Wednesday, August 17, 2011

DIY Kad Kahwin:Doa Untuk Pengantin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)
***

Ini untuk CZ yang DIY kad kahwin sendiri. Design n print sendiri memang menjimatkan i tell u. Hihih actually kad dah siap (Ok saya tahu masih awal. Memang hover the limit kan? Itu namanya taknak rushing last minute. Ecece). Tapi belum print lagi lah coz majlis ada lagi beratus-ratus hari. Teaser? Nanti dulu la. Tunggu la dekat2 majlis, boleh? :P
Saya hanya nak kongsi a few ungkapan/doa untuk pengantin untuk tatapan semua. Biasa orang letak dekat bawah peta. I Googled as usual. Hihi
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya "
- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “
“Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad
pada hari pernikahan puterinya
Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
*Suka yang ni. Rngkas dan padat maksudnya :)
Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
(nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~
" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~
p/s: Harini 17 Ramadhan cuti sempena Nuzul Quran sempena penurunan ayat Al Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat kepada kita semua. Amin ;)

16 comments:

  1. hihi...good post la zimie....org tak buat doa utk pengantin....

    org plak cari hadis2 yg relevan psl perkahwinan yg ade big impact kat kitorg utk tulis dlm kad....(^^)

    ReplyDelete
  2. i lg senang. i amik semua kad kawin,lepas tu i tgk mana doa best and i gabung2 kan jd doa i sndri yg direka.hehe.meaning bukan based on ayat quran la.hehe.

    awlnye siap dh kad draft u.bagus.btw kad i dh dpt? :)

    ReplyDelete
  3. mak pernah pesan....nak letak doa ayat Quran mmg buleh tapi tak di galakkan takut sang penerima terbuang di tempat tak sesway..terpijak ke ..terletak kat lantai ke..dan ter2 yg sewaktu dengannyer... =)

    ReplyDelete
  4. Thanks zimie.. I nak bt kad nti leh rujuk entry u.. :)

    ReplyDelete
  5. lijah~ecece lain dari yang lain ye lijah.hehe mesti best hadis tu.tak sabar mahu tengok kad kamu!:P

    lisa~wahh siap gabung2.rajin u.mesti best kan.org kata koleksi doa gitu.i tak dpt lagi kad u lah.tak dpt nak tgk doa tu.hihi nnt dah dpt, i inform.thanks btw :)

    hani~betul tu hani.kadang2 yang letak 'bismillah' atas nama pengantin pun kene jaga2.sbb takut terbuang ke ape.huhu thanks 4 sharing.mana yang boleh elak,kte elak la ye.

    ekin~:)

    ReplyDelete
  6. sf~hehe welcome dear.takde ape sgt.koleksi biasa2.google je :P

    ReplyDelete
  7. wah...best la post kali ni...

    kak long suke!...terbaik. thnks cik zimie sharing ngn kami,..

    kak long nnt insyallah nak yg paling best nyer doa...supatya semua org yg baca [asti akan bacakan utk kita kan...btl x? ;)

    ReplyDelete
  8. wah..gud info..nanti boleh copy-paste.heee=)

    ReplyDelete
  9. nice one zimie hehehe..nnti tuk kad uya uya tgk sini jer hehehe..ade byk tue..td baca dh confused nk pilih mane sbb byk yg best2 heheheh..thankz dear

    ReplyDelete
  10. Zimie: Wah, tqvm cos wat entri berguna ni ye cik zimie :)) reallly appreciated it.. Sgt lah berguna utk B2BE.

    ReplyDelete
  11. zimie.. ada salah satu doa tu dalam kad kahwin hana... hehe.. ^_^

    ReplyDelete
  12. Perkongsiaan yang baik :)
    .
    ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya. - Salam Nuzul Al-Quran (^_^)

    ReplyDelete
  13. Fuhh.. baguslah zimie ni dah siap draft awal.

    ReplyDelete
  14. dayah~hehe ni baru sikit..

    iza~boleh je dear.my pleasure :)

    uya~hehe rambang mata kan?takpe2 take your time.eceh

    neeza~welcome dear.sila la jenguk2 lagi untuk mendapatkan informasi :P

    hana~yeke?yang mana?hehe

    HH~terima kasih HH.panjang penjelasannya.

    ctkp~haah siap.pastu malas nak pikir dah.hehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)