Thursday, July 21, 2011

Kenapa Kad Kahwin dia begini?

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
Oleh sebab hari ni Hari Khamis yang sejuk. Bukan sejuk salji tapi sebab hujan kat luar tu. Suka gila after all those days yang panas-sampai-saya-mahu-demam-mengada-ngada.

Masa lunch, tak ke mana-mana. Konon nak tidur dalam ofis tapi takley pulak. Meronta-ronta nak Google idea kononnya. Suka google benda2 yang tak masuk dek akal. Ngahaha. Kali ni, I just google a few things pasal wedding (of course la kan). Saya TERgoogle kad kahwin. Walau kahwin lambat lagi, pedulik hape saya. Ngeh.

Now jum kita rongeng2kan mata dengan kad kahwin yang indah lagi unik ni. Nak buat taklah kot. Maklumlah budaya Malaysia ni mana pernah tengok benda peliks2 ni. Kang Mak Bedah berkata-kata sampai kita rasa nak lempang beliau laju-laju dan print atas kertas keras biasa yang harganya doploh sen sekeping.

Inilah kad kahwin yang pelik-pelik tu.

Ala-ala Star Wars pun ado. Hihi


Bertemakan games 80's Atari. Games apakah itu? Saya juga tidak mengerti. Masa tu kecik2 lagi. Masih dalam buaian. Kehkeh.


Serius???Design macam ni pun ada gak???Kreatif gila diorang ni.


Full of picture of bride and groom. Ada sapa2 nak buat ke??


Mentang-mentang sekarang dunia cyber-IT-teknologi tinggi. Macam ni pon ada. Soooo unique!!


Entah kenapa saya suka yang ini. Ala-ala 3D card. Nak buat mahal pulak!!! Ngahah

Sumber : Encik Mark

Ok till then. Nak sambung buat kerja. Nanti bos marah.

23 comments:

  1. unik!

    tp yg last tu cantek laaa...suka pulak tgk :)

    ReplyDelete
  2. suke..unik..lg2 ayat computer tu kan..so canggih..

    ReplyDelete
  3. sweet gile zimie.. yg dell tu unik..

    ReplyDelete
  4. suker2...tp kita org melayu, tetap akan buat ala2 melayu..tak leh la nak lari kan..

    melayu tak hilang dek zaman...cewah....=)

    ReplyDelete
  5. kad kahwin pelik2 ni..huhu
    paham ke orang yg dapat tu..hehe

    ReplyDelete
  6. 3d card dah ada kt malaysia. kugeeku wat xsilap. cantik !!

    ReplyDelete
  7. unik sangat.. kalau zimie nak try buat kelainan.. boleh je kan. nanti jadi ikutan.. gempak tu.. zimie, yang 3d tu dah ade dah... hana pernah buat kat entri hana dalam minggu ni jugak.. ^_^

    ReplyDelete
  8. suke yg game-based card tu.. (ehhe mentang2 kaki game kan).. dorang kat sane sempoi je kalau bab kawen2 nie.. huhu.. kat sini kalau nak sempoi2 confirm kene reject parents atau dikutuk oleh makcik2 yg mulut jahat.. haha ;p

    ReplyDelete
  9. nana~me too likey.hihih geram lak tengok.

    kina~ayat yang berteknologi tinggi ;p

    maria~tau takpe.dia buat kad.pastu design laptop.comel sgtttt hehe

    kaklong~of course!!haha time saya camno lah nanti kan ;p

    wanie~ontahlah paham ke tak.buat dalam melayu paham kot.hahah

    ReplyDelete
  10. nora~serius nora?mesti mahal kan?hua hua

    hana~mane???ok jap nak ushar.hihih

    renee~tau takpe my twins!!haha mengada je mulut2 makcik bedah tu.buat kad biase2 sudah.taktau u kaki games.samo lah kite.(sibuk gak nak sama2)hahah

    ReplyDelete
  11. harus sama sbb kite twins gitue kan..haha ;p

    yeay hi gamer *high five* ngeee...

    ReplyDelete
  12. ai nyer kad kawen yg ada gambo keta tu pun org dha ckp pelik2 n ada yg kata mengarut2 ....ni kan lak cenggini....ikoot hati tu hari mmg nak buat melampaui batas skit..tapi tu la...matikan je plan tuh hahahha

    ReplyDelete
  13. macam2 design kad kawen skrg..kreatif betul..:)

    ReplyDelete
  14. renee~haha tak pepasal twins dgn dato' ;p

    hani~oh gambo kete ok lagi yang.mesti nice kan???haih biasela org lain mana boleh tgk kita ni senang atau wat benda pelik2.budaya melayu memang gitu.eh tetibe i pulak nak emo.ekeke

    intan~haah macam2 dear.teringat kad kawen zed zaidi guna interface facebook tu.kreatifnye kan.hehe

    ReplyDelete
  15. kreatif! tp kalau nk buat gmbr bride n groom tu mesti mahalkan? =)

    ReplyDelete
  16. wat mcm last je la..nice sgt

    ReplyDelete
  17. kalo atok & nenek kat kampung dapat kad nie, pening kepale diorang hu..hu.....

    ReplyDelete
  18. tqah~tak jugak kot.nape berminat ke?meh la buat gitu.hihi

    mia~kan kan 3D tu.:)

    ieda~pening sesangat dear.terus takmo dtg majlis nanti.hihuu.

    ReplyDelete
  19. unik gile n ade gak y pelik huhu..tp btol lah mcm zimie ckp kalo kite wt y pelik2 kang sampai 7 keturunan org xabes ckp lagi kad kawen pelik dr org huhu

    ReplyDelete
  20. pelik..tp menarik tapi still x bagus..huhu..:)

    ReplyDelete
  21. unik!!!

    ni la antara cara nk bg org ingt wedding kita.
    lain org lain taste dia...kn?

    Linked urs!

    ReplyDelete
  22. cik emie~setuju dgn anda.hehe tak pepasal cucu cicit kite mengata pasal kad.tapi ok pe.tu tanda ingatan gak.hahah positif gile.

    zatie~pelik sesangat.hehe

    laughinthekitchen~hai.nak panggil apa ye?hehe.betul tu.cuma nak buat pelik2 gitu takla kot.paling teruk pun 3D.itu masih boleh diterima masyarakat kot ;p

    ReplyDelete
  23. Kad kahwin star war pun ada ke huhu...kreatif2 semuanya

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)