Sunday, August 28, 2011

Teaser Senjata Rahsia

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Tadi sempat chatting dengan encik tunang a.k.a EF. Dia tanya "KBB cuti ke?"

Errkk taktau nak cakap pe. Hihihi.

Okla kalau macam tu, Cik Zimie just nak main teaser-teaser perihal senjata rahsia. {LINK}

Tapi memandangkan RAMAI cuti dan sibuk dengan persiapan menjelang raya, rasa macam errr ada ke orang nak tumpukan perhatian pada apa yang saya tulis ni? Hahah sadis betul kan dengan budak-yang-tak-balik-beraya-tahun ni. Hukhuk takpe takpe tahun depan nak merajuk balik kampung EF dulu, boleh? Emosi betul. Entah2 nanti 3 hari sebelum raya dah balik rumah mak(-_-')

Inilah teaser tu. Haritu CZ shopping senjata rahsia ni dekat PKNS Shah Alam.

Masa tu fikir punya fikir sampai rentung, akhirnya beli jugak la pressie from EF to CZ ni masa majlis pembatalan air sembahyang nanti. Beli sendiri sebab EF sibuk mengalahkan PM. Jadinya bila beli sendiri, ikut suka aku je la kan nak design yang macam mana (hihihi) tapi before that confirm kan dengan EF. Takut terkezut berok tengok resit bila CZ claim dekat dia nanti. Its ok sayang, its within your budget :)

Sudahlah blur gila nak beli design yang semacam mana. Almaklumlah 1st time beli benda2 ni. Masa tunang dulu pun beli dengan si dia. Senang sikit sebab EF tu dah biasa bergelumang dengan benda2 ni. Saya mana lah minat benda bling bling ni. Macam makcik-makcik je rasa. Hihi. Tiba-tiba makcik sebelah tu tengok benda yang CZ pegang tu. Dia cakap "Eh cantik. Sesuai untuk budak-budak muda. Kecik2 macam ni" Sambil memandang muka CZ yang tengah confius nak pilih design yang mana. Serius saya memang blur. Rasa macam cepat-cepat-la-beli. Nak keluar dari kedai ni! Haaa macam tu. Bila makcik tu dah cakap maca tu, terus laju je saya ambil seraya membayanya di counter. Eh nampak mudah kan? Hahaha entah hape2 je mentang-mentang bukan duit sendiri ;P

Tapi yang geram 2-3-4 hari lepas beli, tengok2 harga dah turun sikit. Apakah perasaan yang perlu saya hadapi ini? Mula-mula tu geram sangat tapi bila mengadu domba dengan EF dia cakap takpela. Dulu masa dia beli dinar tahun lepas, harga terus jatuh. Tapi now makin lama makin naik. Just fikirkan for long term, then u akan happy. Ok sayang. Saya terima alasan itu. Jadi saya pon terus senyum sampai telinga sampai sekarang. Hari-hari kalau boleh nak tengok senjata rahsia tu.

Oh saya belum bagitau lagi ye? Actually senjata rahsia itu adalah rantai tangan emas pemberian EF kepada CZ nanti. Senjata rahsia la sangat. Hahah mesti semua dah dapat agak kan?


Okla nak memasak. Harini kitorang main masak-masak gearbox daging lembu. Mooooooooo. Bai.

3 comments:

  1. zimie.... nak tengok senjata rahsia boleh tak..? zimie beli kat kedai mana..? hehehe.... senjata rahsia kita bersama lah..

    ReplyDelete
  2. hah zimie..tunjuklaaa senjata rahsia iteww..mesti menarik kan!!!..
    aah harga trun minggu nih..:)

    http://miszatie.blogspot.com/2011/08/shoppping-ry.html

    ReplyDelete
  3. hana~boleh2 tunggu eh pas majlis which is thn depan!:P

    atie~ok akan ditonjolkan.tahun depan.tunggguuuuu :P

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)