Wednesday, December 28, 2011

Isu Homestay Pulak

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***


Sebenarnya sudah lama isu dewan ni diperbincangkan antara saya dan ibubapa. Pening nak buat pilihan. Masing-masing nak murah dan dekat dengan dewan kahwin nanti. (-_-'')


Mula-mula, saya sendiri dah siap-siap survey2 homestay dekat area Putrajaya, Bangi, Puchong (sebab dekat dengan rumah). Huih macam2 tempat la. Listing pun banyak. Siap ade dah nak book. Memang tak penyabo dah nih. Antaranya :-


Hello


Hai


Hye


Hi


Malangnya semuanya tak memenuhi impian yang nak kan murah dan dekat. Demand punya budak zimie. Betul la, kalau dekat dengan dewan kan lagi mudah. Planning nya begini, after nikah (Jumaat), terus sanak saudara akan ke homestay/hotel/resort. Keesokkan harinya (Sabtu), terus la berbondong-bondong mereka kesemuanya ke destinasi yang dituju. Tak gitu. Nanti jauh-jauh, sudahlah saudara mara tak tahu jalan. Nak hire orang-yang-boleh-diharap, memang takut. Takut harapkan pagar, pagar takleh harap! Jadi, lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Sekian hujah saya.


Jadi, haritu bertemu dengan sepupu. Dah tua sepupu ni. Anak dah 5. Beliau cadangkan supaya menginap di Kompleks Kelana Jaya memandangkan dewan kahwin {LINK}kitorang berdekatan dengan Kompleks Kelana Jaya tu. Jalan kaki pun buleh. Hihihi.


Survey pun survey. Cecepat Google.

Nah, inilah hasilnya. Gambar je le.



TaHa D'Kelana
Jalan SS6/1, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 - 78741033 / 78741179
Fax : 03 - 78771414
Email : Reserve­_kj@lth.gov.my / Paskjh@lth.gov.my
Website : {LINK}




Ok tu memang la ok. Mari tengok rate pulak. Konon nak murah sangat. 


Of coz la nak ambil Family Suite. Sekali RM200 daaa. Terasa macam mahal hahaha. Tapi kalau besar, apa salahnya kan. Yang penting dekat. Murah tu nanti la pikir balik. Kadang-kadang rasa 'okla harga tu, mana nak dapat kat area camni'. Kadang-kadang 'jauh sikit ok rasanya, yang penting murah'. Perasaan berbelah bahagi. Hurm.


Lepas tu terus email ayahanda link website tu. Nak suruh dia chek ok ke k.o 


Ayahanda cakap "Macam mahal aja tu. LGM lagi murah tak sampai RM100 Cuma jauh sikit dan lebih dekat dari Putrajaya" Bapak ni nak sangat murah tapi JAUH gila LGM-Kelana Jaya tuh. Tu belum kira kalau Seri Kembangan-LGM-Kelana Jaya semula. Nota : LGM Sg Buloh tu office beliau. So dapat harga staff. Pening-pening fikir. Isu yang tak selesai.


Lepas tu 14 hari kemudian, dia email lagi "Boleh tahan harga sewaan macam hotel juga tapi yang bagus tu dekat. Balik bincang lagi sebelum booking".


PULAK? Bapak aku ni dah macam aku rupanya. Berbelah bahagi juga. Like father like doter ye?



Saturday, December 24, 2011

Teaser dan Projek Rahsia

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Pertama sekali nak hapdet pasal Projek DIY Kad Kahwin kami:) 

Teaser dulu boleh? Warna dirahsiakan. Tunggu la bulan 6 nanti ye :p 

Kalau aral tak melintang, ribut taufan tak menjelma, design kad kahwin ni akan digunakan. Draft pertama dah diluluskan oleh ibubapa dan si dia. Harap-harap draft kedua lepas. AMIN.



Kedua, sekarang ni tengah buat satu PROJEK RAHSIA. Ni semua gara-gara semalam tak boleh tidur. Mengerjakan projek ni sehingga Subuh lepas tu pagi tadi bangun pukul 11 pagi!! Nampak sungguh excited cik zimie melakukannya. Hahaha dan ya, ia berkaitan dengan majlis perkahwinan kami. Projek ni kena banyak buat karangan. Nasib dah start sekarang. Lepas ni tunggu EF pulak buat karangan. EF pun belum tahu. Kejap lagi baru nak bagitau la la la. Apa pun, kedua-dua projek ni akan direveal tahun depan. 

Excited tak nak tahu? Saya LAGI excited. Hihihi okbai nak sambung buat design.

 

Friday, December 23, 2011

Perabot Idaman

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hari ini hari Jumaat. Hari malas sedunia. 

Gambar-gambar bawah ni semua hasil tangkapan ketika saya dan sepupu melawat IKEA di Mutiara Damansara suatu ketika dahulu. Ada lah lebih kurang 2-3 bulan lampau! Baru sekarang nak hapdet hahaha takpela lagipun majlis pun lambat lagi. So hapdet sikit-sikit lah yo!

Budget untuk bilik pengantin, saya plan nak beli Katil dan Wardrobe sahaja sebab Almari dan Meja Solek dah ada yang mana kesemuanya berwarna PUTIH. Nak nikah kan, biarlah semua putih. Putih bersih suci bak kata peribahasa Melayu. 

Tak hengat nama Katil ni. Ianya bersaiz Queen. Okla tu sebab cadar kawen beli haritu pun bersaiz Queen of persia. Ada kerawang-kerawang. Jatuh chenta lah dengan beliau. Harga to me reasonable RM549 Without tilam dan cadar ye. (Bonda cakap pakai tilam yang lama -_-')

Oh lagi satu pernah terbaca one of b2b blogger buat story pasal katil ni. Beliau buat review macam ok je. Ngehehe ada harapan ni. {LINK}


Wardrobe ni nak beli jugak walaupun taktau untuk apa dan nak letak kat mana. RM400-500 (Tak ingat harga). Saja nak menyemakkan bilik pengantin nanti. Gambar tu bukan saya. Itu sepupu  yang tak tahu malu. Nasib sepupu tak baca blog ni hahah.



