Wednesday, May 11, 2011

Dewan dan Tangguh Tarikh Tunang

Assalamualaikum, baa baa cak! lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ok dah beberapa hari rasanya tak post entry baru. Eceh baru sehari je dah kecoh. Ada ke yang baca blog saya ni?bweeekk

Sebenarnya semalam serius takde mood nak DIY hantaran. Kenapa entah. Oh saya rasa saya tahu. Saya macam takde mood. Maybe sebab haritu period. So PMS datang menjelma. Nak sambung buat hantaran pun takde mood. Kebetulan jarum peniti pula lupa nak beli. Makin tambah2 malasnya. Hari ni pun malas juga. Tadi baru je jawab 'stress management' daripada b2b cik kina. Buat dah test.Nasib baik stress ku masih di tahap medium (masih boleh dikawal lagi) Cuma sejak akhir2 ni memang stress la. Ok blame PMS. Grrr

Dan semalam disebabkan tak boleh tidur, sempat la survey2 harga untuk sewa Dewan di Putrajaya. Guna pakcik Google je pun. Rakan sekolahku bernama Nadiah OJ kata Dewan Seri Siantan tu reasonable. Tak sure la pula. Mari saya listkan nama2 dewan yang ada di Putrajaya. (Katanya kena booked setahun atau 6 bulan lebih awal sebab dewan kat Putrajaya ni sangat HOT STUFF macam pizza thin crust! Baikkkk takde kene mengena) Saya memerlukan dewan 1000pax. Tu jemputan ibubapa la. Saya nye amik 100-200pax je. Yang lain semua rakan2 ibubapa. (-_-')
  • Dewan Seri Siantan (1000pax) - RM4500 (tak boleh bawa catering luar)
  • Dewan Siantan 1 & 2 (500pax) - RM2550 (tak boleh bawa catering luar)
  • Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik - RM1900 (berminat dengan yang ni, cantik di gambar, cuma saiz dewan 'kecil' sikit. Takpe takpe. Nanti nak pergi tengok. Ada blogger kata, boleh muat 1000pax. Tapi time sanding pack)
  • Dewan Seri Endon (1000pax) - RM5000++
  • Dewan Puspanita (1000pax) - RM5000++
(Ini berdasarkan maklumat yang didapati daripada Internet, kena tanya pihak pengurusan untuk kepastian di mana saya tak sempat2 nak call mereka)

Rujukan : Sini

Ok done part survey dewan. Oh ya. Seperti diberitahu kepada geng BBF pada yang perasan la post cik syahira tu, memang betul la tarikh pertunangan ku telah ditangguh kepada sekian tarikh. Dugaan apakah ini? (>.<) Ditangguhkan atas sebab2 personal yang tak dapat dielakkan. Memang dah agak dah. Cuma memula tau tu, terkilan, sedih, marah. Ikutkan ni dah 2x bertukar tarikh. Camne la tak sedih? Entah la susah nak cakap. Maybe perempuan ni emosi dia lain sikit. Kalau cakap kat lelaki, mesti dia buat dek je. Relaks cool je. Adakah aku yang terlebih emosional di sini? Apa pun semuanya dah diselesaikan secara baik. Saya dan keluarga terima dengan hati yang terbuka.

Bak kata sang lelaki "Tarikh tu takde benda sangat, yang penting berkekalan"

Baik yang. Sobs3. Memang betul pun. Lega dengar penjelasan daripada beliau. Kadang2 memang best ada 'lelaki' kat sebelah sebab kata2 mereka ni sangat la realistik. So, yang aku nak emosi sangat ni apesal? Ok salahkan PMS lagi.

Harini gagal lagi mengDIYkan hantaran. Mood hilang. Tak tau tertinggal kat mana. Huu. Wahai mood sila la hadir!


p/s: Tadi masa maghrib tidur 2 jam. Tak tau kepenatan sebab apa. Stress agaknya.

23 comments:

  1. so blh la dtg wedding i??? hahahaha

    eh2 i sgt suka dewan sri endon...sgt cantek :)

    ReplyDelete
  2. nana~boleh je yang.kalau nana buat kat kl confirm i datang.hehe yeke sri endon cantik?tak pernah pergi lagi dear.tengok kat gambar besar gila dewan, macam boleh masuk 2000 org! hehe

    ReplyDelete
  3. dulu abg hana kahwin (masa resepsi perempuan) kat situ jugak.. tapi tak ingat lah dewan ape.. tapi besar jugak dewannya... =). nanti kahwin buat kat dewan?

    ReplyDelete
  4. hana~dewan apa ya?nak tau jugak! *nyibuk* hehe haah dear.buat kat dewan.rumah sempit.susah nak letak khemah2 tu semua.

