Sunday, August 14, 2011

Tak Tahu. Pening.

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Oh terasa sudah lama CZ tak update kan. Im way too busy. Semalam dan semalam busy appointment dengan client dan menguruskan projek-projek menambah Tabung 3K. Jeng jeng. Tentunya di blog shoppe CZ. Masih baru2 lagi, jadi tak banyak design lagi. Cuma doakan kesihatan CZ baik untuk melakukan semua ini ya. (^^,)

Ok back to topic. Actually CZ punya list-to-do TERsangat lah banyak. Macam. Taktau nak update yang mana satu. Ok2 lets start with SURVEY BAJU SANDING. Kan cakap Jumaat tu ada appointment dengan client. Actually CZ ke UiTM Shah Alam. Dan sementara tunggu the next appointment, CZ sempat terjah ke PKNS dan Plaza Alam Sentral. Ehem2 ce teka CZ buat apa kat situ? Of coz la survey2 Butik Pengantin. Tak mungkin lah beli baju dan kasut raya sebab semua tu dah beli awal2. :P

Yang tak pahamnya, CZ ni konon lah seksited sangat4x nak ke PKNS Shah Alam Konon-konon ingat PKNS nih ada banyak butik pengantin. Sekali tengok2 ada SEKETUL je butik pengantin kat sana. Maknanya CZ dah tersalah percaturan lah ni! Yang banyak, baju-baju raya dan tudung-tudung raya. Sepanjang2 dalam perut PKNS tu. Alahai tension nya. Dan dan yang geram seketul butik tu CLOSED la pulak. (Sebenarnya CZ segan nak masuk sebab pintu tertutup rapi dan dia ni jenis PINTU yang macam takmo bagi customer masuk. Grrr) Ok fine takpela. CZ pun malas nak layan. So jenjalan lagi. Terserempak dengan akak kedai mana entah. So tanya2 BUTIK PENGANTIN. Katanya banyak dekat Plaza Alam Sentral. Oh CZ macam geramnya. Dah la puasa. Nasib macam ala-ala-dikurniakan-tenaga-yang-banyak-yang-datang-dari-mana-entah. Power girl kot. Cit padahal semangat nak survey tu. Hihihi

Jadi CZ menapak selama lebih kurang 5-6 minit (anggaran je) ke PAS. Ops ni Plaza Alam Sentral. Bukan parti politik tu ye. So terus dengan semangat ke Tingkat 2. Sebab akak tu cakap Tingkat 2 dan Tingkat 3 banyak butik pengantin. Naik2 escalator, TERnampak lah ada satu butik ni. Ah lega penantian. Nama butik tu, MASSELLA COLLECTION. Pintu terbuka. Ok ni memang nak bagi customer masuk. Cantik kedainya. Terus masuk pergi terjah baju-baju-kilat-kilat yang bergantungan di sisi kedai. Cantik2 semuanya. Tapi harga pun cantik agaknya. Saat ini terasa macam nak nak T_T memikirkan jumlah wang yang akan habis hanya dekat BAJU yang hanya pakai sehari je!

Terus disapa oleh akak Massella (Wah nasib Tokei kedai ada). Baiknya akak ni. Cantik pula tu. Beliau tengah jahit Veil untuk customernya. Jadi, akak Masella meluangkan masa melayan kerenah kanak-kanak yang datang ke kedainya itu.

"Akak, nak tanya, sini ada tak contoh2 design untuk gaun?"

"Akak, mahal tak jahit gaun?"

"Saya gem**(tak sampai hati nak cakap) dan kemetot. Sesuai ke pakai gaun?


"Ada tak gaun yang saiz macam saya" Sambil melibas-libas badan depannya.

"Kalau kain sendiri, berapa harganya?"

"Akak tau tak, saya tak mahu pakai gaun. sebab tau mahal, tapi mak saya yang nak. Kalau boleh, saya nak yang ala-ala tradisi je. Baju kebaya/kurung moden. Mesti boleh nampak tinggi"


"Akak, kalau tema moden, nak pakai baju kebaya moden boleh? Mahal la pulak jahit gaun ni"

Ha. Gitu. Segala persoalan diutarakan bertubi-tubi ke arah akak Masella seakan-akan ledakan peluru perpandu ke arah beliau.

"Mahal dek non sebab nak kena ikut betul2 shape adik. Gaun ni susah sikit nak buat"

"Kalau kain sendiri, dekat RM800++ jugak lah workmanship sahaja. Dan kita akan bagi Veil FOC. Kalau beli kain jangan lupa lebihkan kain sebab nak buat bawah tu kembang 'sikit' pakai banyak kain" Dalam hati terfikir, kawan CZ haritu, ada jahit Baju Sanding jenis Kebaya dalam RM300++ gitu. Kenapa gaun ni mahal sangat!!! Grrrr.