Ikutkan hati badan binasa duit terbang, memang nak beli sangat-sangat ni tapi Ayahanda pulak cakap "Tunggu la dulu, survey tempat lain, dedi tengok macam tak kukuh je katil tu" (-_-'')

Bila nya nak survey, Year End Sales pun dah nak tamat beberapa hari sahaja lagi. Kang terus beli kang. Bonus bonus bonus. Lambat sangat, beli benda lain baru tau. Cuti 3 hari start esok ni. Iphone yang baru dah keluar kan? Nampak macam 'murah' hahahah. Okbai.


 

Monday, December 19, 2011

Marshmellow Mellow

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Dengar nama marshmellow tu pun dah macam geram kan. Teringat Irine punya blog (masa dolu2 Irine belum tukar layout) marshmellow yang lembut-lembut tuh. Nampak sangat aku rajin gak bukak blog Irine tu kan. Errrr. Terus kepada point la yek (Senak pulak tetiba spanx nih. Betul la cakap diorang, memang senak perut pakai spanx ni. Apasal pulak tetiba cakap pasal spanx ni lagi)

Korang tau kan marshmellow yang lembut-lembut tu. Selalu mat salleh bakar masa barbeque. Dewasa kini, bukan mat salleh aje tau yang guna. Bride to be pun sama. Untuk jadikan doorgift, candy buffet, cakes, hiasan dan sebagainya. Nah sekarang ada satu blogger b2b ni buat bisnes ni. Halal halal toyyiban katanya. Jadi tiada ragu lagi. Suka tak suka tak? 

Siapakah orangnya? Ia nya datang daripada pemilik Hitched - Shayra blog. Shayra dan rakan baru sahaja memulakan operasi bisnes ini. Boleh terus order dekat dia ok. Comel-comel sakali marshmellow dia. Warna warni. Ahh seronoknya. Saya terasa nak beli jugak makan saja-saja. Dah la memang suka benda-benda makanan merapu ni. Patutlah takkurus-kurus. Agagaga.


Tengok ni!


It's so fluffy, I'm gonna dieeeeeee - Despicable Me. 


Ini cupcakes ye. Boleh hias-hias marshmellow as topping cupcakes! 


Boleh letak as candy buffet.


Rasa-rasa rajin nak letak dekat wedding cakes, dipersilakan. Nampaknya macam campak-campak je. Ngahaha.


Nampak sangat yummeh kan? How can't I resist??? I want it I want it. Lagi sekali tanpa membuang masa sila klik sinun--> {LINK}






Ok lets spread the news!!

 

Sunday, December 18, 2011

Membebel Di Hujung Minggu

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Cewah membebel konon. Mentang-mentang dah sihat.

Alhamdulillah sekali lagi kita bertemu. Maaf sangat atas kehilangan diri ini. Ada sesiapa rindu ke? Lalalala. Sebenarnya saya telah diserang oleh seekor virus. Taktau nak cakap virus ke parasit ke simbiosis ke. Mula2 virus demam. Lepas tu virus batuk. Akhir sekali virus raksaksa hijau.  Time tu rasa tak bermaya sangat okkk. Nak menaip duduk lappy lama2 pun tak boleh. Rasa macam nak mati je time tu! Air mata berjujuran je di saat kesakitan menahan perit dalam tekak. Suara hilang :(( Duduk depan lappy tak sampai sejam. Nah sekarang dah berejam duk depan lappy, alhamdulillah ku kira sihat kot. Heheh jangan kena serangan virus lagi sudah! Ubat harini taknak makan konon dah sihat. Naik muak telan dadah tersebut huhuh. Tiba2 terdengar suara-suara suruh makan ubat. Ye baik. Ok ok kejap lagi saya makan. Nak update belog dulu ;p

Ah korang, sejak seminggu takde ni, rasa macam belog suram nyeeee. Sempat jugak b/w tapi tu pun ala2 hidup segan mati tak mahu. Dekat group pun kadang2 je baca post baru. Sekilas pandang je. Rasa nak muntah je tengok pasal wedding prep ni tahu? Bila nak habis segala penderitaan ini wahai sayangku. Sobsobsoksek.

Dalam demam2 tu, sempat lagi oden menorai Spanx milik Kerry. Tak maksudnya Kerry jual, Jimie beli. Ha gitu lah. Jimie tu zimie. Gelaran cik Kerry. Sekian. Kebetulan pulak time tu MC. So elok bonar tengah2 selubung ala-ala popia basah dalam bilik, kedengaran bunyi hon van Pos Laju. Dengan pasntas turun padahal time tu sumpah seranah mengacau je orang nak tidur. Last-last happy sebab spanx dah sampai. Kerry dah remind haritu dia pos hari Selasa. So hari Rabu la dapat. Bagus gak MC haritu. Tak payah la amik dekat kaunter dia. 

Inilah dia. Tada tadi tudu. My precious spanx bakal menutup segala spare part tyre, ekzos dan segala nya lah!



Eh bukan. Ni bungkusan luar dia.




Ha inilah dia. Ini bukan roti canai mahupun sotong kering.
Ini SPANX


Buat yang taktahu, Spanx ini adalah seekor binatang ala-ala girdle a.k.a corset. Cakap corset semua orang tau kot.  To b2b, wajib pakai benda ni :) Kalau tak paham jugak, boleh terus ke website blogshop Kerry ni ye. Macam2 jenis ada dari murah ke sederhana ke paling mahal asbestos. (Ikutkan hati nak beli semuaaaaa) Macam saya beli jenis SPANX in power line super higher power. Jenis ni khas untuk kecilkan bahagian peha dan perut. Ye saya tahu bahagian tu sangat bermasalah! Anda juga begitu kan. Jangan nak tipu saya lah. Kah kah. 

Apa lagi mari dapatkan Spanx Kerry ini sekarang juga!



p/s : Sungguh best pakai Spanx ini. Betul tak tipu. Saya rasa nak pakai time malam jela. Bila pakai masa pergi ofis, susah nya nak membuang ayaq. Okbai.


 

Monday, December 12, 2011

Intai-intai Cadar Kahwin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Hallo hallo, disebabkan permintaan yang tinggi terhadap penonjolan set cadar kahwin kami, tanpa melengahkan masa lagi, saya mempersembahkan ia sekarang! (sambil batuk-batul kecil)




Tada tada!

