Friday, May 6, 2011

Cake In A Jar (Rakanku Penyelamat Bumi)

Assalamualaikum, baa baa cak! lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sila baca dialog di bawah ni. Arahan tu. Haha. Mari kita mulakan drama ini. Eceh eceh.

"Gend, ko buat apa tu? Aku nak order kek dengan kau boleh tak?" Namanya Diyana tapi kami rakan2 sekolah panggil Gendut. Seorang yang suka memasak. Suka post kat FB pasal kek dan roti yang dibuat. Masa belajar ambil kimia. Tapi bercita2 menjadi chef kimia. Eh bukan. Chef memasak.

"Untuk apa? Bila?"

"Bulan 6 ni. Nak buat hantaran tunang. Takpun apa2 la makanan, kek atau cupcakes yang kau boleh buat. Ko rasa apa yang senang nak buat?"

"Kau Google gambar Cake In A Jar. Unik sikit dan senang nak handle" Ape ke benda la cake in a jar ni. First time dengar.

"Oh yeke. Ok nanti aku Google. Btw ko jangan hebohkan dulu pasal aku tunang ni. Nanti satu dunia tahu. Malas aku nak jadi artis buat Press Conference. Haha"
.
.
.
.
.
.
Dah Google!!! Hasilnya sangat best. Cuuuuuuuuuuute sesangat dan unik sekali cake in a jar ni. Pada masa dan saat ni terasa nak je peluk si Gendut ni. Hugs you bebeh! Kau la penyelamat bumiku. Muah3x! Ngehehe

Cepat2 SMS beliau "Aku tak sangka cake in a jar sangat cute!! Jatuh cintan ok!"

"Mana nak beli jar ni?Kalau boleh nak yang murah"

"Haha. IKEA kan ada. Aku nak!! Ko nak buat perisa apa?" Amboi laju je. Aku pun taktau IKEA ada jual ke tak. Hantam saja. Haha over react.

"Kau la suggest kek apa, mana aku tahu. Kang letak cinnamon, kacang kau tak suka" Hahahaha! Adoi terasa di situ. Ya aku memang tak suka pun kek yang mengandungi cinnamon,kacang,almond, etc. Pelik tak saya?(-_-')

"Kau buat la kek Vanilla as long as putih. Pastu letak toping strawberry ke, chocolate ke?"
.
.
.
.
.
.
Inilah contoh Cake In a Jar. Cute kan? Buat door gift pun boleh. Tapi saya buat untuk hantaran tunang. Beri kat pihak lelaki. Untung la mereka yang dapat. (^_^)

Kepada yang minat nak buat kek ni atau get idea, boleh ke sini je. Ada cara2 nak membuatnya. Slurpppp malam2 ni makin lapar la pulak! Haha Yummehhhh ;)

Memang cute sesangat. Kan kan? :D




p/s: Bestnya dapat rakan macam ni. Gendut, kaulah Ultraman Dina ku. Kaulah penyelamat bumi ku. Lega part Hantaran Tunang Kek dah selesai. Mohon dipermudahkan jalan. Aminnn ;)


19 comments:

  1. suke jugaklah idea cake in jar ni...
    boleh tempah kat sape ye? suke sangat lah...

    ReplyDelete
  2. kek dlm bekas?menarik..klu buat doorgift ok gak..

    buat la sndri akak..hehehe..nt bley ajar sy..:)

    ReplyDelete
  3. hana~bestkan.ni minta tolong kawan buatkan.dia tak jual la sayang. ;) kalau jual, nnt zimie bagitau hana ye.hehe

    fir~tak reti.malas sebenarnya. kebetulan dia dengan rela hati nak sponsor.(yeke dia tak cakap pun) haha SS je kan.

    ReplyDelete
  4. cantek cantek :)

    i suka benda2 yg dlm jar...hehe

    ReplyDelete
  5. zimie try pujuk2 kawan zimie tau... sukelah... lain dari yang lain.. =)

    ReplyDelete
  6. nana~aww hehe tiba2 teringat post nana pasal jar tu.ada persamaan la kita.eceh tetiba ;)

    ReplyDelete
  7. hana~ok2 nanti zimi try tanya dia buat tak dalam kuantiti yang banyak.kena tengok hasil dulu.entah jadi entah sedap atau tak.hehe

    ReplyDelete
  8. hikss..baru aje reply email berkenaan ini..nnt Sedapsedapbelaka dah start jual and open for order, leh la sape2 nak wat doorgift ke hantaran ke..hihi..

    http://sedapsedapbelaka.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. ooo hana ade buat jugak rupanya.ape lagi.sape nak order, boleh order kat hana ni ye. pssst *tukang promote ley dapat diskaun tak* hehe

    ReplyDelete
  10. cantiknya zimie.......nora nak satu hik3

    ReplyDelete
  11. hihi gambar tu contoh jela dear.tapi nak try wat macam tu.

    ReplyDelete
  12. sukenye....jar sudah ade...so, ape slhnye isi kek ni kan....!!

    ReplyDelete
  13. ha...satu lg zimie...kalo nak jar murah...dlm 50sen satu...boleh beli kat Q-Pack...try google tenet..or boleh cek kat org pny post....kat ikea a bit pricey la dear..

    ReplyDelete
  14. lijah~serius ni lijah??homaigosh tq so mush sayang! lijah ni bagus la.sharing2 info.nanti zimie try google and cek kat post lijah ye.yeai;)

    ReplyDelete
  15. lijah baca dah entry kamu.dekat post ni kan http://non-cinderella-story.blogspot.com/2011/04/post-89-lagi-lagi-jar.html hehe bestnye nama company tu Quality Pack Sdn Bhd. dekat Puchong! dekat ngn rumah zimie. yeai. nanti nak try ushar2 jar tu. tq lijah sayang. tengah tesengih ni sebab happy!! ^_^

    ReplyDelete
  16. aha...kat area2 situ jek.....murah sgt jar2 kat situ...ade mcm2 choice...lgpon sesuai kot letak fudge cake nih...

    mm...menarikla fudge cake nih....nak wat, tp tak tau la larat buat ke utk doorgift sbb byk sgt......!! so pk buh jellybeans @ chocolates jek...wuu~

    ReplyDelete
  17. hehe okeh bestnye.nak kene g survey.alah ari ahad diorang tak bukak la pulak.huhu

    lijah sayang.kalau doorgift, buat utk VVIP je.kalau reramai tu, jenuh gak nak menyiapkannya.hehe

    ReplyDelete
  18. terbaik sgt cake in a jar nih! :) ala2 tiramisu yg selalu org jual dlm cup tu kan. aish.. sedapnya..

    ReplyDelete
  19. kan r3bl?sweettt sangat.cuma tak reti nak buat.suruh kawan je buatkan.hahah ooo yang tiramisu tak pernah lak dengar dear.maaf la buta sikit.hihi

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)