Monday, July 25, 2011

Lagu Sepoi-sepoi Bahasa..

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Actually saya takde benda nak update. Boleh tak macam tu. Penat. Penat. Letih. Penat. Letih. Menanti my OP tak bagi2 gambar tunang yang haritu. Dekat 1 bulan ++. Ok alasan nya, ramai sangat client dia. Maklumlah time tu bulan 6. Musim mengawan. Ramai sangat kahwin time tu. OP yang tengah nak meningkat naik. Macam tu la kan. Baikkkk.

Hujung minggu kami sekeluarga ke Sungai Petani visit the one and only Aunty sekeluarga yang menetap di sana. Saja2 visit sebab mengenangkan itu je time yang ada. Plus adik masih ada di Msia. Nanti dia dah fly ke us susah pula nak jumpa. Plus the one and only anak dia baru diterima masuk ke USIM, Nilai. So my adik konon-konon nak bagi semangat la tu. Anak dia si Syamim dapat course agama. Sesuai dengan kerperibadian dia tu. Ustaz moden ok. Aritu mak dia cakap boleh pulak menari gelek-gelek depan TV. Ustaz apakah itu? Hahah

Ape pun, memang respect dengan my aunty ni. Even dia tak kerja, husband tak kaya sangat kerja kat kedai hardware jadi kerani, tapi hidup mereka sangat bahagia. Anaknya insyaAllah bergelar Ustaz nanti. Bahagia hendaknya sampai ayahanda cakap "Bagus la aunty ni. Bila si Nazir (Uncle kitorang) dia keluar keje, dia salam tangan Nazir" Aku dah pelik2. Errr memang dalam Islam macam tu kan. Saling menghormati. Even Uncle aku ni 2 tahun lebih muda dari Aunty ku, tapi dia penyabar, penyayang, tak berkira, tak kedekut (walau muka tak hensem mana pun). Aku nak laki aku camni gak la. Boley tak? Sang lelaki ku, sila baca ini. I nak U macam my Uncle ni. Haha

Aunty ni la yang menjaga ku masa kecik2. Dia ni pembersih sikit sebab tu aku banyak terikut-ikut aunty aku ni (Bajet nak puji kau tu pembersih ke hape. Haha) Dia jugak yang jaga kami 3 beradik sepeninggalan parents ke luar negara selama sebulan. Hari2 masak kek. Letih agaknya melayan kami ni. Makan je koje. Sebab tu badan bulat. Oh tiba-tiba kenapa air mata bergenang. Sambil dengar2 lagu-lagu piano instrumental kat sidebar. Emo lebih kau ni zimie :')

Malam Sabtu sebelum pulang ke KL, sempat la aku dan my adik ni minta dia ajarkan cara-cara buat kek. Mula-mula nak ajarkan buat kek prun tapi kekangan masa dan masa terlebih mencemburui kami, kami kansel hal itu. Last2 masak kek batik je. Nyummeh. Senang je masak dia. Serius. Dulu buat keras kejung. Konon nak test market tangan ni. Haha. Dekat rumah aunty ni jadi lah pulak. Tak keras sangat. Tak lembik sangat kek batik dia. Suka sangat. Konon-konon perasan nak buat time raya ni. Kek bodoh2 boley la. Kek susah2 malas hambe. Ya Allah apa nak jadi si zimie ni.

Sempat jugak la masa ronda2 kawasan SP tu, pergi ke Tesco. Ce teka beli ape. Ce teka. Ce teka. Tak pepasal TERbeli lulur. Korang tau ke ape kebenda lulur ni? Agagaga lulur ni dalam bahasa omputihnya scrub. Ni gara-gara terpengaruh dengan post Amy haritu. Memang nak beli lulur pun. Bos pulak advise suruh pakai awal-awal sebelum kahwin. Haaa so masa tu jenuh nak cari lulur SARI AYU. Tapi tidak dijumpai nya. Last2 beli lulur PUTERI BINARI. Bajet lepas pakai jadi lah puteri santubung ke puteri gunung ledang ke. Haha akak tu lah promot bagai nak rak. Siap aku tanya akak tu "Bagi akak kan, lulur mana yang best dan berkesan? " So inilah hasilnya. Terbakar wang sebanyak RM13.00. Cantik punya pasal. Nasib tak mahal sangat. Masih sesuai dengan tangga gajiku.

