Saturday, August 6, 2011

Bakal Pengantin Rugi RM2,500! (Tips Elak Ditipu)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Pagi semua!! Lepas2 sahur nasi goreng (burpppp) tadi kan, saya terpandang lah seekor surat khabar Harian Metro pasal ni. Bakal pengantin rugi RM2500 gara-gara terpedaya dengan si suspek (vendor) yang nampak baik dan boleh dipercayai itu.

Ngeri pulak memikirkan semua ini. B2b di luar sana sila berhati-hati dengan vendor. Kadang2 orang ni luar nampak baik, dalam hati(??) wallauhualam. Cuba bayangkan wang anda sebanyak RM2500 hilang dan lesap begitu je? Bukan sikit tau. Banyak ya ampun. To me, duit sebanyak tu kena kumpul dalam masa 5 bulan ok!! Lama kot nak kumpul 5 bulan dan at the end wang itu hilang sekelip mata! Toksah cakap la RM2500. Kalau wang RM100 hilang pun aku rasa-rasa nak menangis sampai keluar air mata darah. Tapi bukan boleh dapat balik duit tu. Sedih kan?
(Ehh aku lak emo terlebih)

Petikan Harian Metro edisi KL bertarikh 5 Ogos 2011
(punyela ketinggalan coz surat khabar semalam)

Tips untuk elak ditipu:

Mengkaji butir-butir maklumat syarikat - Penting! Kaji sedalam-dalam mungkin. Sekarang ni yang ada no. syarikat a. k. a SSM pun boleh gak menipu. Haihh (Peringatan untuk diri sendiri gak)

Pastikan 100% selamat dan reliable - Pastikan kita mendapat maklumat yang sahih dan benar dari orang lain atau B2B lain. Ex-B2B disarankan untuk menyebarkan segala perilaku/kesalahan vendor. Tapiii dengan cara yang baik la. Untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kepada B2B which is good for us but not for them! Nanti ingat macam tutup periuk nasik diorang pulak. But, its our responsibility to know this kind of 'story'. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur sudah. Duit pun dah jadi **** dah time tu. To late!!

Janji yang melampau-lampau - I think this kind of over promise SANGAT banyak terjadi kepada bakal pengantin. Can google and read all ex-b2b yang ditipu oleh vendor gara2 banyak sangat berjanji itu-dan-ini. Lagi2 dalam bentuk PROMOSI. Tolong JANGAN percaya 100%. Dengar boleh, percaya jangan ;P Do your homework girls. Timekaceh. (Kalau banyak sangat berjanji pun boleh jadi takut. Hihihi)

Banyakkan bertanya. Malu bertanya, duit melayang - Tanya orang ramai sama ada kenalan-kenalan online dan tanya juga otai! Di mana kita ingin mencari orang-orang sebegini? FORUM/group! Ya, melalui forum/group tanyakan tentang sesuatu vendor/pakej/promosi tersebut. Sekarang kan dah ada macam2 group dekat Facebook. Mungkin ada yang tahu dan pernah tertipu. Nasihat mereka amat penting demi duit kita yang kita akan laburkan. Lagi banyak maklumat yang kita dapat dari kawan2 lain, maka kita dapat membuat keputusan yang bijak. Pastikan kita tidak tertipu.
Kita kan ada group BBF. (I selalu jadi silent reader je. U ols share, I tukang baca. Keskes ;P)

Ada sesiapa nak tambah garam lagi? Hihih sila-sila. (Ini bukan mengumpat ini berkongsi cerita) Sekian. :P


p/s: Kalau rajin, lepas ni saya buat entri Tips Mengenali Si Penipu. Ngehehe bagus tak? Sharing is loving. Tungguuuu. ;)


14 comments:

  1. serius kali ni topik cik zimie ni...tegas benar die...bagus la sharing dgn kita semua kan..

    kak long dgr jugak bulan2 lepas ada yg sampai nak dekat majlis sume lesap kan, duit separuh tanah dah gadai kan...adoi, ingat senang ke nak buat kenduri kawin ni...perkara yg amat leceh sekali.

    nak pulak zaman sekarang, semua perlukan duit kan, nak barey pun nak byor tau kat tandas awam ok!

    so, kak long jugak nak nasihat kan kawan2 n kak long sendiri, kita kne bykkan servey n bertanyakan pada semua org mne yg dh pengalaman atau yg ada info2 terkini ke kan..sharing pada kita semua.