Nombor giliran tu saja-saja je letak sebab nak bagitau kat korang, apa sebenarnya intipati dalam set cadar kahwin yang dibeli tempoh hari.

Mula2 nak letak teaser je tapi ni dah macam tonjok semua je. Hihihi.

Set Cadar Kahwin Zimah
Kain jenis Cotton
1) Sarung bantal - 2pcs
2) Comforter - 1 pcs
3) Cadar katil - 1 pcs
4) Lobster Bolster - 1 pcs <--terima kasih pada anon dan rilla ;p
5) Bantal gemok - 2pcs <--kena beli bantal 28x28 (taktau dalam inch ke meter ke)


Amacam korang, cantik ke? Bunga2 pink tu dia jenis glowing shinning sket. Errr camne nak cakap eh? Hahah cantik kan kan?Hurm bila dah beli ni tetiba dihambat rasa berbelah bahagi. Rasa macam kadang2 cantik. Rasa macam kadang2 nak plain pulakkkk. Macam-macam perasaan yang bergelora di dalam lubuk hati ini. Wahai perasaan sila stop berfikir, boleh tak? Mari fikir persiapan yang lain pula. Ok nak design peta kahwin pulak. Bye.

   

Sunday, December 11, 2011

Dah Beli Set Cadar Kahwin :P

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

EF berkepak nak terbang ke bulan




Malas nak bermukadimah. Straight to the point yek!

Perhatian kepada semua b2b!! 

Kedai Cadar Kahwin Seahorse ni memang best. Kedai ni memang specialist dalam cadar kahwin dan cadar harian. Cadar kahwin semua cantik-cantik. Rambang mata oh nak memilih. Pening tau tak. Tapi akhirnya dapat juga beli cadar idaman. Ada warna pink sikit-sikit. Hikhik. I love. Oh thanksalot to FY sebab suggest tempat ni. :)) Bila sampai2, terus pilih dan beli. Rasa-rasa ada la dalam 15 minit jek. Senang gila pilih cadar! Sebab before that ke One Utama survey2 cadar tapi semua RM500 ke atas. Lepas tu kalau nak RM500 colour macam tak cantik sangat. Takde choice. 

Oh kisahnya gini. Aku rasa ayat macam dah tunggang langgang je. Sila abaikan. Mula-mula kitorang ke Tesco Extra Selayang. FY, saya nak marah awak boleh tak? Hahaha (ok saya yang salah paham) rupa-rupanya Tesco ni sebelah dengan Tesco, bukan dalam Tesco. Patutlah kitorang jalan-jalan tak jumpa. Kahkah nasib parking kat Tesco free. Jadi dengan semangat yang kental try jugak carik. Berbekalkan akal dan logika, kitorang ke sebelah Tesco (ada shop lot banyak-banyak sebelah tu)

Akhirnya jumpa jugak. Wihihi signboard dia warna biru. Mood happy rasa nak melompat-lompat.

Nah, sekali datang sini, habis tak terpilih kesemuanya. Kalau boleh nak beli semua! Akhirnya lepas pilih memilih, dapat la rembat satu set cadar kahwin cotton. Nak beli jenis satin tapi rasa macam rimas sebab licin sangat. Takut jatuh je bila tidur. Lol. Tapi kain satin sebenarnya lagi cantik tau :)

Nak kena tunjuk teaser ke? Kejap pikir. Segan pun ada. Sebab bila balik tunjuk kat Bonda, dia cakap "Kenapa colour buruk sikit" Lorhhhh padahal bukan dia suka ke warna cekelat tu? Lepas tu dia sambung lagi...

"....tapi okla ni. Lagipun untuk nikah. Bukan orang tengok sangat. Nanti langsir buat colour ni" Sambil merujuk pada warna bunga-bunga cinta pink dekat cadar. Nasib ok, so dah dapat green light. Yay yay tak sabar nak rasmikan. Ehhh :p

Kepada sesiapa yang merancang nak beli set cadar kahwin, cepat-cepat ye pergi. End year sales hanya ada sampai Christmas sahaja. Nah ambil alamat ni kalau nak pergi ya? All the best in hunting!


Seahorse Home Textiles (Selayang)
(berdekatan dengan Tesco Extra Selayang, Taman Wahyu, Selayang)
No. 50, Jalan Seri Utara 1, Taman Seri Utara, Off Jalan Ipoh-Rawang 68100 KL

Seahorse Home Textiles  (KL) 
No.21, Jalan melayu, Masjid India, 50100 KL


Korang nak tengok gak ke teaser tu? Kalau taknak, malas nak tunjuk. Keskes.



p/s: Crabtree and Evelyn ada promo tau juols! I dah rembat dah set toilet.

 

Friday, December 9, 2011

Vendor Surah Yassin

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Dah macam trend pulak bagi surah yassin sebagai doorgift (padahal sendiri tak pernah dapat pun hahah) maksud saya, ramai yang survey dan terus survey untuk menjadikan surah yassin sebagai doorgift masa majlis kahwin nanti. Takpun mungkin untuk majlis nikah, majlis kahwin, majlis aqiqah, majlis cukur jambul, etc etc. Dulu saya pernah dapat Al-Mathurat je. Kecik sangat. RM1.00. Nak baca pun susah. Tangan nak pegang pun susah. Gedabak sangat tangan nih agaknya.

Jadi, saya dengan pantasnya nak buat satu entry khas untuk listing vendor surah yassin ni. Tak semestinya untuk majlis kahwin. Kalau nak buat majlis baca tahlil arwah untuk 100 hari atau apa jua acara pun boleh. I want it I want it. Argh tunggu la Bonda cakap apa. Tak boleh decide sekarang. Sangat seronok kalau dapat bagi dekat tetamu benda2 islamik ni. Dulu cik Rilla dan puan Nana pun ada buat entry pasal ni. Mula2 berminat tapi bila fikir lambat lagi, tu tak amik port. Sekarang majlis dah nak dekat, boleh la start mengelabah ubi.





Antara calon² vendor untuk doorgift surah yassin adalah seperti berikut:-





Tapi tapi tapi, jika anda SANGAT banyak masa, apa kata DIY cover surah yassin tu sendiri. Awas! Ini hanya tertakluk kepada kuantiti yang sedikit. Kalau banyak, alamatnya tercedera anggota tangan dan jari. Boleh singgah2 ke laman web seperti di bawah. Sangat kreatif tau juols.





