Thursday, April 14, 2011

Dulang Hantaran

Ni pun sambung cerita lepas beli kain nikah tu. Lepas pergi cari kain nikah, dah tak tahu nak survey apa. Jadi, kami buat keputusan ke Cheras (ada kedai jual bunga2 untuk hantaran) dan Nilai (macam biasa lah.hal2 kahwin juga).

Tapi tup2 kedai kat Cheras tutup. Pergi hari Ahad kot. Dia ni kedai kecil je. Betul2 sebelah kedai Tailor hantar jahit baju tunang. Alang2 nak survey, pergi la semua tempat. Apabila kedai Cheras tutup, kami pon meneruskan perjalanan ke Nilai. Part ni memang tak boleh lupa la. Sebab apa? Nak pergi Nilai, mesti ke Seremban dulu. =.=" Paham tak maksudnya? Maksudnya kami terlepas simpang exit Nilai tu. Huwaaaa sudahlah lebih kurang 15 minit pergi Seremban pastu patah balik ke Nilai. Sadis. Nak marah sang Lelaki pun tak boleh sebab dia pon ikut kata sang Perempuan. Confius bila dekat Nilai tu tulis KLIA, Shah Alam. Padahal memang kena masuk kat signboard USIM tu. Ampunkan saya Tuan Supir =.="

Jalan punya la jalan. Rasanya adalah dekat 8 kedai survey. Serius bestnya banyak bunga2 artificial untuk DIY Hantaran nanti. Tapi survey jela. Sebab dah banyak habis duit untuk kain nikah. Nguhuhu. InsyaAllah bulan depan pergi Nilai lagi. Harini hanya survey untuk KKK(Kira-kira Kahwin) berapa RM diperlukan untuk membeli barang2 DIY Hantaran ni.

Konon nak survey. Tapi TERbeli dulang bulat. Errrr :D Sebab harga dia half price!! Dari RM29.90 turun jadi RM14.90. Siapa yang taknak kan? Mula2 pergi dah jatuh chenta. Pastu keluar kedai tengok tempat lain semua mahal2. Diskaun pun macam nak taknak je. Sebelum balik tanya sang Lelaki..

"Nak beli ke tak? Takut nanti bila datang lagi bulan depan dah takde"

"Beli jela yang. Nanti malam2 takut mengigau pulak nak dulang tu"

"Errrr"

Akhirnya buat keputusan beli juga. Ngehehe. Beli 7 dulang ok! Mula2 memang fikir nak sewa, tapi sang Lelaki kata nanti masa kahwin, nak pakai dulang juga kan? Jadi fikir punya fikir, baik beli jela. Boleh la abang dan adikku pakai juga kalau kahwin nanti. Betul3x!

Diskaun yang diberi. I loike. Tu yang terus rembat.

Rupa dulang yang dibalut dengan plastik duduk bawah katil. Sabar ye dulang.

Rupa dulang sebenar

Sebab makcik ni taklah kreatip bebenor, makcik hanya nak hantaran yang simple yet exclusive. Wah nak hebat je. Padahal tak tahu nak decorate ni. Nguhuhu. Konon2 nak buat macam ni, harap2 menjadi la DIY Hantaran ku nanti.


Sumber: Pakcik Google

Amcam cun tak?Ngehehe. Ya Allah ku harap dipermudahkan urusan. Aminnnn.


p/s: Bila la nak gaji ni. Cepat la. Nak beli munge2 pulak.


9 comments:

  1. sy pon beli cmnie jugak

    tp empat segi...
    xyah nak pkai dulang dah....
    dan x perlu alas2...
    jimat n simple

    ReplyDelete
  2. ikin: yeke?ni pon sebab malas nak fikir pasal alas.senang je main letak2 bunga + barang hantaran ;)

    momo: tulah kan? suka betul dapat yang murah :D

    ReplyDelete
  3. bulat pn nice..nt leh cucuk2 bunga kat keliling 2..wah, cntiknye..hehehe

    ReplyDelete
  4. tula fir.suka je main cucuk2 munge sekeliling tu.hehe

    ReplyDelete
  5. best nyerrrr!!! murah tauuu .. kite beli kat jb ni 1pcs rm 39.90.. beli 6 dapat diskaun 10% jerr.....

    ReplyDelete
  6. hehe murah gile2.tak tau pasal apa kedai tu wat diskaun camni.hehe okla tu dapat 10%.gudluck 4 ur preparation!!kte dah link ella ;)

    ReplyDelete
  7. hi zimie!
    aaaaaaaaaaa kenapa i tak nampak dulang2 ni dgn murah aritu??? i br g nilai last weekend.aaaaaaaaaaaaaaaaa bestnya murah..maybe sbb mata i duk tgk bekas hntrn instead of dulang.sbb i sewa je pahar dia nt. tp serius ni murah.sll i tgk 20++ .i berat hati nk beli.haha.kedekut ;p

    ReplyDelete
  8. hai b2b lisa,
    best kan?i memang suka murah2 ni.kah3 cheapstake!gila save rm100 tu.to me SANGAT banyak hokeh!hihi kebetulan kedai tu baru buka.so agaknya nak tarik perhatian customer.lucky me i guess ;)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)