Thursday, August 11, 2011

Confirm 09.06.12 :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Alhamdulillah baru mendapat tenaga untuk update. Soooo many things to share!!

Mesti semua dah tau kan pasal tarikh kahwin dewan tu kan? Wihihi exciteddddd. Pagi semalam kan, CZ ke office Felda tau. Setel kan pasal tarikh kahwin yang konon-konon kontrolversi tu ha. Takla kontrol sangat tapi saje je nak ala-ala bridezilla gitu. Tolong jangan jemu ok. Blog B2B memang begitu. Bajet diva kot. Kau pikir kau diva? Hahah

Jadi kat sana CZ nak ringkaskan cite jela sebab tarikh pun dah dapat kan. Akhirnya CZ yang menang perlawanan dengan 'musuh' itu. Kalau siapa baca post ni {LINK}, dia mesti ingat punya. Kalau tak ingat, dia XXXX. Hahah. Actually, pada mulanya 'musuh' CZ tu berebut nak kan jugak tarikh 9 Jun tu. Tapi akhirnya pagi2 bila kitorang sampai je, terus si mamat tu bagitau yang akhirnya si 'musuh' telah menarik diri daripada pertandingan ini. Dia cakap tak jadi nak buat bulan Jun. Dia nak buat bulan Julai. So akhirnya i menang tanpa bertanding ke ape ni? Kehkeh. Kesimpulannya majlis bersanding CZ dan EF adalah pada 9 Jun 2012. Happy sangat4x tau. Sebab bila kita dah decide tarikh tu, kalau boleh nak realisasikan. Ye tak? Alhamdulillah sekali lagi. Syukur kepada Allah :)

So ini antara Q&A hasil perjumpaan dengan mamat tadi. Renee & Yati, i tak jadi tibai dia coz muka dia nampak baik sangat. So cool sikit di situ. Biarlah. Bulan Ramadhan kan, tak baik gaduh-gaduh. Hihi

Antara yang dihighlightkan pabila berdiskusi adalah :-

1) Dah inform diorang yang kitorg nak kan projector untuk video slide. Growing up bride and groom. (Video belum buat. Ada sapa2 nak offer buatkan tak?Wink wink)

2) Dalam pakej dah provide pelamin. So to deal with vendor pelamin - Sonia Sofia Bride Ideas, Subang Jaya. Located dekat Grand Dorsett Subang Jaya. (betul la cakap u Renee) hehe

3) Dah choose nak pelamin jenis Standard. Standard tu means ada panel, kerusi dan bunga2 je. Kalau nak yang grand ala2 kepak burung belakang pelamin kena tambah duit which is i rasa TAK PERLU sangat pun. Asal ada pelamin sudah. Makanan tu yang penting. Dan baju. Hihi

Simple je pelamin dia. Nanti boleh discuss further dengan that vendor. Nak tema apa, etc etc. Sempat i capture guna kamera hp yang ala2 gloomy itu.

Pilihan A


Pilihan B

Nampak macam sama kan? No lah. Panel dia lain. Cuba perati betul2. Kitorang dah decide nak yang Pilihan XX. Ce tek ce teka yang mana satu pilihan hati dan kalbu? So far ini je yang ada. So terima je la. CZ dah malas nak pikir pasal ini semua. Yang penting ada pelamin. Nak rambu2, kena tengok keadaan ekonomi negara dulu. Huahua.

4) Diinformed oleh mamat tersebut, bahawa ada sekuriti guard yang akan control parking. Means tak payah la nak hire orang/RELA untuk jaga dan tunjuk arah bagai. Good!

5) Dummy cake yang disediakan hanya dummy untuk tangkap gambar sahaja. Diorang akan sedia small 'real cake' dalam dummy cake tu untuk upacara potong cake tu je which is biasanya diorang bagi Fruit Cake. Jadi, kitorg masih fikir2 maybe-dengan-cara-ni-boleh-save-money tak perlu beli 3 tier cakes. Hihi entahla. Masih KIV tentang hal ini.

6) Untuk hire vendor luar, WAJIB inform pihak Felda untuk sebarang urusan. Means kalau nak hire Pasukan Silat, Kompang perlu bagitau diorang dulu. Dari segi bayaran, kitorang bayar kat Felda dan Felda bayar dekat vendor tu. Macam susah lah pulak pasal ni. Kenapa kenapa?! (-_-')

7) All about makanan akan didiskusi sebulan sebelum majlis. Contoh nak add ons teh tarik, ice cream, candies, kambing, lembu, etc etc. So lega sekarang tak payah fikir pasal makanan kejadah tu semua. Semua tu CZ akan follow up bulan 5 nanti.

8) Boleh tepek signage besar2 atau bunting besar2 dekat sekitar dewan. Just inform diorang je. CZ taklah nak buat macam ni. Biasa2 je. Asal orang tau mana arah dewan sudah. Takut sesat je. Hihi.

9) Lif ke pintu masuk dewan akan siap bulan Oktober ni. Berpeluangkah CZ menaiki lif itu? Jengjengjeng (bajet diva lagi sekali ;P)


Dan akhirnya, kitorang bayar juga deposit sebanyak ehem ehem itu. Teringat post sendiri pasal kehilangan 2.5K itu. Kali ni deposit lagi besar daripada tu. Hope boleh dipercayai lah. Nama besar kan. Banyak woo deposit. Mau nagis kalau apa-apa jadi.

