Wednesday, May 4, 2011

Idea Honeymoon : Singapore

Ahaks. Perlu ke buat tajuk ni? Ok ya saya gedik. Haha!

Tajuk ni dipilih sebab saya baru je selesai company retreat selama 4 hari di
Singapore a.k.a kota Singa. Yay! Kerja tapi pada masa yang sama sight seeing pada hari last day sebelum pulang ke tanah air. Apa yang saya boleh katakan Singapore memang best, bersih dan marbeles! (Ya saya jakun)

Masuk je Singapore, terasa macam pergi Europe. Ok sebab utamanya, cuaca sejuk dan hujan melanda kawasan. Kedua sebab pemandangan, signboard semuanya dalam English. Oleh itu, terasa macam berada kat UK. Lalala. Sebab ketiga, bandarnya yang moden baik dari segi bangunan, kereta, rumah dan shopping complex (of course!!! tapi tak sempat nak masuk. Tengok dari jauh jela)

Ok malas nak cakap banyak. Just nak list kan tempat2 menarik di Singapore yang boleh dikatakan WAJIB untuk dilawati dan tips2 nak shopping di sana.


Arab Street
Tempat shopping souvenier, fridge magnet, t-shirt, key-chains, beg, dan bagai lagi. Kawasan ni bersebelahan dengan Sultan Mosque. Kat sini juga terdapat Murtabak paling famous di kota singa ini. Murtabak Singapore yang nipisssss! :D(So far, ini je tempat yang dirasakan murah untuk shopping2 t-shirt, keychain dan fridge magnet Ada tu jual 5 ketul keychain dengan harga SD 10. Bagi saya murah. Kualiti pun ok. Macam RM10 je tengok. Tu yang rambang je mata. Haha)


Sim Lim Building
Tempat yang famous dengan
barang2 gadget!! Macam handphone, camera, computer, laptop dan barang2 IT yang lain. (Yang ni makcik tak sempat lawat. Tengok dari jauh je) Sila bawa
duit banyak2 ye untuk shopping ini semua. Ahaks!


Universal Studio Singapore (USS)
Yang ni adalah salah satu tempat percutian terbaru di Singapore! Dibuka pada tahun 2007. USS adalah
taman tema yang pertama di Asia Tenggara dan yang kedua di Asia selepas Jepun. Hebak2. Tak payah pergi Jepun. Pergi Singapore sudah. Ngehe Yang ni pun belum sempat terjah. Boleh juga klik sini untuk info lebih lanjut. Ada Madagascar Hunga hunga I like to move it move it, Shrek, Jurassic Park Lost World. Weee :D InsyaAllah nak pergi USS nanti. Boleh la buat review. Wait and see~~


Marina Bay Sands
Ini pun salah satu attraction terbaru kat Singapore. Dibuka February 2011 yang lalu. Apa itu Marina Bay? Di sini terdapat hotel, casino terbesar milik Las Vegas Sands USA, dan Skypark. Hotel kat sini paling murah SD500 semalam! Mahal !! Ok casino kat sini pula kalau tourist nak masuk FREE tapi untuk Singaporean, kena bayar SD100. Of course nak bagi tarikan pada tourist. Ehe tapi we ols tak masuk la kan. Isk3 harem! Skypark Marina Bay ni paling best. Duduk di atas sekali. Tempat untuk melihat pemandangan dari atas. Kemasukan percuma. Yeai! Dapat la tengok view dari atas. Ni best kalau ada camera 'canggih' . Makcik tak bawak camera. Snap gambar dengan SE770i handphone je. (-_-')


Singapore Zoo
Teringat GM kat sana cakap "Don't forget to visit Singapore Zoo". Ok fine. Macam tau2 je i suka haiwan. Ngehehe. Sempat curi 'brochure' pasal Singapore Zoo ni. Yeai. U ols boleh Google sendiri ya.


