangan dulu. kalau i taknak, dia tak beli. :)

    ReplyDelete
  7. KALO DISPONSOR MMG CAMTU DEAR...JUZ PERCAYA JE DGN PILIHAN UR MOM K :)

    ReplyDelete
  8. Saya pun pergi Pameran tu ari Sabtu lepas.. :) servey invitation card aje.. butik pengantin pun ada jugak tp x bbyk kan.. :)

    ReplyDelete
  9. zimie..xpela kalo ur mom sponsor..mesti dia akan cari yg terbaik..zimie pon xyah pening2 pikir, mcm nida, pening2 pikir nk bg apa ikut bajet..huhuh

    ReplyDelete
  10. siannye u bz..patut la dah lame xnmpk on9... btw xpe zimie.. dah done 1 hal xdek la serabut sgt u nk pk.. :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)