Thursday, April 28, 2011

Dugaan dan Persediaan untuk Bertunang

Mulai hari esok, saya buat scheduled post sebab saya tidak berada di Malaysia. Eceh. Saya ke negara Kota Singa je. Ada retreat company selama 4 hari. Doakan kami baik-baik saja ya di sana. ;) Hurm sudah masuk 44 hari sebelum tibanya tarikh pertunangan.

Ok mesti orang akan cakap


"Ala tunang je pun, belum kahwin lagi, rileks la"

Ok fine memang benar. Tapi persediaan bertunang pun perlu diambil kira. Selepas bertunang, seperti yang semua sedia maklum sangat banyak cabaran dan dugaan. Kalau lihat post entry B2b dan BFF semuanya ke arah stress untuk berkahwin. Maknanya dugaan demi dugaan di alam pertunangan ni. Darah manis la katakan. Kalau muda lagi la, darah muda. Penuh dengan egoistik. Err saya takley cakap banyak sebab tak lalui lagi. Mungkin kita just boleh share apa yang boleh dilakukan semasa berada di alam 'darah manis' ini. Sumber macam biasa pakcik Google. Boleh lihat sini juga.

Persediaan. Persediaan emosi, mental dan fizikal mesti cukup. Mesti BANYAK SABAR!


Wang Hantaran! Oh yang ni sangat sensitif. Sebaiknya berbincang dengan pihak perempuan. Yang lelaki perlu la fahami dan berkorban sedikit. (Bak kata sang Lelaki 'nak pakai lama') Ngihihi. Pihak perempuan pun janganlah letak harga yang tinggi2 sampai tak tercapai akalmu. Bak kata pepatah omputeh 'ukur baju di badan pihak lelaki' Understang? :D


Pergaulan. Ehem yang ni pun lelaki-perempuan kena jaga. Seeloknya kurangkan berjumpa (nasihat untuk diri sendiri) Ini bukan lesen P ok!! Kawal la nafsu anda ya (nasihat lagi). Nanti lepas kahwin, nak jumpa hari-hari pun boleh. Sampai muak pun takpe.


Tempoh bertunang terlalu lama. Sebaiknya tempoh bertunang dipendekkan. Namun, macam masyarakat Melayu 6-12 bulan. Ikut kepada keadaan. Kalau boleh dipendekkan tempoh bertunang, pendekkan la sebab boleh mengelak daripada perkara2 tak diingini terutama sekali putus tunang. (Macam saya ni nampak gaya macam lama lagi. Hurm)


Komitmen. Rasanya dari segi komitmen nafkah memang tiada. Lelaki pun tak perlu beri rumah dan sebagainya. Perempuan pun tak perlu taat pada lelaki. Cuma komitmen yang perlu diberikan adalah perempuan perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi. Ok paham.

.
.
.

Bak kata seorang ustaz,

"Masa ni setan selalu dok kaburkan mata kita, benda buruk kat pasangan kita akan di'lawa'kan benda yang elok (perbuatan) akan cuba dipesongkan dan kita sering diarah untuk melakukan perkara yang dilarang NYA"


p/s: ya Allah, ku mohon dijauhkan daripada ini semua. Aminnn.


12 comments:

  1. mintak jauh.. Tqa punya tempoh 2 tahun.. harap2 tak ada rintangan besar yang menanti.. amin.. =)

    ReplyDelete
  2. hmmm, saya dh tertangguh smpai tahun depan, ari2 berdoa moga tuhan tabahkan dna kuatkan ati dan iman nie :)
    Moga impian nak bina masjid tercapai :)
    Congrats to hazimah :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. tqah~lama lagi tu tqah.doa di permudahkan ya.sebab buat benda baik kan?sesama la kita ;)

    neeza~bride 2 be juga ya.ehe.ada blog?insyaAllah sesama kita berdoa mintak kat Dia.congrats to u too dear! ;)

    ReplyDelete
  5. hmm... tunang memang tak elok lama2.. kakak2 sume bertunag 3 bulan je... kite? Tak bertunang secara rasmi... lepas merisik trus kahwin... tu pun abah bg tempoh jugak... setahun je.

    ReplyDelete
  6. sunshine~ye memang betul.lagi cepat lagi bagus kan? tapi keadaan saya tak mengizinkan la nk buat cepat ;(

    ReplyDelete
  7. samala kita....niat dihati mmg nak wat cepat2, tapi bnyak perkara yg perlu didahulukan, bnyak bnda yg nak difikirkan..sudahnya, bertunang lebih dr setahun baru bole kawen...

    ReplyDelete
  8. annur sabar ye.belum sampai masa la tu.ada je penghalang kan.moga ada hikmah di sebaliknya.sama2 la kita berdoa.sobs.

    ReplyDelete
  9. dugaan ade..tp dlm ms y same..ati pun rs lbey kuat n yakin sbb da tunang hehehe ni pd org la :)

    ReplyDelete
  10. tp kalu mase akad nikah nanti.. setan menanges sebab kite nk menghalalkan satu hubungan/ikatan lelaki dan pompuan.. padan muke setan.. hihihihi

    ReplyDelete
  11. momo~yeah betul tu.hehe

    sue~padan muka setan kan?haha sebab buat benda baik kan, mana setan suka.

    r3bl~thanks dear.nak panggil apa ya?ada blog tak? ;)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)