Wednesday, April 13, 2011

1 Bulan 4 Minggu

Sedang asyik melayari blog B2B, masukkan listing2 supaya senang nak lawat lagi, tiba2 terasa nak update Puan Daisypath. Agak gedik di situ. (Peduli hape saya)

Dengan megahnya masukkan data2. Senyum2 tiba bila keluar kat Daisypath tu, tulis 1 month 4 weeks until bla2. Apa 1 bulan 4 minggu??!!!




Huwaaa kenapa terasa masa semakin hampir. Adakah sebab nombor 1 itu? Grr Puan Daisy ni memang kasi daku cemas tau! Tiba2 terasa banyak benda tak prepare. Kitorang plan buat kecil-kecilan je. Ajak saudara mara je. Dengan rumah tak kemas lagi. Mummy dah pesan haritu..

"Minggu ni tak payah keluar rumah. Kemas rumah"

"Tapi mummy, ada wedding nak kena pergi Ahad ni. Sabtu pula busy di kedai."

(Cakap dalam hati jela)

-_-"


Ok zimie rileks2. Ada lagi 2 bulan sebenarnya.


p/s: Sebab kat ofis, takley nak lukis gambar guna Photoshop. Guna Paint je. Ok2 ada lagi sebulan 4 minggu. Kenervousan melanda kehidupan. Nguhuhu.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan tapak kaki anda di sini(^^,)