Amacam dapat idea tak? Jadi terpulang la nak tempah ke, buat sendiri ke, DIY ke, nak dera adik beradik buat ke? Saya takde adik. Maksud saya adik perempuan. Jadinya kalau nak DIY semua kena sorang2 T_T
(Itu pun kalau jadi la nak DIY hahaha)

Okla tu je nak sharing maring. Selamat berhujung minggu semua!



 

Tergendala Nak Isi Borang Nikah Gara-Gara Kariah dan Saksi

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;) 

***

(tajuk entry panjang tak hengat donia)


Berbalik pada cerita semalam (eh kau post pukul 1 pagi apa pasal tak tidur lagi. ok abaikan), terima kasih dekat mantan b2b dan b2b dan silent reader yang bagi jawapan kepada persoalan yang agak mengusarkan pemikiran ni. Selagi checklist tu kosong, den tak sodap hati you know!

Kemudian, bak kata Gadis a.k.a ain, nak book tok kadi, kita kena isi borang nikah dulu. Boleh isi borang secara online. Ok jadi saya dengan megahnya Google 'Borang permohonan nikah negeri Selangor'. Saja nak tengok requirements, etc etc. Oh dapat website dia. 


Jadi, page tu keluar macam ni,




Oh means sebelum ni pakai borang kan? Sebab saya godek2 Yati punya, dia masih guna borang PDF. Pelik oh pelik sambil berfikir, betul  ke apa yang aku buat tu? Mentang2 mantan b2b semua guna borang, bila keluar online ni rasa pelik pulak. Tidak mahu membuang masa, dengan menggunakan tetikus saya klik pada gambar tersebut.

Dia suruh daftar, isi password, blablabla. Kemudian, kena login, Bila dah login baru boleh daftar. Kemudian baru lah keluar wajah kesayangan hamba borang permohonan nikah tu. Dengan megahnya isi dan secara tiba-tiba keluar pulak nenek ni. KARIAH. <---ini yang tolong nikahkan kita ke? a.k.a tok kadi (maaf lampi betul pagi-pagi buta yang dingin ini)




Nampaknya terpaksa la HOLD dulu isi borang ni semua. 

First thing first, nak kena suruh ayahanda pergi mencari KARIAH masjid dulu. Nak isi borang pun kena isi maklumat SAKSI dimana saya hanya ada abang sahaja. SAKSI kedua pun saya tidak tahu siapa. Adik jauh pula di benua amerika. Ok FINE! Tutup buku kejap pasal borang nikah ni. 

Nak berangan pasal benda lain pula. Ok bai.


 

Thursday, December 8, 2011

Macam Mana Nak Tempah Tok Kadi?

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Persoalan yang bermain di minda : Macam mana nak tempah tok kadi?

Itu je soalan. Ada sesiapa nak tolong bagi jawapan kepada saya? Dah Google tapi tetap tak jumpa. Kena pergi pejabat tok kadi? Dekat mana pejabat tu eh? Hello hello semuaaaa. Anyone? Sila tinggalkan dekat kotak komentar. Terima kasih daun keladi, esok kita jumpa lagi. 

:)



p/s: Happy sebab ada orang tu belanja celebrate birthday dekat Penang Village, Alamanda malam tadi. Jangan lupa try cendol durian. SEDAP. Servis curlasssss macam hotel. So i highly recommended :)) Thank you sayang for the treat <3

 

Wednesday, December 7, 2011

Manis Dua Puluh Enam

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

07.12.2011       Sweet 16 26


Baru perasan saya sudah tua. Macam tak sangka cepat betul masa berlalu. Syukur alhamdulillah sudah 26 tahun saya bernafas di muka bumi ini. Terima kasih Allah. Terima kasih mami dan dedi yang melahirkan saya ke dunia ini. Semoga saya menjadi insan yang lebih baik lagi selepas ini. Dah tak boleh emo-emo. Dah tak boleh degil-degil. 

The last year as a single. I'm speechless. 




p/s: Thanks a million to rakan² sejati (ehem you know who you are) yang celebrate in advanced birthday celebration semalam. Love from all my heart :)





 

Update Apa Yang Patut

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***


Sekarang tengah buat ni..


(sila klik kalau berminat nak tahu apa isi perut nya itu)




Thank you muchos to mantan b2b, Tatie yang telah memudahkan kerja-kerja checklist diri ini. Banyak gak yang terlepas kalau takde checklist macam ni.

Si budak zimie ni kadang-kadang memang wujud vitamin M dalam badan. Dengan adanya ini, semua benda menjadi senang. Nak kena print dan letak dekat notice board rumah supaya semua manusia dalam rumah ni ingat dan beware yang "helloooo anakanda zimie ni dah nak kawen. sila buka mata ye ahli keluarga" ha macam tu. 

Siapa nak dokumen ni? Terus email ke Tatie ok. Saya tak minta izin Tatie lagi ni untuk bagi to uols. Ok dah minta tapi dia belum reply. Sibuk barangkali. Kalau nak, terus minta di blog nya ya? Ada email di situ. :)






6 bulan sehingga tiba hari kejadian.
 

Tuesday, December 6, 2011

Koleksi Lagu² Cinta Versi Zimie

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Harini mood untuk mengumpul koleksi2 lagu-lagu cinta cintan megi kegemaran untuk dikeudarakan dalam dewan kelak. Tema untuk majlis resepsi dah sepakat english-modern-kotemporari. Meaning semua modern (kononnya). Jadi lagu-lagu HARUS masuk dengan tema. Mula2 nak letak lagu2 melayu tradisional gamelan ke apa ke, tapi EF tak bagi. Katanya tak seragam lah pulak. Huhuh.

Ku pikir mahu kumpul lepas tu burn dalam CD. Pendrive ada gak untuk backup bak kata mantan b2b. Takut dekat sistem tu takleh baca CD ke apa kan.

Jadi, saya hanya listkan lagu2 modern english dan melayu jela. Lagu2 ni akan berkumandang dalam dewan nanti. Inilah dia hasil tangkapan dan antara lagu-lagu kegemaran saya dari seluruh pelosok negara. Belum masuk list from EF. Kot2 dia nak request letak lagu2 kegemaran dia pulak ke? :P TBC.