    ReplyDelete
  5. dewan sri endon mmg marbeles!!:)tp rupanya rm5k++ *pengsan*

    alahai sayangku..sabar yek:)insyaALLAH kalo dh jodoh x kemana kan??

    ReplyDelete
  6. rasenye bile peod mmg ngantok kot..hehe..tp mlm jd aktif blik..bile leh tgk DIY ni?hee

    ReplyDelete
  7. Penah buat dinner kat Dewan Seri Endon. Memang besar dewan tu. Lepas tu dia ada tingkat atas untuk bilik pengantin

    ReplyDelete
  8. yes zimie, lelaki lebih cool dr perempuan sbb perempuan lebih emosi. Yg tu mmg sy akui sgt2..huhu...

    ReplyDelete
  9. dba~yeeee 5K.*pengsan gak* tak sanggup mak.try cari dewan yang lain.seri endon adalah last choice.muahaha.thanks dear.sesama doakan ye ;P

    wanie~sepatutnya ngantuk.tapi malam tu apesal entah.DIY belum ada mood.nanti la.tunggguuuuuu hehe

    rilla~serius ke rilla?wah mecam best je kan.tengok la harga dia macam mana.*nangis*

    kasut pink~kan??senang je jadi laki.perempuan ni sikit2 emo.penat gak kadang2.huhu

    ReplyDelete
  10. btw,gila mahal kawin kat dewan.hohoho.br sewa dewan,belum makannye lg.gile pengsan.huhu

    ReplyDelete
  11. zimie,biasala tu kan.perempuan.emo.hehe.sbr la ye.ade hikmah disebalik semuanya.i dlu pun nangis2 tgk kawan i tunang hahaha.terus laju2 bf i risik dan tunang lepas tu.lol

    cheer up!

    ReplyDelete
  12. lisa~haha siap nagis2 tak tahan.i nagis dalam hati je.cover2 hehe.yup2 ada hikmah di sebalik ini semua.i am strong enough to handle this!eceh

    memang mahal la dear!!tengok la dewan mana.benci je kan.makanan of coz riban riban.huhu have to find another option.UPM maybe.huhu

    ReplyDelete
  13. hehe dewan kat putrajaya memg mahal2 tapi berbaloi sebab cantik kan dear...emo itu memg perempuan .hehe. mengaku. jadi lelaki kena bersabar .hee

    ReplyDelete
  14. put~hehe cantik dan mahal kan put?tengokla camne.baru survey2.belum buat keputusan hehe.lelaki kena byk bersabar dengan perempuan emo macam diri ini.hihi

    ReplyDelete
  15. zimie:sabar ye..lala pn rasa ape yg zimie rasa..cume sang lelaki zimie ade rasa tanggungjawab ke arah itu dr "encik gomok" lala spt angin terbang..lg sakit hati..jd lala pn ambik keputusan diamkn diri..munkin ade hikmah yg tersembunyi kita blm nampak..

    ReplyDelete
  16. ana~thanks ana.haah lelaki ni malas nak fikir banyak2 kot.serabut fikiran diorang agaknya.berdiam diri adalah lebih baik.tapi jangan sampai bermasam muka sampai tak ke sudah.nanti apa pun tak jalan.hehe

    ReplyDelete
  17. ooh..zimie wat kat dewan ek, bagus gak..nnti senang setel sume kat dewan, xda penat2 kemas umah..hehe..
    tarkh tunang tangguh eh zimie..xpe...jodoh xkemana...tarikh xpe zimie, yg penting, berkekalan =)

    ReplyDelete
  18. same la kene tangguh pulak tunang..waa sedihnya :(

    ei,uu..u duduk area gombak ea,gombak kt mne? :)

    ReplyDelete
  19. nida~hehe wat kat dewan je.rumah tak muat nak memenuhi ruangan tamu.ekeke tuhla sedih je kena tangguh.janganla bertangguh lagi.sobs.

    lyana~hai lyana.yeke sama ngan i.sedih kan?sobsob.nak tarikh cantik tapi tak dapat ;(

    eh takla dear.mana ada i cakap duduk gombak.i duk seri kembangan.hehe nape dear?

    ReplyDelete
  20. dewan sri siantan tu rm4500, xtermasuk charge katering eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kalau tak salah saya, memang tak termasuk katering..

      Delete
  21. Dear, dewan seri seroja tuh u ada x contact number or bagaimana nak book dewan tuh? price tempah dewan tuh berapa eh?and boleh bawa caterer luar kan? tq. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde no fon dear.cuba u try google.rasanya boleh bawak masuk caterer luar..

      Delete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)