Chinatown
Ini pun lebih kurang macam Arab Street. Jual souvenir, keychains, etc. Paling best kat sini sempat rembat perhiasan untuk almari kaca iaitu loceng dan tempat letak pencungkil gigi (tak tau namanya apa) Khas untuk Ayahanda. Haha. Harga pun murah 3 for SD10. Yeai. Kat sini juga adanya jual key chains, 36 for SD10!! Ok murah!! Tapi saya tak beli coz takut beg tak muat. Grrrr.


Harbourfront
Sebenarnya tak berapa pasti kat mana tempat ni sebab tak sempat nak jalan2 area ni. Tapi katanya kat sini perfume murah!! Makcik lak kureng sikit perfume2 ni. Beli 5 tahun sekali. Ngahah. (thanks to Narz for the info) :)


Tips ke Singapore:
  • Kalau naik MRT, boleh beli Tourist Pass yang berharga SD8 for 1 day. Boleh interchange kat mana2 stesen. (thanks to Narz for the info) :)
  • Untuk penjimatan kos, stay di hotel di Johor Bahru. Kemudian, travel ke Singapore. Tapi kalau tak biasa, boleh stay di Hotel Grand Central. 3 star hotel. Lebih kurang SD150 per night. Hotel ni berdekatan dengan shopping complex!! Dekat dengan Orchard Plaza, Orchard Central dan pelbagai shopping complex yang lain. Ada 4 kot. Haha.
  • Boleh sight seeing di sekitar pejalan kaki pada waktu malam. Aww romantisnya. Sebab sini tak sebahaya kalau kat Malaysia. Ahaks macam durhaka pula rasanya.
  • Makanan? Di setiap Basement Shopping Complex terdapat makanan untuk Muslim. InsyaAllah HALAL sebab ada logo MUIS Certified. (Sama macam JAKIM kalau kat Malaysia) Tapi kalau rasa susah sangat dan tak lalu, makan je Fast Food sebab ada juga logo MUIS.

Itu sahaja laporan untuk hari ini. Terasa cam panjang lak. Haha 4 hari punya info daa. This vacation is recommended for newly wed couples. Enough said. ;)

Hai nama saya Zimie ;)


Bentuk kapal = Marina Bay Sands
(Pertama kali menunjukkan bentuk badan dan muka secara terang-terangan*malus*)


p/s: Mari mimpi beramai2. Weeeee!

9 comments:

  1. kakak kita every year mesti ke singapore.. tapi kita tak terdetik lagi nak ke sana.. padahal kampung kat johor je.. kalau nak pergi, boleh sangat.. banyak jugak tempat2 yang boleh pergi kan...

    ReplyDelete
  2. sunshine~yes dear.boleh try melawat sana.bestttt nak pergi lagi.nak melawat USS plak.haha (macam takde tempat lain je nak pergi) :D

    ReplyDelete
  3. zimie..ada bawak balik ole2 x?heheh

    ReplyDelete
  4. nida~ada dear.banyak lak tu.tapi semua bonda dah kebas.ekeke takpe2 nnt bulan 6 nak pergi lagi.time tu borong habis2an.hihi ;)

    ReplyDelete
  5. hai zimie hehe...
    USS wajib pegi tau hehe...
    memang best giler hehe...

    ReplyDelete
  6. ja~da agak ja.kamu mesti dah pergi.nampak madagascar kat picca tu!!hihi jeles

    dba~hehe ape lagi dba.kumpul duit.pastu holiday sini.yay ;)

    ReplyDelete
  7. sy duduk johor je...
    tp x penh g singapore pon...
    sbb tgk dr danga bay,dah nampk singapore....
    rs cm dekat sgt...
    huhuhu

    ReplyDelete
  8. ekin~selalu memang macam tu.yang duk dekat tak g.yang jauh yang over excited.haha.kite nye kampung pun kat jb tapi tak pernah jejak kaki ke singapore.huahua

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)