Tuesday, August 9, 2011

3 in 1

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Disebabkan harini hari yang bosan. Call client pun tak berjawab utk buat appointment, CZ buat keputusan nak update blog. Update 3 point terus. (Muahaha. Eh siapa CZ tu? Its me cik zimie. Gedik tak korang rasa? Ok fine Tq :P)

Actually ada byk perkara bermain di minda. Stress juga pasal tarikh dewan. Nak share ngn korang jugak!! If yang pernah baca blog CZ pasal ni mesti tau pasal tarikh dewan yang sepatutnya keputusan diketahui semalam (Isnin) TAPIII until now si Mamat tu kata kene hold dulu-busy-tgh-meeting-dengan-client-lain. End up dia cakap dia akan call CZ by today. Ni dah masuk pukul 3 .30 ptg segala batang hidung bunyi pun takde dekat HP ni. Perlu kah saya marah atau cool aje. (Dalam hati membara2 ni) Sungguh tak tepati janji si mamat tu. Tolong la jangan berjanji itu ini. Ni macam rasa ya Allah dugaan nye nak menempah dewan kahwin ni. Buat kat rumah lagi bagus. Tapi tak boleh buat kat rumah atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Ya Allah di bulan Ramadhan yang mulia ni, Kau permudahkanlah urusan ku. Nak settle cepat. Sob sob. :'|

Then,esok pulak CZ nak ambik half day. Pagi2 buta me and familia akan ke office Felda tu kat Jln Semarak, KL untuk berjumpa dengan mamat tu. Dah buat appointment at 9 am. Actually dah buat appointment since Jumaat haritu. So esok ni terus jela pergi. Kalau boleh nak bayar depo terus sebanyak RMXXXX itu. Dah confirm nak bertentang mata dengan mamat-yang-agak2-lembab-buat-kerja tu. Ampunkan aku ya Allah kerana mengumpat kau. Tengah emo camni la.

Dan, CZ juga dah survey2 homestay sekitar rumah ni. Hasilnya sangat banyak homestay dekat2 area rumah. Cuma tinggal nak finalize dengan ibubape mana homestay terbaik, tercantik, terbilang dan terdekat dengan rumah dan dewan (Serius banyak songeh ini budak) Ada satu tu dekat Puchong. Sis Azura punya apartment yang ala-ala theme park tu. Nice gak. Harga ok sangat2 tapi sadly 1 unit. Kalau 2 unit, kira CUN sangat dah tu!! Heheh takpe2 banyak masa lagi nak survey. CZ juga dapat banyak hasil tangkapan homestay sekitar Putrajaya. Ada kat Percint 9, Percint XX (tak hengat) Hihih pelik jugak kenapa dekat area SK ni susah sangat nak cari hotel budget. Ala2 deretan kedai pun takpe. Kang CZ bukak bisnes hotel kang baru tau?? Huahua.

Lagi kisah contest. Dalam draft ni ada 2 contest yang nak dibuat. Contest Photobooth from Dba dan Contest Veil from Cik Lijah. Idea memang melimpah ruah (konon) tapi bila nak mengeluarkan idea tu, terasa kejung kejang je jarini. Wahai idea, cepat lah keluar daripada otak ni. Nak mintak advise ratu contest, Kina macam sogan pulak. Kehkeh. Okla pada sesiapa yang join contest tu, ALL THE BEST. Nanti CZ menyusul ok!!;)

Eh lupa pulak nak cakap TERIMA KASIH DAUN KELADI to Plain Jane sebab murah hati bagi voucher Milk A Deal. Walau tak menang, tapi dapat jugak hadiah tau (Jangan jeles). Tau tak CZ dapat apa? Ehem2..

RM28 instead of RM170 for a Physiotherapy Massage Session at PutraMedic Physiotherapy Centre, Seri Kembangan

Bertambah2 happy sebab dekat dengan rumah CZ. :P Bila lah nak pergi ni??? Best sangat!!! Rasa macam dihargai gitu. Timekacih PJ. Moga murah rezki kahwin awak. Sayang PJ kuat2!!! :)

15 comments:

  1. zimie...nk voucher tu boley??? hihi

    ReplyDelete
  2. zimie.. sabar zimie.. kalau kita banyak bersabar dalam bulan Ramadhan ni, berganda-ganda pahala kita tau.
    Ape2 pun hana doakan sumenya akan dipermudahkan ye zimie.