  1. From this moment by Shania Twain feat Bryan White <--lagu dipasang masa pengantin sudah mula berarak dalam dewan
  2. This I promise you by Nsync <--berbelah bahagi. nak guna lagu ni masa pengantin masuk dewan gak.  TBC later.
  3. Everything by Michael Buble
  4. Lagu Rindu by Kerispatih
  5. You & Me by Lifehouse
  6. L.O.V.E by Olivia Ong <--sejak bila jatuh cinta dengan suara Olivia Ong ni. beliau sangat best!
  7. Kaulah Segalanya by Hazrul nizam
  8. Kembang Perawan by Gita Gutawa
  9. Something Stupid by Nicole Kidman & Robbie Williams
  10. When you say nothing at all by Ronan Keating
  11. My Baby You by Marc Anthony
  12. Dealova by Once <--lagu Kami :))
  13. 1,2,3,4 by plain White T's 
  14. Tercipta untukku by Ungu & Rossa
  15. Istimewa by Indigo
  16. Penghujung Cintaku by Pasha Ungu ft Adelia
  17. Before i fall in love by Coco Lee
  18. Endless love by Mariah Carey & Luther Vandross
  19. First love by Boyz II Men
  20. Kiss from a rose by Seal
  21. Love story by Taylor Swift
  22. You got me by Colbie Caillat
  23. Marry you by Brunos Mars
  24. Amazed by Lonestar <--karok ni best. ahahaha
  25. As long as you love me by Backstreet Boys
  26. I need you tonight by Backstreet Boys
  27. 11 Januari by Gigi
  28. Over the rainbow by Glee cast
  29. Back at one by Brian McKnight
  30. Crush by Glee cast
  31. She by Elvis Costello
  32. Thank you for loving me by Bon Jovi
  33. Hero by Mariah Carey
  34. 25 minutes too late by Michael Learns To Rock
  35. Paint my love by Michael Learns To Rock
  36. There she goes by Sixpence None The Richer
  37. Never let you go by Jakaranda
  38. Falling for you by Colbie Calliat
  39. Terima kasih cinta by Afgan
  40. Lebih dari indah by Nikita Willy
  41. Percaya padaku by Ungu
  42. Sempurna by Andra and The Back Bone
  43. Aishiteru by Zifhilia
  44. Sedetik Lebih by Anuar Zain
  45. You mean everything to me by Neil Sedaka
  46. A thousand years by Christina Perri
  47. Love you like a love song bebeh by Selena Gomez

Sebenarnya saya suka bunyi bunyian piano. Kalau boleh taknak la lagu yang merosakkan gegendang telinga atau menusuk ke dalam telinga. Kesian tetamu. Nak makan nanti tercekik. Siapa salah? Diri sendiri dia la hahah. So kalau boleh nak cari lagu yang light-light gitu. Ala2 dalam hotel. Romantis2. Instrument je. Tapi kang takde bunyi pun bosan gak. Errrr belasah nak?

Lagu-lagu ni mungkin akan ditambah dari semasa ke semasa. Kalau korang ada idea marilah sharing2 loving :)

Till then. 

 

Monday, December 5, 2011

Misi Memerah Lemak

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Siang tadi, dengan semangat yang waja, time lunch kul1 bukan pergi makan, tapi meronda2 sekitar Bangi. Ehem cari apa ya? Saya mengumpul misi untuk mencari tempat yang boleh sedut lemak ini dengan jayanya. Mana lagi. Slimming center. Again. (Nampak sangat budak ni malas nak pergi joging. Patutla lemak berkumpul) Saya bukan pemalas tapi lemak dah tepung. Lemak dah tepu. Saya gagal. Ada lagi 6 bulan. Mana sempat :( Spanx dah beli. Tunggu cik kerry deliver ke rumah. Tapi usaha harus diteruskan lagi! Selagi mampu..

Sempat singgah ke sebuah tempat ni. Tempat A (bukan nama sebenar). Ok set appointment lepas office hour dia akan adakan free consultation. To me fine "Aku tak perlu keluarkan duit". Padahal before tamat office hour dah siap2 dalam kepala dengan strategi. Kad kredit dan ATM kad simpan dekat office. Sembunyi dalam peti. Sebab dulu pernah terkena sekali. Iman tak kuat. Terpedaya sedikit. Kali ni, (sebab tau iman tak kuat), semua kad tinggal dekat office. Bijak siti sifir tak saya?

Kemudian dengan strategi dalam kepala, memang datang2 macam biasa la. Tanya itu ini. Baik gak orang2nya. Miss Angie yang attend. Okla dia ukur tinggi (sememangnya pohon rendang tak berbuah) , berat (confirm sangat berat. BMI melebihi had), fat (melebihi dari paras yang ditetapkan) dan apa entah lagi diorang check. Rimas gak. Tapi nasib ini 2nd time pergi tempat2 ala-ala-spa-kononnya so dah 'biasa' gamaknya. So lepas tu check2 badan. Tengok lemak area mana. Dia tanya 

"U nak kurangkan bahagian mana?" Ikutkan hati badan binasa nak kurangkan semua. Lengan Buntut. Tapi yang paling kritikal adalah...

"Peha dan perut"

Ok lepas tu dia bagitau program apa semua mak nenek tu. Akhir sekali terus bukak harga. Terkujat mak jemah tau. RM7000. Nilai yang sangat tinggi. Nilai 3 pun tak tinggi mana. Rasa macam "Baju kahwin aku pun tak mahal camni"

So tenang lagi. Cool. Konon muka cun la tu. Tapi gagal. Lepas tu buat2 muka sedih. Minta dia kurangkan sesi. Sebab banyaknya sesi dia bagi. 3 bulan punya sesi. Lepas kurang punya kurang, akhirnya dapatlah harga RM1XXX (jujur aku lupa berapa). Masih tak mampu T_T memang cheapskate pun. Lepas tu dengan muka confident,

"Nanti i tanya my fiance sebab dia yang nak sponsor" Realiti nya, takde nya si EF nak sponsor (lagi) Itu hanya strategi aku. Muahaha sebenarnya aku nak lari dari situ. Nak out cepat2 dari situ. Lemas mak. Lemasss

"Takpe miss. U boleh bayar easy payment" Aku agak ini kad kredit

"Oh kad kredit i takde" Padahal dah menyimpan kad dekat dekat office. Menarik bukan idea ni?