Pakai 2 kali je. Kesan nya? Lembut nya kulit ku. Rasa ala2 kulit baby gitu. Ok mak perasan lagi sekali. Iyelah sebab lulur ni lulur SUSU BERAS. Oleh itu, macam mandi susu je rasa kan. Padahal tak pernah mandi susu pun. Bila dah baca review akak NoAini, makin semangat nak pakai lagi dan lagi. Gian ke hape nak scrub satu badan. Haha katanya pakai seminggu sekali pun dah bagus. Ok nanti kalau dah dekat setahun pakai, mak bagitau kesan dan kebaikan lulur ini ya. Nak dekat2 kahwin ni pandai pakai lulur. Dulu haremm. Ingatkan lulur ni tok orang2 dah kahwin je. Kehkeh. Sungguh lampi nye saya.


p/s: Korang nak dengar lagu-lagu-ala-ala-feeling-sepoi-sepoi bahasa-instrumental-piano boleh dengar dekat saya punya minipod hijo dekat sidebar. Jangan lupa klik play. Bukan saya yang compose. Saya suka feeling diri sendiri je. Haha Till then. Bai.

9 comments:

  1. nora dulu pun dapat lambat gambar tunang. sabar je la :(

    ReplyDelete
  2. i da dpt da pic dr OP utk wedding hr tu...hehe

    btw nk rasa kek batik yg u buat nnti :P

    eh lulur tu mmg bagus tau...i dr dulu amalkn & suka dgn bau dia yg fresh :)

    ReplyDelete
  3. nora~sobsob i follow u la plak.

    nana~eee saje je tau nak jeleskan i,bweeek ;p haha

    nanti raya, dtg k beraya umah i.hehe

    serius nana pun pakai PB.yeay ade geng.sedap sgt kan.lepas lulur pastu mandi.lembut je tubuh badan ni.bau pun wangi.hihihi

    ReplyDelete
  4. lulur.. noted. nk bli balik kje ni.. xde kje la kate kan.. =P

    ReplyDelete
  5. hehe. comella zimie!!

    amy dulu gambar tunang bulan dalam sebulan lebih baru dpt. lepas tu album tak cantik. membara je.

    lulur puteri binari amy tak pernah try. nanti nak try laa. kat kedai amy selalu beli tu tak sampai RM10 pun. hihi. btw, amy pakai je lulur tu almost every day. haha. da buat macam shower foam plak. ;p

    ReplyDelete
  6. fira~ekeke cuba la ye.best sgt.excited je i yang 1st time ni.;p

    amy~ala jangan la camtu.risau nye gamba zimie cane la kan.hukhuk.

    lulur sari ayu pasti zimie akan cuba gak.tak kira.kena tunggu lulur puteri ni habis.hihih kemain amy guna hari2.tapi memang bagus pun guna hari2.confirm cepat berhasil dan bertambah2 lembut kulitmu.;p

    ReplyDelete
  7. qis pun tak pernah try lagi pakai lulur ok psni rse mcm nk try plak lpas bce entry zimie ni hehe..
    rse macam ble nk btunang nk kwin br nk cari sume bnde alah ni kan..qis br2 ni first time pakai face mask sgt jakun di situ hehehe...

    ReplyDelete
  8. rajinye berlulur, makin putih gebu la zimie! nak dekat wedding nnt kene gi SPA pulak kan....

    ReplyDelete
  9. amani~hehe mari2 try beramai2.baru je lepas lulur pagi tadi b4 mandi.rasa mcm taknak sabun badan je takut bau lulur tu hilang.ekekeke jakun kan kite.dekat2 kahwin baru nak menyibuk hal2 kecantikan ni.dulu wat tak endah ;p

    ieda~harap2 la gitu.hehe yup semestinya spa lepas ni.:)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)