Friday, April 8, 2011

Kain Nikah Part 1

Tajuk di atas telah memberitahu segala-galanya. Macam mana nak mula ya? Nyehehe Nervous!! Ya daku gelabah.

Daku dan sang Lelaki sudah pun membuat checklist bahawa kain nikah akan dijadikan salah satu hantaran masa pertunangan nanti. Jadinya kena membeli belah kain nikah! Ok serius part tu paling mencemaskan. Sudahlah tak tahu jenis kain yang nak dipakai dan digayakan. Jenuh juga la mengodek2 blog B2B. Mereka lagi banyak pengalaman dalam hal ini. Bagus betul blog mereka ini.

Oleh itu, di sini dilistkan antara jenis2 kain nikah yang SELALU+AMAT+BANYAK digayakan oleh bakal B2B untuk masa pernikahan.
  1. Kain Lace + Satin(Lining)
  2. Kain Chiffon Kosong + Satin(Lining)
  3. Kain Chiffon Beaded(Manik) + Satin(Lining)
  4. Errr ada lagi tak?Tak pasti pula. Mana tau B2b yang lain tahu, sila kongsi ok ;)
Kemudian sudahlah banyak jenis kain. Ada pula jenama2 mereka. Bab ni kena banyak lakukan kerja rumah. Memula fening gak. Nguhuhu. Contohnya:

Kain Lace Jepun, Korea, France (Yang paling mahal France Lace. Sebab kualiti dan corak. Haritu survey kat Semua House. Kalau France Lace RM400+ semeter!!)

Kain Chiffon Kosong (Kain jenis ni biasanya kain kosong. Cumanya nanti lepas beli, boleh la ditepek dengan lace yang disukai ataupun manik yang disukai)

Kain Chiffon Beaded (Jenis ni banyak juga dijual. Cuma kena pandai pilih beaded mana yang berkenan di hati. Kalau rasa susah sangat, beli je yang dah dibeaded. Pastu tak perlu fikir dah. Tinggal hantar kat tailor untuk dijahit)

Selepas lihat2 di Semua House, kami meneruskan perjalanan ke Jakel. Adalah lebih kurang setengah jam melihat2 kain di Tingkat 3. Memula mahu kain nikah warna silver. Kesian akak tu layankan aja. Sang Lelaki dah tarik2 muka di situ. Yela katanya tak cantik kain2 di situ. Kami pun hanya survey2 dulu. Tengok di situ Chiffon Beaded + Satin RM450. (Package Lelaki + Perempuan). Bagiku harga okla. Sebab last year pernah tanya juga. RM500 masa tu. So dah dapat budget la harga kain berapa. Kira still in budget la. Ngeheh. Jadi cakap kat akak tu,

"Kitorang nak survey2 dulu je kak". Dan terus berlalu dari situ.

Kemudian, dalam masa nak keluar tu, sempat lagi akak tu kejar. Ala2 kejar Yop kejar! Adoiii jadi stress. SA macam ni pon ada ka? Tak suka tak suka! Apa lagi, terusla berlarian menuruni lif sehingga ke Ground Floor.

So tinggal nak survey kat Binwani dan Nagoya je.


p/s:Ok to be continue. Penat sudah. Nak mandi. ^^


6 comments:

  1. hi..b2b dtg lawat.. =)

    bagus2, survey btul2 dlu, jgn mcm nida aritu...time tunang, kain nikah jadikan hantaran gak, time tu xtau ap..pg jakel, pilih2 je yg cntik...ble da tunang, da book wp, then wp tgk kain nikah nida, bru dia ckp kain tu xsesuai ngn nida..huwa....nida beli kain satin ngn lace..tp sbb kn nida ni cumey sket, wp kata satin biasa xsesuai ngn nida. so nida serah kan kat dia..trpaksa beli kain lain..tp lace nida still bole pkai..mula wp nida nk suh pakai chifon, but then, dia kata, nida lg sesuai pkai bridal satin..bridal satin tu nma len dia nida lupa la..klo xsilap, dutches satin kot..so..survey2 dulu ye.. =)

    btw, jum exchange link... =) nida da follow u..

    ReplyDelete
  2. hai b2b nida,

    waaa yeke nida.itulah sebelum g beli, mmg dah survey kaw2 dekat blog,internet.nasib la blog b2b banyak bagi nasihat.katanya kena tanya wp/tailor dulu, kalau sesuai, baru la boleh gi beli.takpe la nida, yang penting lace tu boleh pakai lagi.chiffon ni sesuai untuk semua bentuk badan.cuma katanya macam melekat2 sikit kat badan.kalau kat masjid macam segan la nak pakai ketat2.kat rumah takpela.hihi boleh lak gitu kan?

    dutches satin tak pernah lak dengar.tp dah wp cakap memang betul la tu.satin ni macam2 jenis.yang kite nye jenis crepe.hihi.

    ok nida.dah letak link kamu :P

    ReplyDelete
  3. hehe..satin biasa xsesuai untk nida, nida ni kn cumey sket..nti guna satin, nmpak bertambah2 cumei..huhu...

    dutches satin tu klo xsilap nida la..wp nida sebut bridal satin..tp ble nida bca dlm majalah pengantin, description dia sma cam dutches satin..dia xlicin mcm satin biasa, n dia bidang besar..nida ikut je wp kta pe..huhu..

    ReplyDelete
  4. ooo bidang besar.patutlah.macam satin kite ni SA cakap pakai 3.5meter pun dah cukup sebab bidang besar.hehe.

    tula takpe2 yang penting wp lagi tau.ikut ajela cakap beliau sebab nanti dia gak yang nak jahit baju nida nanti.mesti cantik kan?jangan lupa post kat blog.hehe.

    rajin2 la tengok blog b2b.diorang banyak bagi tips dan nasihat ;)

    ReplyDelete
  5. tu la..ikut je la ckp wp, xcantik nnti, siap r dia..hahaha...majlis nida lambat lg, so kna sabar ye tunggu..hehe..

    yup, kna rjin2 tgk blog b2b len, mmg bnyk tips dari diorg..before tunang ri tu, nida xaktif blogging sngt, blogging sket2 je..pas tunang, bru excited nk blogging, tgk2 blog b2b len..hehe..

    zimie b2b dr mna ye?

    ReplyDelete
  6. lambat la sangat.pejam celik je nida.masa cepat sangat berlalu tau skrg.hehe

    zimie rumah kt area klang valley gak.hihi.seri kembangan.nida perak kan?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)