Friday, June 24, 2011

Setel dah Kursus Kahwin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Disebabkan semalam i dah emo. Harini tiba la masa untuk menjadi cargas dan bersemangat!! Cepat nye hormon kau berubah?biase la tu.blame PMS.hohoh

Sekarang ni saya cuma belek2 list lah apa yang perlu dibuat. Haritu encik tunang pun ada bagi checklist yang beliau dah print. Tapi hardcopy jela. TQ sayang!! Saya juga pergi ke www.setelkahwin.com konon2 boleh la tau apa yang dah selesai dibuat kan? So yang dah selesai hanya 1 daripada 56 tugasan (1/56) iaitu kursus kahwin. Takpe2 banyak masa. Lalala pergi kursus kahwin masa tahun 2008 ok? Hahahahh bukan gatai (yekeeeee) nak kahwin tapi kebetulan UIA ada buat promo. RM35 seorang. Budget wooo masa tu. Mana yang boleh setel awal2, layankan aje. So saya dan encik tunang (masa tu boyafren je) pergi la terhegeh2 dengar cermah dan kursus kahwin itu. Saya pon dah tak ingat apa inti pati kursus tu. Tapi kelakar la ustaz tersebut. Buku dan fail diberi, kene belek2 semula (mana ntah letak) ;p Rugi lak tak ingat hape. Time tu gelak2 je ingat. What a loose!! Perlu pergi lagi sekali ke???

Nahhhhhh, lagipun sijil kahwin tu LIFETIME. Boleh pakai bila2. Rasanya tak perlu la nak pergi lagi. Cuma sekarang ni just nak brush up my mind tentang perkara2 dan hal2 selepas perkahwinan. Nampaknya kene la berguru atau menambah ilmu dari buku atau majalah. Ehem. Maklumlah dah nak start jadi isteri orang. Agagaga gelaran ISTERI??? Aku tidak percaya! Sudah2 la tu zimie oiii. ;p

Oleh itu, ada perlunya kita menambah ilmu di dada. Sekarang ni dah kena start beli majalah WANITA la kot. Rasanya situ ada macam2 jenis ilmu tentang rumahtangga. Dulu zaman muda2 remaja, selalu tengok Bonda yang beli. Aku pun tumpang nyibok membaca. Ngeh. Nah sekarang hambek ko! Aku plak yang kena baca. Baik mak. (-_-') Dan selain tu, kena beli majalah HARMONI (sapa tau sapa tau??), majalah KELUARGA errr rasanya tu je kot. Ada lagi tak?? Ngahaha asyik2 beli majalah PESONA PENGANTIN, RATU SEHARI je. Sampai pala ni naik jem tau fikir pasal wedding prep. Emosi pun tak stabil. Ke sebab wedding kau lambat lagi? Hihi

Banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh dapat kalau kita membaca ni. Bak kata pepatah Melayu "tuntutlah ilmu sehingga ke negara China". Aku tak. Aku nye "tuntutlah ilmu sehingga ke lubang cacing" Macam pernah dengar jek. Hahahah

Apa pun, ilmu dan amal seiring. Jangan pula dah baca, tak amalkan pulak. Sah2 macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Apa pun tak dapat. Ni pun reminder untuk diri sendiri juga.Peace!

Selamat berhujung minggu u ollsss!!



p/s: Ada projek this week. Best tapi menstresskan diri. Grrr

p/s2: Lijah!! Nanti zimie post ye. ;P (tetiba) Bai.

7 comments:

  1. Samelah kita... dah lama attend kursus kahwin.. masa belajar kat IPG.. sebab fikir, sijil tu takde validity,sampai bila2 pun masih sah. kalau tunggu dah kerja, takut bz pulak nanti... so sekarang, senang.. dah ade sijil kursus kahwin.. boleh proceed benda2 lain kan.. ^_^

    ReplyDelete
  2. murah gile.baik i g nyamar masuk UM je aritu dpt murah haha.i buat kat ttdi 80+10 = 90 total 2 org 180.phew.

    ReplyDelete
  3. hana~kan kan.tulah best je.org lain sume rm80.tak pepasal kite dpt rm35 je.hihik jimat wooo.

    lisa~haha UM pon ade offer gak ke??mak oii seyes mahal kt ttdi.tgk kawasan la kan.kata elit kottt.hoho

    ReplyDelete
  4. walopun da g kursus kawen..aku still x amik lagi sijil..harap2 orang kat pusat kursus kawen tu x burn aku punya sijil..
    haishhh..

    semua x prepare lagi..adesss...

    ReplyDelete
  5. hi zimie..salam kenal dr kak mia

    "sebenarnya betul//sblm berkahiwn lg, kena buat persediaan ilmu alam rumahtangga sbg mentally sedia....,"

    follow & link ur blog

    ReplyDelete
  6. hikhik..awalnye g kursus kawen..
    tp mmg murah la rm35..
    bebaloi2..boleh ke klu pegi byk kali?wee

    ReplyDelete
  7. menn~haip g cepat2 amik.nanti diorang burn sijil tu.haaa sape nk jwb ;p

    kak mia~haiii kak mia.thanks!!memang tgh beria prepare mental ni.nak tinggal kan wed prep dulu.hehe

    wanie~awalllll.tula best kan murah.kebetulan je tu.skrg sijil dah ade kt tgn akak.tggl nikah kawin je.hoho

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)