"Kad ATM pun kita boleh guna maa"

"Kad ATM i bagi dekat my brother. I ada urusan sikit dengan dia. Suruh kelaurkan duit" Jugak menyimpan dekat office. Time ni nak gelak sebenarnya sebab muka tahan-tahan nak menipu! Kalau gagal, bersepai strategi!  Ala sebenarnya iman yang tak kuat, tu pasal pergi simpan semua kad dekat office. 

"Ok kalau macam tu i bagi trial dulu" Aha sebenarnya saya nak yang ni lah. Kah kah sebab saya tahu saya memang nak trial je pun. Bayar murah2 sudah. Tapi nak kurus. Whadehek.

"Harga nya RMXXX sahaja" Masa tu dalam hati ok kalau bawah RM1k saya masih mampu. Cuma kena bekerja kuat sikit lah. Makan pun kena catu, etc etc takpela. Nak kurus 'sikit' punya pasal. Actually saya taknak kurangkan sampai 10kg pun. Nanti confirm nampak cekung. Saya nak nampak suam-suam kuku. Just nice. Tak kurus sangat. Tak demok sangat. Orang kata badan sedap-sedap *Mengada*

Time tu menipu lagi. "Ok nanti i discuss dengan my fiance ya sebab kena dapatkan persetujuan daripada dia" Tak habis2 gunapakai nama beliau. Padahal itu hanya rekaan semata-mata. Terbatuk kohol EF agaknya time ni. Bila cerita kat dia, terkekeh-kekeh gelak. Sorry sayang. Saya terpaksa. Nanti saya belanja eskrem mekdi kay. Tihihihi.

Apa pun saya sedang dalam keadaan happy sebab saya tidak sabar untuk mencatu makanan dan membuang lemak yang ada. Walaupun tau bukan treatment sepenuhnya, saya tahu saya boleh kurangkan berat dalam errrrrr 2-3 kg mungkin? Saya adalah seorang yang sangat sukar nak turun berat badan. Harap maklum.

Jadi dengan cara ni mungkin boleh. Sebab consultant biasanya dia strict gila. Siap ada jadual makan. Saya ok je pasal tu. Tak makan nasik 5 hari. Cuma cuma saya kurang dari segi disiplin. I need discipline now!

Dah pesan dekat EF awal2. Rumah jangan ada garam, gula dan nasi. Kita makan sup je lepas kahwin. Iyeke ni? Nampak beno menipunya. Tapi betul pe. Tengok la macam orang cina. Semua sup-sup. Vegetarian. Sebab tu mereka sihat. Sini makan nak sedap tapi taknak jaga. Sudahnya tempat-membuang-lemak jawabnya. 

Mungkin tiap orang ada pendapat nya tersendiri. Terserah. Saya rela menghabiskan $$$ untuk kepuasan sendiri. Lain orang lain caranya. Apa pun semua terpulang pada kemampuan masing-masing. 

Yang penting say no to berhutang

Peace and callo! ;)

 

Sunday, December 4, 2011

Bulan Disember

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Ya ampunnnnnn. Lama nya tinggalkan blog ni. Korang tau tak pasal pe??

1) Streamyx kena kilat. Nagis.

2) Kerja rutin menimbun. (belum tambah kerja part time)

3) PC ofis lembab mengalahkan siput sedut. (Bos, saya nak PC baru!! Lagaknya macam jawatan manager)

Jadi, macam mana nak update belog? Dekat fb pun jarang2 muncul dan tinggal komen dekat bbf dan ncol. Arghh memang sejak dua menjak ni hormon-nak-kahwin pun macam menurun satu macam. Oh lagi satu muncul group baru. Khas untuk bride 2012. Hai korangggg *lambai2 tangan* :D

Sekarang semuanya kembali normal. Saya telah berjaya membeli Digi internet prepaid. (Sadis nya. Dari streamyx to internet prepaid) Terbang RM25 je beli starter pack. Moderm pinjam dekat EF (Tq sayang sambil buat muka baby puss in boot) Takpela. Takmo la berebut lagi dengan abangnda. Kang dia bising. Dia pakai Maxis Beruk buat sementara waktu. Moderm baru tu belum ada stock. Yang penting lepas ni boleh update belog tetiap hari (kalau rajin hahaha). 

Happy nya. Saya sudah kembali. Banyak nyeeeeee nak cerita. Later la sebab penat sudah. Tadi pergi Jusco Equine, internet prepaid ni takde stok. Kemudian berkejaran ke Raksaksa Seri Kembangan. Alhamdulillah dapat juga akhirnya.

Nak tidur dah. Nantikan episod seterusnya. :))



p/s: Kepada followers yang baru, saya akan balas kunjungan anda. Terima kasih kerana menjadi pengikut setia kepada blog yang biasa-biasa ini. Tocei tocei :')



   

Friday, November 25, 2011

Buku Nervous

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Semalam my good old friend, Aliya calling malling. Dia baru je lepas kahwin. Baru sangat. 20hb november haritu. Saya tak pergi sebab masa tu kan masih dekat Jogja. Takpela. Ku kirim doa dari jauh ajeh. Kirim salam sudeh. Hahah may Allah bless you and your husband  :')

Then, terbukak satu topik yang ku kira agak mencabar sensitiviti diri sendiri.

"Zimie, aku rasa kau harus baca la buku tu"

"Buku apa ni?" Dupdapdupdap.

"Ala buku untuk keluarga. Macam mana cara nak buat tu semua. Aku rasa penting kau baca sebelum kahwin. Aku ni baru kahwin tapi tak tau nak buat."
Oh my. Sangat open rakan ku ini. Ni antara first orang yang nak share benda2 kahwin ni kat aku. Kebanyakan kawan baik aku yang kahwin, jarang nak share benda2 gini. Segan agaknya hahaha.

 "Eh tapi betul. Nasib aku tengah period. Tapi ada tau buku macam mana taknak jadi sakit. Bukan pasal tu je ada pasal kesihatan, camne nak menjaga hati suami. Penting wehh"

 "Ala aku kena baca ke? Macam segan je" Blablabla perbualan diteruskan.