    Pasal homestay tu, kalau kita survey memang banyak pun.. dulu hana tak pernah terfikir kat shah alam ada homestay.. rupe2nya ada banyak. cuma pilih je yang mana2 sesuai..

    ReplyDelete
  3. zimie .. u cz .. ryn mz .. ok la tur .. xpe2 lagi bebkyk dugaan lg tggi pahala .. eceh ..

    ReplyDelete
  4. hana~boley je yunk.coz dapat 2 voucher.kte g sama2 keh?kihkih

    hana~tq sbb memahami.sobsob.tak sbr nak tuggu esok ni.cpt2 la setel.

    ryn~ahaks..mcm2 gelaran kan..byk pahala kan..amin huhu

    nora~tau takpe!!jom!!:P

    ReplyDelete
  5. ok lpas ni tak nak pgl zimie nk pgl CZ..auww..kelas gitu...hehehe...
    dear..byk2kn bsabar ok..u can do it..chaiyok2!!

    ReplyDelete
  6. all the best in the appointment CZ ! semoga semuanya ok-ok aja yaaa ! biasanya kalau deal dgn org cmtu, kite kena push dorg sket kan. takut dorg lupa. no matter what, we're their client, right? so they should treat us right no matter what. heee

    oh kite serupa lah CZ. hajat di hati memang nak je buat majlis kat rumah. tapi disebabkan sebab2 tertentu, kena buat kat dewan jugak. huu. dah lah kahwin budget kan. haha. tp syukur sy dpt dewan yang affordable area rumah sy. hee.

    :D

    ReplyDelete
  7. qis~hehe kelas uuu.thank u bebeh.doakan ye :)

    imy~i hope so!!nanti kene la die dgn i.geram tau client die layan gitu.

    yikes u buat dekat dewan pon ok.nanti pas kenduri,xpayah kemas rumah kan kan.hihi keluar tanduk;p

    ReplyDelete
  8. zimie nk carik hotel bajet kat area SK ke? umah zimie dekat x dgn mines? kat area mines ni ade hotel bajet.. sun inn.. die kat lot kedai la.. depan komuter serdang tu..ke jauh sgt? hehe

    ReplyDelete
  9. semoga urusan dewan zimie tu berjalan lancar, insyaAllah.. =) contest photobooth dba tu nida lum sempat nk join, yg lija nya lak, xsempat nk join..huhu

    ReplyDelete
  10. hi zimie.sabar k. tunggu lg..if the hall is meant for you insyaallah u will get it :)

    ReplyDelete
  11. zimie, mmg klau kait dgn dewan ni kena byk2 saba ye. hurmm, nnt jumpa dgn mamat lembab tu jgn lupa tibai. haha

    beshnya voucher. jeles

    ReplyDelete
  12. haish xsettle lagi eh dewan..eee geram kan..kalau i da marah kot..tp bulan puasa ni kan, haruslah bersabar..

    anyways, bestnya dpt hadiah gak untuk contest tu..congratz! i pun xtau bile nak pegi..hehe.. ;p

    ReplyDelete
  13. maria~opss tadi baru je lalu sebelah hotel tu.hihi tepat ape yang maria ckp tu.cuma jauh sikit la dari rumah.hihi dah jumpe dah homestay dekat putrajaya.nanti zimie update finding keh:)

    nida~dapat dah keputusan tarikh dewan!jeng3 ;p

    lisa~thank u bebeh.busy nye.lame x nampak u dekat blog ni. :P

    yati~sobsob.1st time nak deal ngn benda2 besar ni.haha tadi jumpe dah mamat tu.nak tibai tak sampai hati laks.baik budaknya.agagaga

    renee~dahh setel dah dear!!!baru balik ni.hihi nanti i update cite keh :)

    ReplyDelete
  14. contest dia org je ke??? uhukkk. joinlah contest akak sekali.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)