"Boleh je nak pakai gaun. Tapi gaun tu tak boleh kembang sangat dan warna biar gelap-gelap. Biar nampak tinggi dan kurus." (Dalam hati memang dah terfikir nak warna ITU. Hihi)

"Kita ada cara bagaimana nak nampak tinggi. Jangan risau"

"Adik tema moden. Elok adik pakai gaun. Tak sesuai pakai kebaya" Kata akak itu sambil tersenyum. Baik akak ni. Lemah lembut. Kalau nak jahit, berangan nak pergi dekat dia. Customer service sangat bagus.

Bukan itu yang difikirkan sebenarnya. Dalam jiwa dan raga ni CZ memikirkan BANYAKNYA wang saku yang nak kena keluarkan untuk buat GAUN ni. Perlukah CZ tukar tema kahwin daripada moden ke tradisional? Ikutkan hati tema Melayu jugak yang senang. Lelaki baju melayu. Perempuan baju kebaya. Dah tanya Bonda. Beliau cakap "Memang lah harga macam tu. Mesti cantik nanti. Lagipun nak tukar tema tradisional, nanti EF kena pakai tanjak pulak. Nampak zimie pendek nanti" Bonda ni orang tanya lain, jawab lain.

(-_-")

Stress sudah mula menjelma. Off dulu. Nak menenangkan jiwa sebentar.



p/s: Tapiiiii sempat lagi cuci mata tengok-tengok design Hatta Dolmat. Apekah??? OK stop zimie. Bai.


11 comments:

  1. haha......klaka citer zimi....

    syok jln kat plaza alam sentral tuu....
    air liur meleleh2 tgk baju cantek2 kan...
    tp tak berani masuk pon....tak berduit....huhuhu....

    oowwh....mesti comey, tertarik menarik, kau mmg the bomb la bile zimi pakai dress....ade je dress tuk org kiut dan rendang tau.......

    ReplyDelete
  2. lijah~tau takpe.meleleh air liur.dah la tgh2 puasa.sabo sabo :P

    da bomb ke?nervous lah pulak.dengan harga macam tu.sobsob T_T tabahkan hati je.

    ReplyDelete
  3. zimie.. naper tak sewa je? baju sewa pun byk cantik2, dan nak pakai sehari je. boleh jimat duit.. :) cadangn je..

    ReplyDelete
  4. zimie..gaun pon mesti cantik..hehe..pakai gaun la..sian mak zimie, teringin tengok zimie sanding pakai gaun..heheh..zimie survey2 lg la tempat len..kot ada dapt less than dat ke..

    ReplyDelete
  5. hanys~nak je dear.tapi kene survey lagi.coz butik tu takde saiz zimie.saya ni kecil dan gumuk.gitu.huhu

    nida~haah yang.die teringin sebab time die kawen,tak dpt pakai gaun :P sempat lagi survey.nanti kene terjah butik lain lagi.hehe

    ReplyDelete
  6. hehehe..phasa reality check.. kalo dlm kepala imaginasi kemaen lg..tp bile nak tempah..mcm2 kene ambil kira.. slalu org mmg tempah baju kawin awal2 eh?

    ReplyDelete
  7. ella~haah kene survey awal2 dear.takut kang dekat2 majlis, tailor takmo jahit.lagi2 dress/gaun yang susah macam zimie ni.hihi

    ReplyDelete
  8. hye twin.... baru terprasan entry nih.. ok ke baju2 sana? kalau besar fluffy mcm i ade ker?(i rase u penah tgk i live kan) i plan nak gi shah alam checkout2 butik2 untuk tandang weekend nie...price dia ok x??

    ReplyDelete
  9. hye dear reneem

    i rasa baju2 dia ok je (so far hehe) akak masella tu baik sgt.cantik suka senyum lak tu.takde kene mengena pulak i nye point ni.hahah

    tapi utk saiz u tu rasanya ada, kalau xde pun, kene design jahit yang baru la.tengok harga okla jugak.takla mahal sgt takla murah sgt.try la survey keh dear twinssss:)

    ReplyDelete
  10. Hi Zimie, baru semalam pergi kat Masella Collection tapi pergi main terjah je. Sekali google ada review about her in your blog. Aah agreed akak tu memang baik, customer service bagus. So friendly. Baju dia pun cantik but with an affordable price. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye amirah, yup akak tu memang baik hehe cuma kuita pulak x amek service dgn dia sbb jauh :p if sesiapa duk sh alam, can consider her hehe

      Delete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)