Monday, April 11, 2011

Kain Nikah Part 2

Pencarian kain nikah untuk hantaran tunang diteruskan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR). Outdated sebenarnya. Sambung post haritu. Tapi ni hanya nak kongsi sahaja macam mana kami beli kain nikah! Weee suka untuk dikenangkan!

Lepas dah survey Semua House, Jakel, kami pun ke Binwani's. Katanya ada SALE sampai 15 April 2011. Yeayy tak mungkin melepaskan peluang. Kemudian, kononnya nak ke Nagoya. Tapi tak menjadi seperti diharapkan. Kesian Nagoya. Ngihihi.

Sang Lelaki : Mana Binwani's ni?
Sang Perempuan : Tu ha. Nampak dia tulis 'Menara Binwani' (Dalam hati, wah mesti kain mahal2 =.=')

Ok lintas jalan, terus masuk Binwani. Serius takde orang. Mana customer2 lain ni. Eksklusif sesesangat kot. Tu yang takde orang masuk. Jadi, terserempak dengan SA. Katanya naik ke tingkat atas. Terus maju ke hadapan. Ini kedai macam taknak kasi orang masuk je. Anak2 Tan Sri boleh kot. Nguhuhu. Naik2 terus disapa oleh akak SA yang bernama Shila. Baik sungguh akak tersebut. Terus dibawa ke tempat jualan Kain Nikah.

Blablabla perbincangan diteruskan. Dan terkejut dengan harga kain Chiffon Beaded. Serius cantik. Serius cantik dan murah daripada Jakel. Kata sang Lelaki, bukan setakat murah, kualiti pun nampak cantik. Isk masa tu terus jatuh chenta pada kain tersebut! Nak beli time tu jugak. Harga sebenar RM295 semeter. Tapi sebab sales punya pasal, dapat RM295 untuk 4 meter! Akhirnya dapat harga untuk..

Pakej Pengantin
Perempuan: Chiffon Beaded (white) +Satin Crepe 4 meter
Lelaki: Satin Crepe 5 meter

Total Harga = RM430!! (Tersengih kambing sambil memandang sang Lelaki)

Sebabnya harga murah berbanding Jakel. Murah Rm20 jek pun. Tapi kualiti di Jakel tak berapa suka sangat. Chiffon Beaded tak cantik. Yang ni, beaded di buat di Dubai (kata akak Shila tula). Beaded dia simple tapi nampak eksklusif! Bak kata kak Ogy dalam Pertandingan AF minggu lepas, this is what I called less is more! Wink3. Pastu yang tak bestnya, SA kat tempat lain macam blur2 bila ditanya "Ini satin apa?Saya nak Satin Crepe". SA di sana tak pernah dengar nama2 ni. Tercengang je dengar. Katanya "Satin untuk bride la dik. Tak sure jenis apa". Langsung tak memberikan jawapan. Haih. Ini pun tribute pada B2B Renda Perancis atas tips yang diberikan untuk beli Kain Nikah. ^^ Kat Binwani's ni terus kak Shila beritahu, ini satin crepe! (Dalam hati, oooo ini rupanya kain satin crepe. Serius Lady Gagah Perkasa!) I loike!

Terus jatuh hati dan memandang wajah sang Lelaki. Tanpa fikir panjang, lepas dah gayakan dengan cermin, blablabla, terus ke kaunter untuk membuat bayaran!! Dalam pada masa yang sama, akak Shila tu offer untuk selendang pula. Beaded selendang jugak. Berapa pula harga? RM190. After discount RM156. T_T Mahal jugak (bukan kedekut tapi budget kami hanya RM500) T_T. Katanya..

"Sewa pun sama harga RM150 tapi dapat pakai dalam masa 3 jam je. Yang ni milik adik sendiri. Boleh pakai untuk dinner atau function2 lain"
(-_-")

Ok fine. Lepas fikir2, termakan gak dengan kata2 akak tu dan akhirnya beli juga! Terbang sebanyak RM586. Marah kepada diri sendiri. Tapi bersyukur gak sebab kelancaran proses pembelian kain nikah. Tailor dah tau dah kat mana. Akak SA Jakel tu siap bagi brochure suruh hantar jahit di Bangunan MARA Daya Bumi. Murah pun murah. Wink3.

Dari Kiri: Selendang, Satin, Chiffon

Close up sikit. Wee! Kelas i tell u dia punya beaded!

Err sepatutnya survey kain kat Nagoya kan? Tapi tak jadi pasal selesai sudah di Binwani's ini. Rezeki ko la Binwani. Maybe hari lain ye Nagoya. Ngihihi. Selesai sudah pencarian kain nikah. Ada lagi iaitu mencari barang2 untuk DIY Hantaran. Pencarian diteruskan dari Cheras sampai ke Nilai tau. Tungguuu ^^


p/s: Tak sabar nak tunang sebab dapat kain nikah yang cantik. (Ke tak sabar nak nikah ni?) ^^

8 comments:

  1. seriously, kain selendang sume sgt cantek! harga RM586 dgn selendang n baju P+L sgt amat berbaloi okeyh!! hana jealous..kamu dah belanja separuh dr bajet kami..huwaaaaaaa...untung betul korang =)

    ReplyDelete
  2. hehe tuhla hana.tak sangka gak!kat Jakel tak dapat pun harga ni.pada b2b tu cepat2 la pergi Binwani's jalan TAR.sales sampai jumaat ni jek tau.murah pun murah.memang berbaloi.rezeki orang nak kahwin kot :p

    ReplyDelete
  3. wahhh cantik2 :D

    hahahaha ayt last xbley blah :))

    ReplyDelete
  4. hehe ades yeke momo! awww malu. b2b memang memang macam tu. gediks! :P

    ReplyDelete
  5. hehe ekin.awak ada size.saya takde la.orangnye kecil2 gumuk2 lak tu.susah nak cari baju nikah.terpaksa la beli:P

    ReplyDelete
  6. see how rajin i am to read ur post yg lama2.hihi. u sgt la lucky masa tunang dh ngelip2.i dlu pakai cotton je.ngahaha.berbaloi tu kain cmtu dpt harga murah.

    ReplyDelete
  7. rajin u lisa.takpe tambah ilmu di dada.sharing is caring.hihi.ni untuk hantaran kain nikah.mestila vogue de vas! rezeki orang nak kahwin kot ;)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)