Kebetulan time tengah berbual ni, rupanya bos depan aku pasang telinga. Hohoh. Nasib bos perempuan. Lepas letak telefon, tiba2 bos bersuara,
"Zimie, kalau nak buku tu I ada. Ada 2. Nanti i boleh bagi u pinjam. Ni pun turun temurun dari my sister"

Ok muka mak dah merah padam. Macam tau2 je kitorg cakapa pasal pe. Hua hua. Aku cuma sempat bercakap "Oh yeke. Okla tapi jangan bagi sekarang. Bagi 3-4 bulan sebelum majlis zimie kay"

Camne la rupa bentuk buku tu jenab oi. Time menaip ni pun mak masih nervous. Jantung berdegup kencanggg.



p/s: Half day today and off to Melaka for bff, ila wedding. Wohoo.

Thursday, November 24, 2011

TK TPC

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***  

Banyak pulak parcel sampai. Haritu pillow case, yang ni surat cintan. Hihi.
Pengirim datangnya dari Dba. Owner of TPC, The Photobooth Corner. Rentetan contest tempoh hari agaknya. Dapat Gift voucher KR. Even tak banyak tapiiiii siapa nak bagi kan? ;p

Thanks a zillion to Dba. Susah-susah ja :')

TK TPC!!!
(Terima Kasih The Photobooth Corner)

:)

p/s: Nasib dekat Jusco Equine ada KR. Yipeeee. Jom EF kita gi makan. Awak belanja. Kahkah.


Wednesday, November 23, 2011

Bride & Groom Pillowcase

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Beli this pillowcase dekat one of the b2b blogger. Thanks a zillion to  Puan Qistin. :') (Suka nama dia sebenarnya. Tetiba ;p)




Cik zimie yang tak sabar. Tak sabar betul. Sarung bantal dah beli siap2. Kahkah. Peduli. It really4 suit my bilik pengantin theme (kononnya). Tak sabar nak beli bed sheet putih lepas tu ada sikit2 warna pink ke. Ah hopefully dapat la apa yang diidamkan tu. Lalalala Mega sales, wait for me!!!

Oh ya, kat mana nak shopping bed sheet kahwin lawa-lawa untuk bilik pengantin ya? JJ ke Sogo ke? Any ideas anyone? Hohooo

 

p/s: Better beli benda remeh temeh ni siap2. Even orang cakap lambat lagi, ada saya kisah? ASK. Nanti dekat2 majlis, baru tau kelam kabut. Thanks to Tatie for the reminder and credit to Raden (pinjam ayat sikitttt) Mekaceh ;p


Tuesday, November 22, 2011

Teaser Kain Pengapit dan Gadis Dulang

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***
 
Takde makna teaser. Ni tonjok 100% terus. Hahah

Semua hasilan di negara Garuda tersebut. Boleh bezakan ke warna kedua-dua ini? Jika boleh syabas kepada anda. Kalau tak boleh, alamatnya dia anak..... Kahkah.

  Kain untuk pengapit a.k.a Maid of Honor (MOH) untuk bff arina. Warna kuning gading bak kata SA tersebut. Kain jenis lace brokat. Indonesian made. I know this type jenis murah punya. Bukan french lace malah bukan korean lace. Pengapit nak pakai. Murah2 sudah. Tapi memang sangattttt murah okkk. Lace sekali dengan kain satin. Harga? Yang penting sesuai dengan tangga gaji ku. Kehkeh.


 Ini pulak kain untuk gadis dulang. Warna putih tulang. Not 100% putih. Dia warna ala2 suam2 putih. Camne nak cakap ya. Okla tak putih sangat tak kuning sangat. Beli 4 set. Lace sekali dengan satin. Khas untuk gadis dulang yang telah ku sebut nama dalam checklist. My cousin blur2 bila dikata gadis dulang. Katanya kedengaran kampung. (Amboi over nya dia) Katanya cakap la flower girl. Memang mengada-ngada. Sekarang ni ada 2 orang yang dah confirm menjadi flower girl ku. Lagi 2 menyusul. Nanti la tanya. Ayat baik punya "Kain aku sponsor, tapi kalau kau taknak, aku cari orang lain" Ha dua-dua tu terus confirm kat situ. Bagus. Senang kerja.


Semua ni nak suruh diorang buat BAJU KEBAYA. Biar la seragam kan? Kain lace tu dibeli 2 meter setengah. Satin tu dibeli 2.5 meter setengah. Kata SA cukup je nak buat baju kebaya full siap dengan lining. Bidang dia besar. Ikutkan aja. Kalau tak cukup, siaplah anda SA!


Total duit monopoly terbakar hasil shopping di Bombay Street tempoh hari adalah 400,000 Rupiah. Kahkah masa keluarkan duit terasa macam kaya. Keluar duit ratus-ratus ribu. Feeling anak orang kaya kejap. Tapi bila keluarkan duit terus rasa kayap. Bankrap. Kahkah Sangat best shopping kain dekat sini. Rambang mata, kuku, kaki. Nasib la tak pergi Bandung. Kalau tak lagi tambah-tambah bankrupsi gua!


Cuma ada lagi satu persoalan yang belum terungkai (ayat kamus dewan), kalau yang dah kahwin boleh ke jadi gadis dulang a.k.a flower girl? Nak suruh insan terpilih itu bff ila yang dah kahwin jadi gadis dulang. Boleh ke tak? Ada ke syarat-syarat tertentu? Ada pantang larang ke?




p/s : TAHNIAH HARIMAU MUDA sebab menang malam tadi. Yehoo sampai sakit2 tekak jerit


Monday, November 21, 2011

Saya Nak Countdown

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

 ***

200 days je pun.
Gedik gak nak countdown till wedding days. Padahal lama lagi. Bior la. Nombor cantik pe. Nak countdown 222 dah melepasss pulak ;p

Ok banyak gak benda nak update. Ececeh. Saya baru balik from Jogja sabtu lepas. Pergi berempat dengan sang tunang EF, sang rakan-rakan Miza dan Azim. Total 4 orang. Reason pergi Jogja? Kepada Amy, saya pergi Jogja sebab time tu Air Asia bagi tiket RM99 sehala. Tiket paling murah compare to Bandung. Tu pasal booked ke Jogja. Alasan ape ntah ni. Hahaha kebetulan memang nak sight seeing je. Takde modus operandi nak shopping barang kahwin pon. Tapi akhirnya memang beli barang kahwin gak. Kalau pergi Bandung, alamatnya kredit kad melambung tinggi la. The positive part kalau tak pergi Bandung. Pergi Jogja pun dan bankrappppp. Bayar duti dekat airport Adisucipto, Jogja pun pakai duit rupiah EF. Kesian gila. Bawak juta-juta rupiah. Balik tinggal ribu-ribu which is RM0.30-RM0.60 sen je nilai. Ni namanya hazimah telah mengalami culture shock.