    jgn terus book, tanpa usul periksa company tu mcm ne k..nnt semua tu mcm ayor je mengalir nyer..kanz!

    so, take cre ye kawan2...thnks zimie sharing ;)

    ReplyDelete
  2. kaklong~survey jgn tak survey.penting dptkan review drpd ex-b2b atau b2b tu sndiri.maybe diorang ada idea kan pasal vendor2 yang reliable ni.goodluck preparing dear :)

    ReplyDelete
  3. i dgn my fiance kalo bayar ape2 msti nk kne bayar by hand to make sure nnt kitorg dpt receipt blk. xde receipt, kitorg xnk bayar. until next meeting baru bayar. tu pun ade 2-3 vendor yg receipt die takat receipt yg jual kat kdai stationery tu je. well, ade some of my vendors yg obviously tidak berdaftar. takut jgak but diorg la yg murah n creative. tp mmg susah kalau mcm ni. alhamdulillah bile i follow up dgn diorg still jawap dgn baik.. seriously, bende ni sgt scary. i mcm u gak.. RM100 pun bole menangis meraung.. sobs..

    ReplyDelete
  4. kan? isau btol lah..emi pon kadang2 isau gak zimie sbb emi dok jauh, pape urusan emi transfer jek payment on9..dulu penah kena rm250..seb bek booking cket, mcm kwn emi booking rm500..

    ReplyDelete
  5. uiks bahayanya.....nsb baik i da kawen....hihi

    pape pon hati2 tau dear...jgn mudah terpedaya dgn jnji2 manis vendor....ewahhh :P

    ReplyDelete
  6. bahaya skang ni..

    kiter penat2 cari duit..
    last-last diorg yang amik duit tu dgn best nyer..

    kalau mcm tu ..x nk la bayar depo awal-awal..

    takut la pulak..=)

    ReplyDelete
  7. huhu cedey wooo.. byk benda yg kite leh wat dgn RM2500 tu kan...

    ReplyDelete
  8. fira~receipt itu penting.yeah good point!i lupa nak highlight pasal tu.noted!! bahaya la dear if without receipt.macam2 boleh jadi.hitam putih tu penting.cakap mulut mana bley pakai sgt.(bunyik mcm i emo ek?agaga)

    emi~nasib tak byk sgt depo.itu sbb jumlah sikit kot.macam orang tu total 13K..tu yg kene depo sampai 2.5K..isk mintak la dijauhkan..amin

    nana~janji manis mu betul diorang ni kan.risauuu la yang.i belum pernah depo ape2.hehe

    gadis~kalau x depo kang melepas pulak orang lain dah amik.camno?hihi

    mimis~banyak woo.mudah2an kite ni semua dijauhkan drpd semua dugaan ini.ape pun kena beringat sebelum terkena! :)

    ReplyDelete
  9. tkt kan dgn dunia sekarang ni mcam2 bole jadi...tapi dgn adenya kwn2 yg caring mcm cik zimie ni tak perlu risau lagi..hehehe tq dear for the lovely info..

    ReplyDelete
  10. mintak2 dijauhkan drpd berjumpa makhluk Tuhan paling ban*&^% cmni..

    Zimie, cmner keputusan pasal dewan tu? dah setel ke belum?

    ReplyDelete
  11. amani~hehe sharing is caring and loving gitu.hati2 ye pasni.(nasihat utk diri sendiri) hoho

    hana~amin.risau gak kan.benda x dijangka.lum tau lagi keputusannye.kene tunggu isnin ni.nervous nyeeee!

    ReplyDelete
  12. 2500 tu sangggggat byk hokey... kalau saya ilang 10rgt pun pikir byk kali mane letak.. heeee.. cepat zimie wat entry care kenal penipu..

    ReplyDelete
  13. zimie..kwn nida dia kena 15k..org tu meyakinkan sangat..siap bawk jumpa family dia, ssm berdaftar, resit ada, siap join pameran pengantin..tp pas pameran pengantin tu, terus hilang..kena hati2 sangat..kadang2 ada yg guna2..so mudah je bagi duit..

    ReplyDelete
  14. maria~mau nages woo.tula jap2 nak buat lah ni.hehe

    nida~scary nye nida.15K!!!jahatnye org tu!!!ni yang zimie mcm scary nak men'depo'kan diri.huhu esok ni baru nak bayar depo dewan.wish me luck!!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)