Yang terselit Balle Balle Entertainment tu Felda punya vendor. Maybe amik dengan dia je kot untuk Silat dan Kompang. Yang ni kena tambah fulus $$$ ya coz tak termasuk pakej. Masih KIV lagi.

Selesai satu perkara. More to comes CZ. Wish me luck!!! (^^,)

p/s: Bila dah dapat tarikh kahwin, baru lah excited nak buat wedding preparations, tak gitu? :P

23 comments:

  1. yahooo :)) excited giler nih!! congrats sayang ku zimie!! drama kejap je tapi happy ending kan..yeayeyaaa cepat start preparations!

    *ehem..sy nak anda jemput saya..boleh?

    ReplyDelete
  2. wah..best..best..sure semangat nk wat preparation kan kan..

    ReplyDelete
  3. wee, beshnya da jd hak sendiri tarikh tu. haha. byk yg awk da settle dlm 1.

    kek tu pun kita dpt free zimie. mmg jimat byk dah xyah tempah2.

    mane yg bole jimat kita jimatkan

    pelamin tu cantik je walau berpanel. hehe. jgn burn depo lagi

    ReplyDelete
  4. zimie..beshnye..sume skali dalam pakej termasuk pelamin..xyah pening2 pikir..pelamin b tu cantik!! jgn lupa jemput nida tau.. =)

    ReplyDelete
  5. wow. thn dpn ea. siapkan awal2 ok :)
    bestnya sekali kan. mesti cntik

    ReplyDelete
  6. wahhhh finally! nmpknye ur progress semakin kencang! hehe

    ReplyDelete
  7. Tarikh memnag sangat penting..hihi pastu sibuk jugak lah menghitung hari..meraana u..hahah

    ReplyDelete
  8. growing up vid rasenye tak dapat nk buek la...bahan mentah nye tak de...ate.....

    ReplyDelete
  9. Zimie..dewan nie kt kelana jaya kn? Ada cover psl dewan nie dlm majalah Pengantin Ogos..(Giler awal beli kn?)hehe.. Mmg cantik la kalu wat wedding kt situ..

    ReplyDelete
  10. ira~yeay yeay.hihi thanks sayang!!insyaAllah takde aral lintang,akan jemput.:p

    mizz~haah seronok!:)

    yati~tau takpe.bile pikir2 watpe nak bazir duit kan.haha teringat blog nadya haritu.jangan membazir.selagi boleh kurangkan $$$, selagi tu berjimat.haha

    nida~pandai nida!!!10 markah. memang nak yang pilihan B pun.hihik

    ReplyDelete
  11. fariza~thanks dear.setel cepat,lega :)

    nana~akhirnyaaaaaa.hihi

    Q~hahah mehitung hari detik demi detik..jeng jeng

    payid~takpe.gambar dewasa pun boleh.hantam je labu :P

    lieza~really?wahhh nak kena beli ni.aritu sempat godek2 mag pengantin dekat office sane.tak pasan pulak ade dewan tu.ok harus beli!:)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. rezeki CZ di bulan Ramadhan.. hehe.. ^_^
    dan salah satu kemanisan apabila bersabar kan...

    dewan tu dtg dgn full package kan.. nampak macam banyak dah settle kan zimie.. excited kan nak buat preparation kahwin..

    ReplyDelete
  13. wahh...tahniah :)start counting the days kan dear.selamat membuat persiapan for ur wedding day..ngee

    ReplyDelete
  14. hana~thanks hana sayang.4 ur support.hugs! haah full package dear.cuma baju+mak andam je kene carik sendiri.doakan tau.hehe

    hanna~thanks dear!!yeay goodluck too u jugak :)

    ReplyDelete
  15. yes! finally u dpt gak zimie~! gdluck for the next step dear~ :)

    ReplyDelete
  16. yeayyy..so happy 4u...!! owh dorang ada bagi pic untuk pelamin eh?? apsal time my FMIL pegi nak book dorang suh gi subang (stor) untuk tgk pelamin yg ada.. hmmph.. tapi both mmg cantek!! maybe kalau i amek yg no.2.. hehe.. :D kalau u amek yg no.2 means kite TWIN lagi.. haha ;p

    ReplyDelete
  17. sfarlina~thanks dear.happy :)

    renee~yup siap bagi catalog.tp nnt kene gak pegi subang utk choose theme dan utk add ons ape2 je.hehe alamak!!sama la plak renee.i memang nak pilihan B tu pun.instinct la kite ni kan.hahahaha twins foeva:P

    ReplyDelete
  18. wah...hebat la cik zimie...tak pe, berkat kesabaran tu sbnrnyer...yg mnyebabkan cik zimie MENANG! hahahaha

    pe pun, good luck dear...kak long percaya semua nyer akan bjalan lancar k..

    oh yer, agak2 mahal tak pkai full pakej kat sna? nak tahu jer..

    ReplyDelete
  19. ha amik, skali pegi settled separuh bab.. Abes cite ye..

    ReplyDelete
  20. kak long~menang dengan jayanya.alhamdulillah tenang sekejap.btw zimie amik package paling murah.rm27 untuk 500pax.cuba kira berapa total.:)

    ctKP~betul tu dear.soka:)

    hani~alamak.hihi sebenarnye nak sofa.tapi mak suka yang kusi mawi la pulak.layankan jela :P

    ReplyDelete
  21. yeay!! ok kasi tepuk sikit...finally dpt dh tarikh..:)
    byk jgak yg dh setel sgt bgus krn anda tak perlu bertukar mnjd bridezilla nnt hehehe...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)