Nak kena update satu persatu. Tapi biar la saya listkan dulu perkara-perkara yang telah berjaya saya beli (Happyyyy menghabiskan duit)


1) Dah beli kain lace untuk pengapit dan gadissss dulang a.k.a flower girl. Kang cakap gadis dulang takut ada orang tak paham. Heh

2) Dah beli telekung untuk hantaran. Cantik. Bersulam. The sad part is telekung tu.......sobsssssssssss (later cerita sebab ianya menyedihkan)

3) Kain batik memang terlebih beli. Nak buat seluar. Nak buat baju kurung. Rambang mata wooo. Camne tak bankrap.


Eh 2 perkara je pun. Cehhh beria cakap macam ada 8 perkara. Baiklah segala photo dan details saya akan post di kemudian hari. Barang semua tersimpan rapi dekat rumah. Nanti saya update lebih details okkkk.


Stay tuned. :)

 

Wednesday, November 16, 2011

Selamat Bercuti :)

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Blog akan bercuti selama 4 hari. Eceh. (Macam la takle buat schedule post) sebab cik zimie dan kuncu-kuncu nya akan berlepas ke Yogyakarta, Indonesia a.k.a Jogja untuk bercuti. Banyak kisah disebalik permergian ini dan kalau orang nak kahwin, kenapa tak pergi Bandung (syurga membeli belah barang kahwin) kan? Ah later lah cerita kot. Hihihi


List of things planning to buy/survey:
1) Kain batik (Untuk Bonda) <--- Jogja terkenal dengan batik!
2) Telekung (Hantaran kahwin)
3) Kain Lace (Untuk pengapit dan gadis dulang) <---kalau murah dan cantik beli. je Kalau tak, cari kat Mesia sudeh.
4) Survey doorgift yang comel-comel. (Kalau ada)


Selain daripada tu sight seeing je. Tengok gunung ganang, tengok candi Burobudur, or more to historical places. Doakan kami selamat pergi dan pulang ya?


Buat kawan-kawan, bloggers yang nak kahwin this week saya ucap tahniah awal-awal.  Tak dapat nak hadir. Trimas bagi kad jemputan ya? :)


Bye Malaysia!

Tuesday, November 15, 2011

Review B2B Wedding : Yati

Assalamualaikum lovelies B2B dan silent readers ;)

***

Sedikit review tentang wedding cik Yati a.k.a Poyaty a.ka Hidayati. Gadis bloggers brides jugak.
Kedatangan kami tepat pada pukul 2 petang. Datang berdua je dengan EF. Sepatutnya nak jumpa geng lain tapi peliks mereka tak muncul. Call Raden katanya lambat sikit coz ke wedding Fiena dulu. Saya pulak tak boleh ke wedding Fiena. Masa tak mengizinkan ketika itu. Thanks to Fiena yang menjemput dekat ncol.

Tarikh : 13.11.11 (Ahad)
Tempat : Klang, Selangor

Inilah perkara pertama yang dijumpai bila masuk ke pintu pagar rumah Yati. (Pssst besar gak rumah ni. Banglo gitu)

Guestbook Signage :)


 Deco dekat guestbook corner. Kemain posing. Siap kepit dengan sepit baju!!! Gahaha comel je.



Baju hijau haruslah sedondon dengan warna maker tu kan? Warna pokok pisang. Sebuah wajah happy sebab dapat menconteng Guestbook cik Yati

Belakang tu nampak tak canvas photo. Rasanya tu cik dba yang print kan kan? Dba, nanti aku nak print gak!! Harga adikberadik tau. Kahkah




Amik seri perantin sikittttt. 1st time jumpa. Oh terkezut tinggi nya model ini. Yati cantik. Tudung cantik. Hb pon menikam qolbu. Congrats :))




 Ini Ryn. Blog November Couple. Ini je gadis bloggers bride yang sempat ditemui. Ape lagi masing2 berbual sakan. Oh lupa saya nak cakap, "Ryn, muka u sama macam muka my bff Arina" juga yang dijangka menjadi pengapit saya nanti (EF yang menyedari akan hal ini. Haha) Masa ni la Raden sms bilang sudah tersesat ke Port Klang. Jauh gilak. Cakap kat Raden takde jodoh la nak jumpa sebab we ols pon rushing ke tempat lain. Next time okkk. "Raden, anda berjaya sampai tak???"



Doorgift!!! Dah macam peti harta karun.  Cantik sangat. Mesti mahal. Tq yati Dah simpan dalam lemari kaca. Sayang tau. :')



Makanan : Nurul Izzah Catering <-- sedap memang sedap. last makan dekat wedding cik Atia. Now dah jadik Puan. Hihihi. Saya paling suka part nasi nya. Nasi panjang-panjang. Katanya Beras Wangi Basmati. Lauk pauk tak mahu komen sebab time tu lauk dah kehabisan. Nasib tak menyebelahi. Marah yati! Hahahah


Keciwa sebab tak dapat gambar dekan Pelamin macam bebudak bbf tuh. Kuciwa sangat2. Time tu lak perantin sibuk jenjalan depan belakang. Pakai selipar toilet je pun. Sempoi gila perantin nih. ;p So takkan nak heret masuk dalam rumah kan? Mesti perantin nak layan tamu. Hohoho


Thats all for today. Semoga hidayati dan farhan berkekalan sehingga ke akhir hayat!!! Tak elok biasakan cakap sehingga ke anak cucu coz nanti bila dah dapat anak cucu, tup tup lain pulak jadi. Ops zip mulut! Biasakan cakap berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sekadar menyampaikan. Tenung-tenungkan dan selamat beramal.

:)